Gambaran Raja Xerxes I atau Xerxes the Great dalam filem 300 dan sekuel 300: Rise of an Empire nyata mengundang rasa kurang senang kepada orang Iran. Pada mereka, gambaran negatif Xerxes yang dilakonkan oleh Rodrigo Santoro itu sebagai terlalu keperempuanan, z.alim dan membazir sebagai melampau. Tetapi hakikatnya, gambaran sebegini sudah wujud pada zaman baginda lagi terima kasih kepada propaganda Yunani yang memusuhinya.

Xerxes dilahirkan pada 519 SM dan merupakan putera kepada maharaja Achaemenid yang terkenal, Darius I. Bondanya Atossa merupakan puteri kepada seorang lagi figura terkenal dalam Empayar Parsi iaitu Cyrus the Great. Disebabkan susur galur keturunannya yang ada kaitan dengan Cyrus, maka tidak hairanlah mengapa Xerxes dipilih sebagai pewaris takhta.

Memerintah dari 486 hingga 465 SM, baginda lebih dikenali kerana melancarkan kempen keten.teraan ke atas Greece. Antara pertempuran terkenal membabitkan kedua-dua pihak ialah Thermopylae, Salamis dan Plantaea. Disebabkan itu, Xerxes digambarkan secara negatif oleh para penulis Yunani sehingga hari ini.

Salah satu drama pentas yang memaparkan sisi negatif Xerxes ialah The Persians. Drama ini berkisar kepada konflik keten.teraan Yunani-Parsi dari perspektif ayahanda dan bonda baginda, Darius dan Atossa. Kedua-duanya merasa malu dengan Xerxes yang terlalu bermegah diri sehingga menyangka boleh memperhambakan dewa-dewi Yunani.

Tetapi bagi pengkaji kesusasteraan Yunani, motif megah diri biasa dilihat dalam kebanyakan mitos mereka. Malah, kebanyakan watak Yunani seperti Oedipus dan Bellerophon dihantui oleh motif ini sehingga membawa kepada kejatuhan mereka. Cuma perbezaannya di sini ialah Xerxes merupakan orang luar atau lebih tepat orang di sebelah timur.

Bagi orang Yunani, orang di sebelah timur penuh dengan pelbagai nilai negatif dan tidak bertamadun. Justeru, tidak hairanlah penulis drama The Persians, Aeschylus menggambarkan baginda sebagai tidak dapat mengawal emosinya terutama bila ten.teranya kalah.

Dalam manuskrip Historie, Herodotus turut menggambarkan Xerxes dari sudut negatif dan membandingkannya dengan Darius dan nendanya, Cyrus. Tetapi beliau tidak meletakkan kesilapan cubaan pen.aklukan Greece bulat-bulat di atas bahunya. Sebaliknya, kesalahan itu patut dipikul oleh seorang pembesar merangkap sepupu baginda sendiri, Mardonius.

Dalam keterangannya, Mardonius digambarkan Herodotus sebagai seseorang yang bercita-cita tinggi dan melihat pen.aklukan Yunani sebagai kunci perluasan kuasa Achaemenid. Pada awalnya, Xerxes tidak melayan sama sekali permintaannya tetapi akhirnya beralah selepas dipujuk tentang nilai strategik yang boleh dicapai jika Yunani berjaya ditakluk.

Walaupun gagal men.akluk Yunani, ekspedisi keten.teraan yang digerakkan berjaya menundukkan pemberontakan yang berlaku di Mesir dan Babylon. Selepas keamanan berjaya dipulihkan dalam empayarnya, tumpuan Xerxes kini tertumpu kepada pembangunan infrastruktur empayar.

Bagi memastikan aktiviti perdagangan terus berjalan lancar, Jalan Diraja yang dibangunkan semula sebelum ini oleh Darius ditambahbaik oleh baginda. Tindakan Xerxes mendapat pujian Herodotus kerana ia membenarkan perjalanan pedagang menjadi lebih lancar dan mudah. Di samping itu, baginda turut meneruskan beberapa projek era Darius seperti Pintu Gerbang Negara-Negara (Gates of All Nations) dan Dewan 100 Tiang (The Hall of A Hundred Columns).

Bagaimanapun, kegagalan operasi keten.teraan di Yunani dan kos meneruskan projek-projek Darius mula memberi kesan kepada kantung kewangan Parsi. Rakyat juga terbeban dengan kos cukai yang terlalu mahal. Tetapi anehnya, Xerxes masih menganggap semua masih lagi terkawal dengan melakukan sesuatu yang aneh.

Pada satu ketika, sebuah jambatan di Hellespont musnah dibadai ribut. Apabila diberitahu tentang insiden tersebut, Xerxes mengarahkan ten.teranya memukul air dengan cemeti sebanyak 300 kali dan menjatuhkan rantai ke dalam air. Baginda melihat ia sebagai cara terbaik menunjukkan bahawa air juga boleh diperhambakannya.

Yang pasti, pemerintahan baginda merupakan permulaan kepada kemerosotan Empayar Achaemenid. Pada Ogos 465 SM, komander pengawal dirajanya Artabanus bertindak memb.unuh baginda dan cuba melaga-lagakan putera-putera Xerxes. Bagaimanapun, salah seorang putera baginda, Artaxerxes tidak terpedaya dengan helahnya dan memb.unuhnya sebagai bagi membalas tindakan kejamnya.

RUJUKAN:

Mingren, Wu. (2019). Xerxes The Great: The Powerful Persian King Whose D.ea.th Destroyed an Empire.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.