Sabtu, 17 Oktober 202617 Okt 2026
Yakuza Dalam Sepak Terajang Dunia Politik Jepun
Kronikel Dunia

Yakuza Dalam Sepak Terajang Dunia Politik Jepun

Biar betul yakuza dan politik ada titik pertemuan? Ya, benar yakuza telah pun mengambil posisinya yang tersendiri dalam dunia politik negara matahari terbit itu. Bahkan, sebelum tertubuhnya yakuza, kumpulan zaman lampau yang memunculkan yakuza iaitu bakuto telah pun melibatkan diri dalam gerakan politik. Seperti artikel sebelum ini, bakuto adalah kumpulan sindiket perjudian yang paling berpengaruh di Jepun.

Sekitar
tahun 1880, ahli kumpulan bakuto
telah menjadi ahli dan juga kepimpinan dalam Gerakan Pembebasan dan Hak Rakyat.
Itulah fasanya gerakan tersebut mencapai fasa keganasan. Pada tahun 1884,
kumpulan askar dari kalangan orang miskin telah dibentuk. Ia akan menyerang
sesiapa sahaja yang mereka rasakan bertanggungjawab terhadap kemiskinan yang
wujud di Jepun.

Pengasas
kumpulan ini sendiri adalah ahli kumpulan
bakuto
iaitu Tashiro Eisuke.
Kejadian-kejadian di atas ini telah membuka pintu penyertaan kumpulan bakuto ke dalam dunia politik Jepun.

Yakuza dan sumbangan
dana politik

Seorang menteri letak jawatan kerana hubungan dengan Yakuza. Sumber: The Daily Beast

Kebiasaannya,
yakuza akan bekerja sebagai
penguatkuasa bagi sesebuah parti politik. Kerjanya tak lain dan tak bukan ialah
memaksa pengundi dan mendiamkan parti berhaluan kiri melalui gangguan dan
serangan. Namun, paksaan secara fizikal ini tidak lagi relevan tahun demi tahun
kerana pemberian wang adalah lebih berkesan.

Politik
wang ini jugalah yang telah memerangkap yakuza
apabila terdedahnya skandal melibat kumpulan mereka dan beberapa ahli parlimen
sekitar tahun 1970. Semenjak itu, rakyat Jepun tidak akan bertolak ansur terhadap
ahli parlimen yang mempunyai hubung kait dengan kumpulan yakuza.

Begitu
sensitifnya hal ini di mata rakyat Jepun hingga menyebabkan perletakkan jawatan
Perdana Menteri Jepun, Mori Yoshiro pada tahun 2002. Puncanya adalah kerana
Mori Yoshiro menghadiri sebuah majlis perkahwinan yang turut dihadiri seorang
ketua kumpulan yakuza. Sekalipun
tiada unsur-unsur rasuah, namun, keberadaan Mori dalam majlis yang turut
dihadiri orang besar yakuza adalah
tidak molek.

Berada
bersama pun sudah dianggap tidak molek, apatah lagi menerima dana dari yakuza. Dalam sejarah politik Jepun,
telah dicatakan beberapa kes di mana parti-parti politik di menerima sumbangan
dari sumber-sumber yang terkait dengan yakuza.
Antaranya:

  1. Pemimpin Parti Baru Rakyat (Kokumin Shinto) iaitu Kamei Shizuka yang menerima 500,000 Yen dari syarikat peminjam wang terkait dengan yakuza bagi membantu kempen pilihan raya Kamei sendiri. Isu ini menjadi panas kerana Kamei Shizuka adalah bekas seorang polis.
  1. Pada tahun 2012, polis yang sedang menjalankan siasatan ke atas seorang ahli perniagaan yang terkait dengan yakuza mendapati, ahli perniagaan tadi pernah memberi sumbangan sejumlah 1.5 juta Yen kepada pejabat Perdana Menteri, Noda Yoshihiko. Pendedahan ini telah menyebabkan Noda Yoshihiko mengembalikan semula wang diterima ini atas alasan etika

Skandal
politik ini juga bukanlah sekadar melibatkan wang sahaja. Ia juga melibatkan
ahli politik bermandi darah kerana hubungan dengan yakuza.

Serangan ganas terhadap
ahli politik masih berlaku

Saat-saat serangan yakuza terhadap ahli politik. Sumber: The Economist

Walaupun akta dan peraturan semakin
ketat terhadap pergerakan ahli yakuza,
namun, ada beberapa kes serangan yang berlaku ke atas ahli politik dilakukan
ahli kumpulan yakuza. Pada tahun
2000, seorang ahli perniagaan telah mengupah beberapa orang gangster untuk
mengebom rumah Perdana Menteri, Abe Shinzo. 
Kejadian ini telah berlaku beberapa kali.

Terdapat beberapa serangan yang akhirnya
membunuh ahli politik yang disasarkan. Contohnya, pada April 2007 apabila Datuk
Bandar Nagasaki, Ito Iccho yang telah mati ditembak sekumpulan gangster.
Pembunuhan ini dilaporkan kerana ketidakpuasan hati sebuah firma pembinaan yang
tidak mendapat projek setelah memberi dana politik untuk kempen pilihan raya
Ito Iccho.

Tidak lupa juga kejadian seorang
gangster di Ibaraki yang memandu sebuah treler berpeti sejuk lalu merempuh
pejabat perhimpunan pilihanraya tempatan yang meragut nyawa seorang ahlinya. Kejadian-kejadian
ini sekaligus membuktikan bahawa laporan mengenai tiadanya pengaruh politik
kumpulan yakuza seratus peratus pada
abad ke-21 adalah tidak tepat sama sekali.

Walaupun, pengaruh yakuza dalam dunia politik lebih tertumpu kepada pelobi dan pemberi
dana, masih ada adat tradisi yakuza
yang diterima pakai dalam banyak parti politik dan struktur organisasi lain di
Jepun.

Pengaruh
tradisi yakuza dalam parti politik dan organisasi di Jepun

Sumber: Los Santos Roleplay

Dalam struktur organisasi yakuza, mereka mengamalkan konsep kesetiaan bagai seorang bapa dan anak kandungnya sendiri. Konsep ini dipanggil sebagai Oyabun dan Kobun. Di mana Oyabun membawa makna seorang ayah yang sentiasa memberi nasihat, perlindungan dan bantuan kepada anak-anak kecilnya. Sebagai timbal balas, anak-anak kecil ini tadi akan menumpahkan taat setia serta berkhidmat kepada ayahnya. Ini dipanggil sebabagi Kobun.

Oyabun sebagai ketua yakuza, manakala Kobun adalah ahli-ahli bawahannya. Kobun akan menempuhi cabaran yang panjang serta ekstrem untuk menunjukkan taat setianya sehingga ke tahap sanggup melakukan pembunuhan dan membunuh diri sendiri atas nama Oyabun.

Tidak syak lagi, sistem Oyabun dan Kobun boleh dilihat dalam parti-parti politik di Jepun. Sekali pun, dalam parti politik ia tidaklah tinggi kesetiaanya berbanding kumpulan yakuza, namun, mereka mengambil semangat konsep tradisi yakuza ini.

Sumber:

1) Andrew Rankin. (2012). 21st Century Yakuza: Recent
Trends in Organized Crime in Japan-Part 1.
The Asia-Pacific Journal.

2) Kristinn Árnason. (2014). History Of
The Yakuza
. Sigillum Universitatis Islandiae.

Perhatian sebentar.

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami. Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM5.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM5 / RM10 / RM50

Kongsi

No comments yet