Kalau kamu minat Thor, God of War, atau mana-mana cerita berunsur mitologi Norse, kamu mungkin pernah dengar nama Yggdrasil.
Dalam cerita asal, ia bukan sekadar pokok besar tetapi ia ialah struktur agung yang menyambungkan sembilan dunia dalam kosmos Viking.
Yggdrasil ialah sebatang pokok jenis ash yang berdiri tegak di tengah-tengah segala kewujudan. Akarnya menjalar ke dunia manusia, dunia ais, dunia api, dan banyak lagi.
Dahan dan rantingnya pula menyentuh langit dan melindungi dunia para dewa. Ia digambarkan sebagai pohon yang kekal, namun sentiasa diuji oleh masa dan kuasa gelap.
Ada tiga akar utama Yggdrasil. Satu menuju ke dunia para dewa di Asgard. Satu lagi menuju ke Jotunheim, dunia makhluk gergasi.
Dan satu ke Niflheim, dunia yang gelap dan beku di mana terdapat telaga pengetahuan, dijaga oleh makhluk tua bernama Mimir.
Di bawah Yggdrasil hidup pelbagai makhluk aneh. Ada naga bernama Nidhogg yang menggerogoti akarnya. Ada empat rusa yang makan daunnya.
Ada tupai bernama Ratatoskr yang naik turun membawa khabar antara langit dan bumi yang selalunya membawa berita penuh ejekan dan provokasi.
Pokok ini tidak pernah tumbang, tapi sentiasa diserang. Ia lambang kehidupan yang stabil tapi penuh ujian. Ia tegak sebagai tulang belakang kosmos, namun tidak bebas dari ancaman.
Yggdrasil ialah simbol keseimbangan yang rapuh. Bila ia mula goyah, maka tanda-tanda Ragnarok akan muncul.
MasyaAllah. Dalam kepercayaan ini pun, manusia cuba membina konsep yang mirip dengan fitrah dimana pohon sebagai asas kehidupan, sebagai tempat asal dan juga tempat kembali.
Tapi dalam Islam, segala urusan kehidupan dan kewujudan tidak bertumpu pada pohon atau makhluk, tetapi terus kepada kehendak dan kekuasaan Allah.
Tiada struktur kosmos yang bergantung pada makhluk ghaib, kerana semua yang wujud berada dalam aturan Allah yang sempurna dan tidak memerlukan perantara.
Falsafah Yggdrasil tunjuk bagaimana manusia zaman dulu memahami hubungan antara alam, makhluk dan kuasa ghaib. Mereka susun struktur dunia macam jaringan akar, dengan dewa, manusia dan makhluk lain saling berkait.
Hari ini, banyak cerita seperti siri Marvel, anime, dan game guna simbol Yggdrasil untuk mewakili dunia selari, pintu dimensi, atau sistem kepercayaan purba.
Kita sebagai ibu bapa atau pendidik perlu tahu dari mana semua ini datang. Bila kita faham, kita boleh bantu anak-anak kita melihat semua ini sebagai cerita, bukan pegangan.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Ilmu, inspirasi, makna, ketepatan, dan keindahan.

Comments are closed.