Sebut saja Korea Selatan, yang terbayang di kepala ialah fenomena K-Pop dan status negara itu sebagai negara maju terutama dari segi teknologi. Tetapi siapa sangka di sebalik status mereka sebagai negara maju, mereka dibayangi xenofobia yang menebal!
Dalam satu kaji selidik yang dibuat Overseas Koreans Foundation pada tahun 2018, 61% responden melihat ekspatriat atau pekerja asing bukan sebahagian daripada masyarakat Korea. Tetapi jika anda seorang kulit putih dan berasal dari negara-negara atas angin (Barat), maka anda sekurang-kurangnya terselamat daripada sesetengah bias mengarut mereka.
Ini didedahkan oleh Profesor Park Kyung-tae, seorang profesor sosiologi dari Universiti Sungkonghoe. Beliau berkata, “Orang Korea berfikir orang Barat atau orang kulit putih yang bertutur dalam Bahasa Inggeris sebagai orang asing yang dimahukan. Jenis warga asing yang ditolak ialah pelarian dan warga China termasuk etnik Korea yang berasal dari China kerana mereka dianggap miskin.
“Jika anda datang dari negara Barat, anda akan mendapat lebih banyak peluang untuk dihormati. Tetapi jika anda datang dari negara Asia yang membangun, peluang lebih tinggi untuk anda dihina dan tidak dihormati mereka.”
Antara persepsi bias warga Korea terhadap warga asing (termasuk warga Korea yang tiba dari negara luar) ialah:
- Melayan buruk warga asing tetapi berubah 360 darjah jika mereka dapat bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik.
- Wanita Thailand dianggap sasaran mudah untuk melampiaskan nafsu kerana beranggapan ramai bekerja sebagai pelacur.
- Warga Korea yang tiba dari negara luar dipandang hina kerana latar belakang keluarga atau pekerjaan di negara asing.
- Warga Jepun tetap dianggap musuh berikutan sejarah pendudukan dan kek3jaman mereka semasa di Korea.
Jadi, mengapa perkara sebegini berlaku? Jawapannya ialah melihat semula sejarah Semenanjung Korea itu sendiri. Korea dipaksa membuka pintu seluas-luasnya kepada orang asing pada awal abad ke-20 apabila Jepun menduduki kawasan itu sebagai sebahagian daripada rancangan perluasan empayar mereka.
Dan ia terus dibuka akibat situasi P3rang Korea dan penempatan pangkalan-pangkalan tentera Amerika Syarikat di Korea Selatan. Selepas tahun 1988 iaitu tahun penganjuran Sukan Olimpik 1988 dan pentadbiran kerajaan yang dipilih secara demokratik buat kali pertama, barulah Korea Selatan mengalu-alukan kehadiran warga asing, pengaruh luar dan kapitalisme.
Setahun selepas itu, Seoul membenarkan warganya untuk bergerak keluar masuk ke luar negara. Tambah Profesor Kyung-tae, “Sejak tahun 1980-an dan 1990-an, kami mula melihat ramai warga asing datang dan kami tidak tahu cara berinteraksi dengan mereka. Mereka tidak dianggap sebahagian daripada masyarakat. Kami fikir mereka akan pergi selepas menetap di sini buat seketika.”
Hari ini, warga asing membentuk 2.8% populasi negara itu atau 1.43 juta orang. Daripada 1.43 juta warga asing, separuh daripadanya ialah warga China berdarah Korea, 9.4% warga Vietnam, 5.8% warga Thailand dan 3.7% masing-masing untuk warga Amerika dan Filipina.
Tetapi jika anda rasakan bercakap Bahasa Inggeris dapat membantu mengharungi xenofobia mengarut warga Korea, anda silap. Hakikatnya, kebencian warga Korea terhadap orang Barat terus menebal terutama tentera Amerika Syarikat.
Pada tahun 2002, berlaku satu insiden dua pelajar sekolah perempuan Korea dilanggar oleh sebuah kenderaan peronda tentera Amerika. Apabila kedua-duanya dibicarakan di mahkamah tentera berdasarkan perjanjian SOFA yang dimeterai antara kedua-dua negara, protes diadakan di seluruh negara bagi membantah ketidakadilan ini.
Hari ini, protes terhadap kehadiran tentera Amerika Syarikat masih berlaku dan polis anti-rusuhan Korea Selatan diletakkan secara tetap di luar 41 pangkalan tentera mereka. Dan jangan terkejut melihat ada bar atau restoran meletakkan papan tanda melarang anggota tentera Amerika dari memasuki premis mereka.
Nak kata ada undang-undang anti-diskriminasi, bukan sekali cuba digubal Seoul bagi menangani masalah ini. Tetapi semua cubaan tersebut berakhir dengan kegagalan kerana bimbang kehilangan sokongan penyokong semasa pilihan raya parlimen atau presiden.
Ingat tak bae kita, Lisa Blackpink pernah menjadi mangsa rasism di Korea sampai stand Kpop kena buat hashtag #RespectLisa. Apabila netizen Korea menabur komen suruh Lisa yang asal dari Thailand balik Thailand, dengan kecaman-kecaman berbentuk perkauman.
Bukan Lisa jer jadi mangsa rasism melampau kat sana. Contohnya Ashles Perez yang menulis “I Wasn’t Beautiful Enough to Live in South Korea”. Sebabnya walau dia ada darah Korea, tapi kulit dia perang-coklat, orang Korea rejek dia.
Kat Korea, tak wujud konsep kacukan, peranakan bagai selagi kau tak bawak “bongwan” (본관 – nama keluarga yang menunjukkan asal usul Korea). Lepas tu, orang Cina yang hidup kat Korea Selatan sejak sebelum penjajahan Jepun (1910-1945) masih belum diberi taraf kerakyatan walau dah 100 tahun. Sebabnya Korea amalkan dasar ‘jus sanguinis’ – selagi korang tak ada darah Korea jangan harap diterima sebagai orang Korea.
Dan sebagai kesimpulan kisah ini, pandangan ahli sosiologi Universiti Seoul Michael Duff harus didengar, “Ia bukan soal identiti berlawanan yang berpengaruh. Jantina, bangsa dan status memainkan peranan penting di Korea Selatan. Tetapi di Korea, itu tidak berlaku lagi-lagi sekiranya anda seorang warga asing. Anda dipandang sebagai warga asing dahulu sebelum ia disusuli oleh aspek-aspek lain.”
RUJUKAN:
Purcell, Conor. (2005). Foreigners fear for safety in South Korea. Great Reporter. https://www.greatreporter.com/content/foreigners-fear-safety-south-korea
Tai, Crystal. (2020). The strange, contradictory privilege of living in South Korea as a Chinese-Canadian woman. Quartz. https://qz.com/1172515/living-in-south-korea-as-a-chinese-canadian-woman-is-a-lesson-in-the-complex-world-of-contradictory-privilege/
Hyun-ju, Ock. (2017). Civic groups call for anti-discrimination act. The Korea Herald. http://www.koreaherald.com/view.php?ud=20170223000901
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih