Di dalam Islam, berper*ng merupakan perintah Allah SWT kepada orang Islam berdasarkan kepada beberapa situasi dan keadaan. Ia bukanlah satu kewajipan yang mutlak hingga seolah-olah melancarkan per*ng tanpa sebab itu menjadi kewajipan. Tetapi ia hanya menjadi kewajipan jihad apabila berlaku penindasan terhadap umat Islam atau negara Islam.
Itu pun dengan syarat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, antaranya ialah negara Islam mestilah negara yang berdaulat dengan kerajaan yang kuat, diper*ngi oleh musuh melalui ancaman terhadap keamanan negara, atau mempertahankan negara Islam dari pencerobohan.
Maka untuk memer*ngi musuh, negara Islam perlulah memiliki angkatan tentera yang kuat dan berani. Namun bagaimana jika tentera Islam lari meninggalkan per*ng? Didalam Islam, askar yang keluar atau lari dari barisan hadapan ketika peper*ngan kerana ketakutan atau mementingkan diri sendiri adalah mengundang kemurkaan Allah.
Tetapi, jika askar itu berundur dari kedudukannya sebagai satu strategi untuk mengelirukan musuh, atau keluar dari pertemp*ran kerana menyedari akan menghadapi kekalahan kerana lemah dari segi angka kekuatan, namun dia berupaya untuk pergi mencari bantuan dan mengumpul kekuatan mencukupi, adalah dibolehkan.
Manakala tindakan melarikan diri dari perjuangan jihad akibat merasa takut dan gentar terhadap musuh adalah salah satu dosa besar menurut Islam, bahkan ia merupakan perbuatan yang merendahkan martabat agama Islam dan perbuatan itu akan dibalas di akhirat kelak.
Itu adalah perspektif lari dari per*ng menurut pandangan Islam, namun apa yang hendak diceritakan kali ini adalah mengenai satu sistem keadilan moden dilaksanakan oleh Tentera Diraja British terhadap anggota tentera mereka sendiri yang dituduh lari meninggalkan medan per*ng.
PENYAKIT SARAF AKIBAT PERTEMP*RAN
Ketika Per*ng Dunia Pertama sedang berlangsung, pelaksanaan hukuman m*ut ke atas 306 orang anggota tentera Britain dan Komanwel pernah dilakukan. Hukuman yang dilaksanakan bagi kesalahan seperti meninggalkan medan per*ng dan tindakan-tindakan yang dianggap pengecut dan bacul ini kekal menjadi isu kontroversi.
Sesetengah pihak percaya bahawa kebanyakan dari askar-askar yang dihukum bun*h itu sewajarnya diampunkan kerana mereka dipercayai menderita sejenis gejala penyakit saraf akibat kesan pertemp*ran atau dikenali sebagai “shell-shock”, gejala ini menyebabkan tubuh seseorang mudah rebah/pitam, pening kepala, dan tubuh menjadi lemah.
Pelaksanaan hukuman itu melibatkan pegawai dan anggota yang kebanyakannya merupakan pegawai tanpa tauliah, ia termasuk 25 orang warga Kanada, 22 orang warga Ireland dan 5 orang warga New Zealand.
Antara tahun 1914 dan 1918, Tentera British telah mengenal pasti 80,000 orang dengan gejala yang sekarang ditakrifkan sebagai gejala penyakit saraf. Di antara mereka ada yang mengalami kejutan hingga menyebabkan gangguan saraf otak yang teruk.
Golongan yang mengalami gejala ini tidak mampu bertahan lagi dengan suasana dan keadaan di barisan hadapan yang dahsyat hingga memaksa mereka lari meninggalkan perjuangan.
Apabila ditangkap, mereka akan dibicarakan di mahkamah tentera, dan jika mereka dijatuhkan hukuman m*ti, skuad penemb*k seramai dua belas orang akan ditugaskan untuk menamatkan riwayat pesalah.
