Yahudi berpuasa pada 10 Tishri, iaitu ketika Yom Kippur. Sebelum wujudnya kalendar hijrah, Muharram dan Tishri berlangsung pada bulan yang sama.
Masa Rasulullah (saw) datang Madinah, baginda nampak orang-orang Yahudi berpuasa pada 10 Muharram atau hari Asyura.
Rasulullah pun tanya kepada mereka. Mereka jawab bahawa hari tersebut ialah hari Allah selamatkan padanya Nabi Musa (as) dan Bani Israel daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa.
Lalu baginda (saw) bersabda: Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu. Maka baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa.
Jadi, betul ke Nabi Musa (as) diselamatkan ketika Hari Asyura?
Ya, kisah ni memang sahih. Terdapat riwayat yang direkodkan oleh Imam Muslim yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. Ini yang diceritakan di atas tadi.
Malah Imam al-Bukhari juga meriwayatkan hadis ini dengan makna yang hampir sama.
Bagaimanapun, pada tahun akhir sebelum kewafatan Rasulullah (saw), ada yang kata kepada Nabi yang puasa ni menyerupai perbuatan orang Yahudi.
Disebabkan itulah Rasulullah menganjurkan puasa Tasua sebelum datangnya Hari Asyura pada 9 Muharram.
Puasa Tasua merupakan ibadah sunat untuk membezakan tradisi kaum Yahudi. Ketika orang-orang Yahudi mengagungkan puasa Asyura, Nabi Muhammad mengarahkan umat Muslim untuk berpuasa sehari sebelumnya, iaitu pada 9 Muharram.
Bagaimanapun, Nabi Muhammad wafat sebelum sempat melaksanakan puasa Tasua.
Sunnah Nabi memberikan pengajaran betapa pentingnya kesempurnaan ibadah serta menghormati ajaran agama.
Oleh: Azizul Farhan
___
Persamaan dalam kepercayaan agama Islam dan Yahudi bukan je dekat puasa Asyura ni je, malah ada banyak lagi seperti kisah-kisah Nabi terdahulu yang banyak bersumber Israiliyat. Jom sama-sama selam bersama KITAB TAMADUN YAHUDI! Dapatkan Segera!
https://bit.ly/3MkDT6b
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih