Sebagai seorang peminat sejarah China, antara jeneral perang hebat dalam sejarah yang saya mahu ceritakan dalam sejarahnya yang berwarna-warni ialah Yue Fei. Beliau dinobatkan salah seorang daripada jeneral-jeneral perang dalam sejarah dunia yang tidak pernah kalah.

Sehingga hari ini, apabila membicarakan tentang sejarah Yue Fei, pastinya ucapan yang dibawah ini sangat sinonim dengan Yue Fei:

“Menggerakkan sebuah gunung itu lebih senang daripada mengalahkan Yue Fei di medan perang!”

Begitulah hebatnya Yue Fei ini dalam sejarah China. Namun, apakah yang dilakukan oleh Yue-Fei sehingga begitu dikenali dalam sejarah China? Sebenarnya Yue Fei dilahirkan dalam keluarga yang miskin. Namun sejak kecil, anak muda ini menunjukkan minat pada buku-buku yang berkaitan dengan teori peperangan. Maka sejarah pun mencatatkan kebanyakan masa kecil Yue Fei dihabiskan menelaah buku-buku tersebut.

Maka tersebutlah kisah pada tahun 1126, ibu negara Dinasti Song Utara yang telah dikepung oleh tentera negeri Jin. Dalam peperangan itu, Yue Fei yang berkhidmat untuk Dinasti Song pun menyertai peperangan. Sebelum meninggalkan rumah, ibunya sempat lagi mengukirkan perkataan “bersetia dan berkhidmat untuk negara” dengan besi panas pada belakang Yue Fei. Setahun selepas itu, Maharaja Hui dan Qin telah ditangkap oleh askar Jin manakala takhta itu dinaiki oleh Maharaja Gaozong.

Tugu Yui Fei. Gambar milik Solomon203 daripada Wikimedia Commons

Maharaja Gaozong kerap kali menggunakan taktik dengan melarikan diri ketika menghadapi serangan dari Jin. Meskipun jawatan Yue Fei agak rendah dalam tentera, beliau juga mengemukakan cadangan untuk menyerang penceroboh di bahagian utara. Langkah ini menimbulkan kemarahan puak yang mencadangkan taktik melarikan dan menyerahkan diri dalam kerajaan. Akhirnya, Yue Fei dipecat. Yue Fei terpaksa menyertai lagi pasukan Zong Ze, salah seorang jeneral Perang Song.

Setelah Zong Ze meninggal dunia, Yue Fei bersumpah akan meneruskan hasratnya untuk merampas kembali wilayah Dinasti Song serta menyelamatkan Maharaja Hui dan Qin. Pada tahun 1129, Jenerai negeri Jin, Wuzhu telah membawa tenteranya untuk menceroboh ke selatan. Yue Fei memimpin pasukannya buat kali enam berturut-turut dan berjaya menewaskan tentera penceroboh Jin.

Pada tahun 1130, pasukan Yue fei berjaya merampas kembali bandar Jiankang. Selepas itu, pasukan Yue Fei terus membalas serangan dari penceroboh di utara dan juga mematahkan pemberontakan di kawasan selatan, dan memberi perkhidmatan yang cemerlang untuk mengukuhkan pentadbiran Dinasti Song Selatan. Baginda telah menganugerahi beliau bendera tentera yang ditulis “Yue Fei yang setia” yang diserahkan sendiri oleh baginda.

Baginda hanya mahu mengawal pentadbiran di selatan sahaja. Pada tahun 1136, atas desakan yang semakin kuat, baginda terpaksa bersetuju dengan cadangan Yue Fei, Han Shizhong dan beberapa jeneral yang lain memimpin tenteranya untuk berperang dengan penceroboh di utara. Dalam serangan kali ini, Yue Fei berjaya merampas beberapa buah bandar penting.

Manakala, pasukan yang dipimpin oleh orang lain tidak ikut memerangi musuh, tanpa sokongan dari pasukan yang lain, Yue Fei terpaksa mengundurkan diri. Bayangkan Yue Fei terpaksa bertempur seorang diri demi mempertahankan negara dan tanah airnya. Negeri Jin menandatangani perjanjian damai dengan Dinasti Song Selatan.

Pada tahun 1140, tentera Jin sekali lagi mencerobohi Song Selatan. Yue Fei memimpin pasukannya untuk membalas serangan Jin dan berjaya menewaskan tentera utama Jin di pekan Zhuxian. Ketika Yue Fei bersiap untuk menyerangi Huanglong, ibu negeri Jin, Maharaja Gaozong mengarahkan Yue Fei supaya segera berundur sebanyak12 kali berturut-turut.

Yue Fei menyatakan dengan sedih bahawa usahanya selama sepuluh tahun telah musnah hanya dalam sehari sahaja. Bandar-bandar yang telah berjaya dirampas kembali hilang dalam masa sehari sahaja. Pentadbiran Song tidak mungkin dibangkitkan semula. Ketika balik ke ibu negara, Yue Fei terus dijatuhkan hukuman penjara dan diracun hingga mati dengan tuduhan yang tidak jelas.

Daripada 126 kali pertempuran yang dipimpin oleh Yue Fei, pasukannya tidak pernah tewas walau sekali pun.

-HE-


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

1 Comment

Leave A Reply