Apa yang sedang berlaku di Israel mendedahkan sisi kelemahan besar dalam demokrasi berparlimen. Israel telah mengadakan empat pilihan raya dalam masa dua tahun.

Sehingga hari ini, negara tersebut tidak dapat menubuhkan sebuah kerajaan bermandat yang stabil. Dan masalah mereka masih sama, membelenggu pentadbiran dan ekonomi sejak 9 April 2019: tiada parti politik mendapat majoriti mudah.

Semasa mengisytiharkan kemerdekaan, Israel membina sebuah sistem kuasa pusat (unitary authority). Kuasa hanya ada pada Perdana Menteri, yang dipilih dalam sebuah parlimen.

Jadi kerajaan pusat Israel tiada kerajaan negeri, hanya pihak berkuasa tempatan untuk menjalankan amanah. Sistem ini berbeza dengan kuasa persekutuan (federal authority), yang mempunyai bahagian-bahagian bawahan.

Rakyat pula mengundi ahli yang akan menganggotai dewan parlimen bernama Knesset. Dalam kalangan 120 ahli Knesset, sesiapa mendapat 61 sokongan menjadi Perdana Menteri.

120 anggota dalam Knesset.

Jadi Israel memang berpeluang ada “kerajaan bercanggahan” (tiada grup WhatsApp) dan “kerajaan pintu belakang”. Dari dulu lagi, Israel tidak pernah mempunyai sebuah kerajaan majoriti. Semua parti gagal mendapat 61 kerusi Knesset.

Mereka menubuhkan kerajaan melalui kerjasama politik dengan parti-parti lain meskipun berbeza ideologi. Asasnya, Israel mempunyai sebuah masyarakat yang tidak bersatu-padu.

Tetapi mereka sanggup mengetepikan perbezaan fikrah demi mencapai penyatuan sebaik mungkin. Ada masa mereka berantakan, macam tahun 1959 apabila Labor Unity (10) dan Mapam (9 kerusi) menentang rakan se-kerajaan dalam isu penjualan sen.jata kepada Jerman Barat (Halamish, 2010).

Tetapi sekarang, semua parti tidak melepasi garisan 61 kerusi. Dan mereka enggan bekerjasama. Terlalu banyak blok politik yang membelenggu Dewan Knesset. Perkara ini berlaku kerana satu punca sahaja: Benjamin Netanyahu.

Kemelut Politik Israel

Benjamin Netanyahu sekarang berkuasa atas mandat sementara. Parti Likud hanya mendapat 30 kerusi dalam Knesset, paling banyak tetapi tidak cukup. Likud diikuti Yesh Atid, Shas, Kahol Lavan (Blue and White) dan Yamina.

Keputusan Pilihan Raya 2021

Presiden Reuven Rivlin memanggil ketua Likud, Yesh Atid dan Yamina. Netanyahu diberikan peluang selama sebulan untuk meminang 61 anggota Knesset. Namun beliau mendapat 52 orang sahaja (tidak cukup). Sekarang Presiden Rivlin memberi laluan kepada Yair Lapid pula, selaku ketua Yesh Atid.

Populariti Netanyahu semakin kecundang kerana 1) tuduhan salah laku ra.sµah, 2) kepimpinan terlalu lama, dan 3) perangai suka koy.ak (Levy, 2020).

Kemudian ada sebahagian Yahudi takkan undi parti-parti sekular seperti Likud.

Golongan agamawan seperti Uri Misgav pernah mengisytiharkan per.ang terhadap gagasan sekular (Landsman, 2020). Akhir sekali, komuniti Arab Israel sedia menyusahkan hidup parti-parti Yahudi. Tar.ing mereka jauh lebih tajam berbanding mana-mana pihak Palestin.

Baca Lebih Lanjut: https://thepatriots.asia/qaimah-al-mushtarakah-satu-satunya-pihak-arab-yang-zionis-geruni/

Semua parti Arab sepakat menolak Likud. Tetapi dalam pilihan raya kali ini, Ra’am telah keluar daripada gagasan Ayman Odeh.

Disuruh memberi nama, Ra’am selamba berdiam (Times of Israel, 2021). Gagasan Odeh pula memilih Lapid. Apabila Netanyahu tidak mendapat majoriti, parti Likud memetik Perkara 9 dan Perkara 10 iaitu biar Knesset pilih. Shas, UTJ dan Religious Zionist bersetuju dengan cadangan ini.

Yair Lapid

Setakat ini Lapid mendapat 56 kerusi. Dan mungkin beliau akan melepasi garisan… kerana beliau hanya perlu memujuk Naftali Bennett daripada Yamina. Dengan tujuh kerusi Yamina, secara rasmi Lapid akan mengambil alih kerajaan daripada Netanyahu.

Konsep PM Tepi

Sebelum ini Benjamin Netanyahu membentuk kerajaan bersama Benny Gantz daripada Kahol Lavan. Gantz pun bersetuju kerana mahu membantu Israel dalam peper.angan menentang COVID-19.

Kerjasama Netanyahu-Gantz mudah saja: “aku jadi PM dulu, kau sambung kemudian.” Jadi Gantz rela menjadi PM Tepi untuk Israel.

Persetujuan Gantz menaikkan amarah dalam Kahol Lavan. Sebahagian besar mengikut Yair Lapid untuk keluar parti dan menubuhkan Yesh Atid.

Benny Gantz (kanan)

Netanyahu cuba menggunakan teknik PM Tepi kali ini tetapi tidak berjaya. Memandangkan Lapid sudah hampir 61 kerusi, mungkin beliau akan guna teknik ini untuk meminang Yamina: Lapid menjadi Perdana Menteri selama 2.5 tahun, kemudian disambung Naftali Bennett.

Andainya Lapid gagal, Reuven Rivlin akan meminta Dewan Knesset untuk lantik seorang Perdana Menteri. Peraturan majoriti 61 masih memainkan peranan. Jika itu pun gagal, Israel perlu mengadakan pilihan raya kelima.

Penubuhan kerajaan sudah bukan lagi satu tradisi, tetapi percaturan ma.µt. Kalau di Amerika Syarikat, ahli-ahli politik wajib menghormati institusi White House. Institusi ini sangat suci, kerana pernah dipegang golongan yang dianggap “nabi-nabi perlembagaan” seperti George Washington, John Adams dan Thomas Jefferson.

Israel tiada figura-figura sebegini. David ben Gurion sendiri tidak mendapat kegemilangan politik. Jadi inilah warisan Netanyahu yang rakyat sudah muak.

Kalau ada yang tertanya-tanya, Lapid menyokong penubuhan negara Palestin selaras dengan two-state solution. Beliau takkan bekerjasama dengan parti yang berbeza pendapat dalam perkara ini (Winer, 2013).

RUJUKAN:

Halamish, A. (2010). Loyalties in (ditapiskan): Mapam’s Vacillating Stance on the (ditapiskan) Government, 1955-1966 Historical and Political Analysis. Israel Studies Forum. 25 (2): 26-53.

Landsman, C. (2020, Oktober 4). (ditapiskan) is (ditapiskan), Long Live (ditapiskan). Haaretz.

Levy, D. (2020, September 27). Israelis Hate Netanyahu the (ditapiskan)? Just Ask the Palestinians. Haaretz.

Winer, S. (2013, Oktober 8). Lapid charms the lefties at NY’s 92nd Street Y. The Times of Israel.

Times of Israel. (2021, Mei 5). 56 MKs back Lapid for PM, including right-wing New Hope, as Rivlin resumes talks.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.