Bagi sejarawan, penyelidik dan penulis sejarah p3rang, ada saja maklumat baru yang timbul bila melihat artikel atau gambar yang dikorek dari arkib sejarah. Bagi penulis, timbul minat dalam dirinya mengorek kisah seorang t3ntera Korea yang bert3mpur untuk tiga pihak berdasarkan gambar di bawah:

Gambar ini diambil tidak lama selepas peristiwa pendaratan terbesar pasukan Bersekutu di Normandy pada musim panas 1944. Ini sebenarnya gambar seorang warga Korea bernama Yang Kyoung-jong yang disangka sesetengah sejarawan sebagai seorang tentera Jepun yang bertempur untuk pihak N4zi. Tetapi kisahnya bukan bermula di Normandy tetapi satu tempat yang dikenali sebagai Manchuria.

Pada tahun 1938, semasa dia berusia 18 tahun, Kyoung-jong telah dikerah menyertai t3ntera Jepun. Perkara sebegini bukan satu rahsia kerana ketika itu, Manchuria merupakan sebahagian dari jajahan empayar Jepun ketika itu. Walaupun diperintah oleh Maharaja Pu Yi, hakikatnya kerajaan baginda ialah kerajaan boneka yang mendapat sokongan Jepun. Ini ditambah selain Manchuria, penduduk-penduduk di Semenanjung Korea juga turut dikerah menyertai kerahan t3ntera. Dan pasukan tentera yang beroperasi di situ ialah Diviyen T3ntera Kwantung, divisyen 4skar terbesar dan berprestij di Jepun ketika itu.

Kyoung-jong berkhidmat bersama t3ntera Jepun selama setahun sebelum menjadi t4wanan p3rang pihak Soviet pasca-Pert3mpuran Khalkhin Gol. Khalkhin Gol ialah kempen ket3nteraan yang digerakkan Divisyen Kwantung sebagai sebahagian daripada pertikaian sempadan antara Mongolia dengan Manchuria.

Kempen tersebut menyaksikan penglibatan 100,000 anggota t3ntera dan seribu pesawat serta kereta kebal. Berdasarkan statistik rasmi, 30,000 t3ntera terbvnvh dalam kempen berkenaan. Kempen tersebut turut mencetuskan kemarahan Tokyo sehingga mengakibatkan mereka meminggirkan polisi pro-Siberia yang disokong sesetengah pemimpin t3ntera dan kerajaan serta mengalihkan fokus ke arah Asia Pasifik.

Rajah 1: T3ntera Jepun yang ditangkap oleh pihak Soviet di Khalkhin-Gol.

Bagi Kyoung-jong, memandangkan statusnya sebagai t4hanan p3rang, dia kemudiannya dihantar ke gulag sebagai buruh paksa Soviet. Tetapi beberapa tahun selepas Khalkhin Gol, dia kembali dikerah ke perbatasan di bawah panji berbeza iaitu Soviet.

Tidak diketahui mengapa Soviet melakukannya tetapi selepas melihat 0perasi Barbar0ssa ke atas t3ntera Rusia pada tahun 1941, ia sudah pasti didorong oleh kekurangan t3ntera yang boleh dihantar ke perbatasan. Kyoung-jong bertempur bersama rakan-rakan seperjuangan barunya selama setahun sebelum kemudiannya menjadi t4hanan p3rang semasa kempen s3rangan balas rejim N4zi Jerman di Kharkov pada Mac 1943.

Tetapi seperti pihak Soviet, pihak rejim juga mengalami masalah kekurangan t3ntera di medan p3rang. Justeru, rejim merekrut sesiapa saja termasuk memaksa t4wanan-t4wanan p3rang bert3mpur bagi pihak mereka. Bagi t4wanan-t4wanan p3rang, mereka bersedia merebut peluang itu kerana dapat keluar dari kem t4hanan N4zi yang terkenal dengan taktik membiarkan t4wanan-t4wanan p3rang m4ti kelaparan. Justeru, bagi 4skar seperti Kyoung-jong, sekurang-kurangnya mereka dapat makan dan terus hidup walaupun itu bermakna perlu bert3mpur sebagai t3ntera rejim.

Kyoung-jong bersama beberapa rakan t4wanan dihantar ke Normandy sebagai sebahagian daripada ketumbukan tentera yang diatur Field Marshal Erwin Rommel untuk mempertahankan Tembok Atlantik daripada s3rangan musuh. Tetapi apabila kedudukan t3ntera Jerman di Normandy musnah dig3mpur pihak Bersekutu, dia sekali lagi menjadi tawanan dan disangka Rejimen Infantri Payung Terjun 506 Amerika sebagai t3ntera Jepun.

Ini berikutan Kyoung-jong tidak boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dan bahasa ibundanya tidak boleh difahami (berkemungkinan Bahasa Korea) oleh anggota-anggota t3ntera yang lain. Dia kemudiannya dihantar ke kem t4hanan di Britain sebelum dipindahkan ke sebuah kem di Amerika Syarikat. Selepas dibebaskan dari kem, Kyoung-jong memilih menetap di Amerika dan meninggal dunia di Ilinois pada tahun 1992.

Kisahnya ini menjadi inspirasi kepada filem Korea yang ditayangkan pada 2011 yang bertajuk My Way. Filem yang menampilkan Jang Dong-gun, Joe Odagiri dan Fan Bingbing mengisahkan kisah dua pelari maraton dari dua negara berbeza yang kemudiannya menjadi t3ntera atas sebab berbeza. Watak Dong-gun iaitu Kim Jun-shik berdasarkan kisah sebenar Kyoung-jong.

Walaupun masih ramai yang meragui kisah sebegini benar atau tidak seperti Operasi High Jump, perkara pelik tidak mustahil berlaku terutama dalam teater pep3rangan. Ini kerana manusia akan melakukan apa saja semata-mata untuk menyelamatkan nyawanya dan itu yang dilakukan Kyoung-jong walaupun itu bermakna perlu bert3mpur di bawah tiga panji yang berbeza.

Rajah 2: Filem My Way (2011) diinpirasikan oleh kisah Yang Kyoung-jong.

RUJUKAN:

  1. Ruiz, Gisely. (2018). How Korean Soldier Yang Kyoungjong Fought For Three Nations During WWII. All That’s Interesting. https://allthatsinteresting.com/yang-kyoungjong
  2. O’Brien, Joseph. (2019). The Korean Soldier who was Captured on D-day Fighting for Germany. War History Online. https://www.warhistoryonline.com/instant-articles/koreans-captured-at-d-day.html

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.