Kengerian yang ditanggung oleh para pejuang dari semua pihak yang terlibat dalam per*ng ketika berada di barisan hadapan hanya dapat digambarkan melalui catatan harian seperti berikut;
“Kami tiba di barisan hadapan di Arras, melalui kawasan perkampungan yang hancur dan musnah. Ketika kami bergerak ke sektor kami melalui sepanjang lorong parit yang menjadi penghubung kami, satu bedilan peluru mortar jatuh dan meletup tidak jauh di hadapan saya dan membun*h salah seorang platun saya.
Dia adalah orang pertama yang terbun*h didepan mata kepala saya sendiri. Kedua belah kakinya telah hancur dan seluruh badan dan wajahnya dipenuhi dengan serpihan letupan. Pemandangan itu membuat saya hendak muntah. Saya merasa gentar dan ketakutan tetapi lebih takut untuk menunjukkannya.” — Victor Silvester.
Tanpa bayangan yang jelas tentang bilakah pengalaman sebegitu akan tamat, ditambah dengan pelbagai isu kehidupan disebalik benteng dan lorong parit telah membuatkan semangat seorang askar yang masih muda menjadi semakin lemah.
Pendek kata, di bawah tekanan dan menghadapi bunyi temb*kan artileri yang berterusan saban hari, dia tidak akan pernah tahu adakah dia akan berpeluang lagi untuk menjenguk permukaan bumi.
PEMBERONTAKAN HARRY FARR MEMBAWA M*UT
Pada waktu subuh pada 18 Oktober 1916, Prebet Harry Farr dari Angkatan Ekspedisi Britain (BEF) dihukum m*ti atas kesalahan ‘tindakan pengecut’ setelah dia menolak untuk mara menyertai barisan hadapan di Front Barat semasa Per*ng Dunia Pertama.
Setelah menyertai BEF pada tahun 1914, Farr dihantar ke barisan hadapan di Perancis; pada bulan Mei berikutnya, dia mula rebah dan pitam, tubuhnya gementar, dia dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum kembali ke medan per*ng dan menyertai pertemp*ran dalam Somme Offensive.
Namun, pada pertengahan September 1916, Farr menolak untuk memasuki lorong parit di barisan mereka bersama skuadronnya yang lain, setelah cuba diheret dan bergelut, dia melepaskan diri dan berlari ke arah belakang.
Dia kemudian diadili di mahkamah tentera kerana bertindak sebagai pengecut dan dijatuhkan hukuman m*ti, yang dilaksanakan pada 16 Oktober.
Para komander kanan tentera yang senior paling pantang dengan kegagalan seorang askar untuk kembali ke barisan hadapan serta apa saja yang melibatkan tindakan bacul seperti lari dari medan per*ng.
Mereka juga percaya bahawa jika perbuatan sebegitu tidak diberikan hukuman yang tegas, askar yang lain mungkin terdorong untuk melakukan hal yang sama dan seluruh disiplin Tentera British akan runtuh.
Sesetengah askar yang tertangkap menghadapi perbicaraan di mahkamah tentera atas kesalahan lain namun majoritinya dibicarakan kerana lari meninggalkan kedudukan yang diamanahkan kepada mereka, “melarikan diri ketika menghadapi musuh”.
Proses pengadilan di mahkamah tentera kebiasaannya diputuskan dalam masa yang singkat dan pelaksanaan hukuman menyusul tidak lama selepas itu.
BAGAIMANA HUKUMAN DIADILI DAN DILAKSANAKAN
Sesetengah askar yang berada di dalam skuad penemb*k kebanyakannya merupakan anggota tentera dari kem pangkalan yang telah sembuh dari kecederaan per*ng namun ia masih menghalang mereka untuk bertemp*r di barisan hadapan, tetapi untuk melepaskan temb*kan rifle Enfield tidak menjadi masalah bagi mereka.
Rata-rata mereka yang berada di dalam skuad penemb*k kebiasaannya berusia di bawah enam belas tahun, begitulah juga puratan usia askar yang ditemb*k mereka atas kesalahan menjadi ‘pengecut’.
James Crozier dari Belfast ditemb*k pada waktu subuh kerana lari dari pertemp*ran, ketika itu dia baru berusia enam belas tahun. Sebelum hukuman dilaksanakan, Crozier diberi minuman keras ‘rum’ sehingga dia tidak sedarkan diri dan perlu dipapah ketika dalam keadaan separuh sedar ke tempat pelaksanaan hukuman.
