Sebagaimana wilayah China yang padat dengan orang Cina, raut wajah penduduk wilayah Kaifeng tiada beza dengan wilayah wilayah lain. Rupa paras mereka sama seperti orang Han dan lain lain. Namun, ada sesetengah orang daripada wilayah ini mengamalkan budaya yang berlainan.

Pertamanya, mereka tak memakan babi. Mungkin bagi kita ini tak pelik tapi tidak di China. Babi di situ dimakan dengan meluas. Oleh itu, sesetengah penduduk di situ menganggap mereka ialah Cina Muslim seperti suku Hui, lagi lagi apabila mereka juga bersunat. Disebabkan mereka memakai sejenis topi biru seperti kopiah, mereka juga digelar “Hui bertopi biru”. Keduanya, pada hari Passover, mereka akan memakan roti nipis, roti yang tak dikembangkan oleh yis.

Sekiranya dalam 50-100 tahun dahulu kita bertanya soalan kepada mereka adakah mereka ini orang Islam, mungkin mereka hanya akan menggeleng kepala sahaja. Bagi mereka, mereka cuma mengikuti suruhan nenek moyang mereka sahaja dan hanya diberitahu mereka ini Yahudi. Malah, ada juga daripada mereka yang tak tahu pun mereka ni Yahudi dan mengangap nenek moyang mereka sebagai Muslim.

Semasa tahun 1980-an, barulah kita tahu mereka ni Yahudi Kaifeng.

Tapi tu la, dah macam mana Yahudi pun tak tahu mereka ni Yahudi? Untuk itu, kita kena mulakan dengan sejarah mereka terlebih dahulu.

Sejarah pendudukan Yahudi Kaifeng ini bermula sekitar kurun ke 10. Pada kurun tersebut, Kaifeng merupakan ibukota Dinasti Song Utara. Kedudukan kota tersebut yang strategik dalam kawasan Laluan Sutera menarik ramai peniaga untuk berdagang di situ. Antara pedagang tersebut ialah pedagang Yahudi daripada Parsi dan India.

Lama kelamaan, mereka mula membentuk komuniti Yahudi, berkahwin dengan penduduk Kaifeng dan mula berasimilasi secara perlahan lahan. Pada zaman pemerintahan Ming, mereka telah dianugerahkan dengan nama keluarga Ai, Shi, Gao, Gan, Jin, Li, Zhang dan Zhao. Walau bagaimanapun, nama keluarga Zhang pada konteks sekarang lebih banyak dipakai oleh orang Cina Muslim dek pengislaman.

Pada tahun 1163, komuniti ini telah membina kuil Yahudi mereka sebagai tempat beribadat. Sepanjang ratusan tahun ia berdiri teguh, ia telah mengalami beberapa siri kerosakan. Sebagai contoh, kuil itu pernah dilanda banjir pada tahun 1642 dan memaksa orang Yahudi Kaifeng untuk menyelamatkan artifak dan skrol penting.

Ia hanyalah pada sekitar kurun 19 lah baru secara teknikalnya budaya Yahudi Kaifeng hanya tinggal nama. Hal ini berpunca daripada kerosakan kuil mereka yang tidak lagi dipulihkan selepas banjir tahun 1852 dan juga kematian rabbi terakhir mereka pada abad yang sama. Untuk menambahkan lagi garam pada luka, mereka juga sudah tak reti membaca bahasa Ibrani kitab Taurat mereka pada tahun 1851.

Gambar: Potret Mattero Ricci, pendakwah Jesuit

Rekod terawal interaksi Yahudi Kaifeng dengan dunia luar bermula pada tahun 1605, apabila Matteo Ricci, seorang pendakwah Jesuit berjumpa dengan seorang Yahudi Kaieng bernama Ai Tian. Pada masa tersebut, Ai Tian telah melepasi peperiksaan Cina dan dia terdengar akan orang asing bukan Islam yang menyembah satu Tuhan.

Setelah berjumpa dengan Matteo Ricci di rumah dakwah Jesuit, Ai Tian terlihat gambar Mary (Maryam), Jesus (nabi Isa) dan John (nabi Yahya). Dia menganggap itu adalah gambar Rebekka (isteri nabi Ishak) dan anaknya, Yaakob dan Esau. Walau bagaimanapun, Ai Tian tidak menyembah gambar tersebut melainkan hanya sebagai adab dan penghormatan, berlainan dengan Matteo Ricci yang menyembah atas sebab agama.

Ilustrasi kaca berwarna Matthew, Mark, Luke dam John di gereja Bosbury, United Kingdom.

Semasa melihat gambar Matthew, Mark, Luke dan John (pengikut nabi Isa, bukan nabi Yahya), Ai Tian bertanya sekiranya ada lagi 8 orang dalam gambar berkenaan. Ricci yang menganggap Ai Tian bertanya tentang para Hawari (pengikut Nabi Isa) menjawab betul. Namun, ternyata mereka bercakap tentang konteks yang berbeza. Ai Tian menganggap itu gambar anak anak Nabi Yaakob (10 orang adik beradik + Nabi Yusuf + Bunyamin) sedangkan ia adalah gambar Hawariyun. Selepas itu barulah Ai Tian menjelaskan dia berasal ialah Yahudi Kaifeng lengkap dengan kuil, rabbi dan skrol Taurat.

Tak lama selepas itu, beberapa orang Jesuit telah dihantar ke komuniti Yahudi Kaifeng. Didapati masyarakat sana masih menyambut hari Sabbath, bersunat dan tak memakan babi. Malah isi kandungan permulaan dan pengakhiran skrol mereka masih tepat dengan isi kandungan Injil Ibrani.

Tiga tahun selepas itu, Ricci menulis surat kepada rabbi Yahudi Kaifeng bahawa al-Masih sudah pun muncul, tapi ditolak mentah mentah dengan jawapan al-Masih tak akan muncul untuk 10,000 tahun lagi. Walau bagaimanapun, rabbi tersebut juga menawarkan pangkatnya kepada Ricci sekiranya beliau memeluk agama Yahudi dan tak memakan babi.

Hal ini kerana rabbi tersebut tak mempunyai pelatih yang bagus. Kali ini, giliran Ricci pula untuk tolak. Mimpi ngeri rabbi tersebut akhirnya terjadi setelah dia meninggal. Anaknya mengambil alih tugas tersebut walaupun kurang latihan. Ricci menganggap bahawa komuniti tersebut hanya tunggu masa sahaja untuk menjadi Muslim atau sesat.

Pelantikan rabbai yang tak terlatih, berserta kerosakan kuil dan penindasan agama/ketiadaan pengiktirafan status minoriti oleh kerajaan China, hal ini akhirnya membawa kepada penghakisan nilai budaya Yahudi Kaifeng.

Sekalipun era sekarang telah menyebabkan mereka mendapat liputan dan pengajian agama, terutamanya daripada Israel, komuniti yang suatu masa dahulu meriah dengan sambutan Hannukah dan Passover di Kaifeng sudah menjadi memori silam yang berdebu.

RUJUKAN:

“Chinese Writer Studies Jewish Roots”. The New York Times. 18 June 1985. Retrieved 20 April 2016.

Fishbane, Matthew (March 30, 2010). “China’s Ancient Jewish Enclave”. The New York Times. Retrieved 2012-02-01.

Malek, Roman (2017). From Kaifeng to Shanghai: Jews in China. Routledge. p. 123. ISBN 9781351566285.

Ricci, Matteo (1953), “11”, in Gallagher (ed.), De Christiana expeditione apud Sinas [China in the Sixteenth Century: The Journals], one, New York: Random House


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Comments are closed.