Pegawai-pegawai yang menjadi pemantau pelaksanaan hukuman tersebut kemudian mendakwa bahawa ada kebimbangan yang besar sekiranya anggota dalam skuad penemb*k itu sendiri akan melanggar perintah untuk menemb*k.
Prebet Aby Bevistein, berusia enam belas tahun, juga ditemb*k oleh skuad penemb*k di Labourse, berhampiran Calais. Seperti kebanyakan kes lain, dia didapati bersalah meninggalkan posisinya. Tidak lama sebelum diadili di mahkamah tentera, Bevistein sempat menulis surat kepada ibunya:
“Kami berlindung di bawah parit. Saya merasa terlalu sejuk kemudian saya keluar untuk berteduh di sebuah rumah ladang. Mereka menangkap dan membawa saya ke penjara jadi saya harus dibicarakan di mahkamah. Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk keluar dari belenggu ini, jadi janganlah ibu merasa risau.”
Akibat ‘jenayah’’ yang dilakukan oleh askar-askar muda ini, nama mereka langsung tidak dabadikan di tugu peringatan per*ng setelah tamat peper*ngan.
Sebilangan besar saudara terdekat atau keluarga mereka ini hanya diberitahu bahawa mereka telah meninggal dunia samada di Perancis atau Belgium, tetapi tidak pernah diberitahu bagaimana atau mengapa mereka m*ti.
Berdasarkan catatan keter*ngan seorang pemerhati tentera Perancis yang menyaksikan satu pelaksanaan hukuman m*ti oleh Tentera Perancis, ia dilaksanakan seperti berikut.
“Dua orang tertuduh diikat dari kepala hingga kaki seperti sosej. Pembalut yang tebal menyembunyikan wajah mereka, dan yang mengerikan, di dada mereka terdapat sebidang kain diletakkan di bahagian jantung mereka sebagai ‘penanda’. Kedua-dua insan yang malang itu tidak dapat bergerak, mereka harus diangkut seperti boneka di atas lori terbuka yang membawa mereka ke lapang sasar.”
Paderi mengucapkan beberapa patah perkataan kemudian beredar. Dua platun enam anggota muncul, berbaris dengan posisi membelakangkan tiang sasaran. Senjata mereka diletakkan di atas tanah. Ketika pesalah telah selesai diikat dan ditenangkan, anggota-anggota platun yang tidak melihat sedikit pun proses mempersiapkan pesalah yang akan dihukum itu mula memberi tindakbalas secara senyap.
Anggota platun mengangkat senjata mereka, berpusing menghadap sasaran, meletakkan sasaran tepat dan terus melepaskan temb*kan. Kemudian mereka serta merta memusingkan badan sekali lagi dan sarjan akan memberi arahan “by the left, quick march” (dari kiri, cepat jalan)
Mereka berbaris melewati pesalah yang sudah tidak bernyawa lagi, tanpa mengulang periksa senjata mereka, tanpa menoleh, tanpa ucapan penghargaan ketenteraan, tanpa perarakan formal, tanpa iringan muzik, tanpa lintas hormat; inilah kem*tian mengerikan tanpa paluan gendang atau tiupan sangkakala.”
KREDIBILITI MAHKAMAH TENTERA DIPERSOALKAN
Samada mereka yang dihukum m*ti ini berhak mendapat pengampunan selepas kem*tian, isu ini masih terbuka untuk spekulasi. Melalui kenyataan pihak kerajaan bahawa bukti yang diperlukan untuk membuka jalan pengampunan tidak pernah ditemui walau setelah bertahun-tahun berlalu.
Mungkin pengampunan untuk semua 306 askar-askar ini tidak diizinkan kerajaan di atas sebab ada beberapa askar yang dihukum m*ti itu mungkin benar-benar melarikan diri dan tidak mengalami gejala trauma. Maka ia tidak boleh dilakukan secara kolektif.
Salah satu daripada beberapa sebab yang menyebabkan kemarahan aktivis kempen menuntut pengampunan ini adalah, askar yang lari meninggalkan posisi di U.K. adalah lebih ramai daripada di Perancis / Belgium (empat kali ganda) tetapi sebenarnya tidak ada seorang pun yang pernah dihukum m*ti di UK.
Status undang-undang mahkamah tentera yang sebenar juga turut dipersoalkan. Tertuduh tidak mempunyai akses yang membolehkan dirinya berhubung dengan peguam mahu pun saksi yang boleh memberi keter*ngan membela dirinya, bahkan ada kes tertuduh menggunakan ‘rakan tahanan’ sebagai saksi mereka sementara ramai lagi yang tidak diberikan hak sebegini.
Dari segi undang-undang, setiap mahkamah tentera seharusnya mempunyai ‘hakim penaja’ atau juri pengadilan yang hadir semasa perbicaraan tetapi sangat sedikit jumlah yang hadir memberi kerjasama.
Malam sebelum hukuman m*ti, pesalah yang sedang menunggu pelaksanaan hukuman m*ti masih memiliki hak untuk mengemukakan petisyen kepada Raja bagi memohon rayuan agar dikurangkan hukuman tetapi pihak yang menyelia penahanan mereka tidak pernah memberitahu atau menjelaskan kepada mereka bahawa mereka yang telah dihukum sebenarnya masih memiliki hak ini sebagai proses rayuan terakhir.
Pada 13 Januari 1915, Perintah Rutin Umum 585 telah dikeluarkan yang pada dasarnya menafikan prinsip “seseorang tidak boleh dihukum sehingga terbukti bersalah.” Di bawah perintah 585, seorang askar adalah bersalah sehingga bukti yang mencukupi dapat dikemukakan untuk membuktikan dia tidak bersalah.
Sejurus selepas tamat per*ng, satu dakwaan dibangkitkan, ia berkaitan tentang isu hukuman m*ti terhadap tentera telah dilaksanakan mengikut kelas-kelas tertentu.
James Crozier contohnya, dia didapati bersalah meninggalkan kedudukannya lalu dihukum temb*k sampai m*ti. Walhal dua minggu sebelumnya, 2nd Leftenan Annandale juga didapati bersalah tetapi tidak dijatuhkan hukuman m*ti kerana “isu teknikal”.
PENGAMPUNAN YANG DINANTI-NANTIKAN
Sepanjang peper*ngan, lima belas pegawai yang dijatuhkan hukuman m*ti menerima pengampunan pihak kerajaan. Pada musim panas tahun 1916, semua pegawai berpangkat kapten dan ke atas diberi perintah agar semua kes tindakan ‘pengecut’ wajib dihukum m*ti dan tiada toleransi walau dengan alasan sejarah masalah kesihatan.
Namun, semua ini mungkin tidak akan berlaku sekiranya pegawai didapati menderita neurasthenia. (gejala pening, lemah dan mudah pengsan yang membawa kepada kerosakan saraf)
Pada bulan Ogos 2006, Setiausaha Pertahanan Britain, Des Browne mengumumkan bahawa dengan sokongan Parlimen, peluang pengampunan sekaligus untuk semua 306 orang anggota tentera yang dihukum m*ti semasa Per*ng Dunia Pertama kerana tindakan ‘pengecut’ telah dibincangkan.
Undang-undang baru yang diluluskan pada 8 November 2006 dan dimasukkan sebagai sebahagian daripada Akta Angkatan Bersenjata telah memberikan pengampunan penuh terhadap anggota-anggota Tentera British dan Komanwel yang dihukum m*ti semasa Per*ng Dunia Pertama.
Undang-undang ini telah menamatkan noda penghinaan yang mengaibkan dengan melibatkan pemadaman segala kes berkenaan hukuman m*ti di dalam catatan rekod per*ng tetapi ia tidak membatalkan hukuman. Setiausaha Pertahanan Des Browne berkata:
“Saya percaya adalah lebih baik untuk mengakui bahawa ketidakadilan telah berlaku dengan jelas dalam beberapa kes – walaupun kita tidak dapat mengatakannya – dan mengakui bahawa semua orang ini adalah mangsa per*ng. Saya harap pengampunan insan-insan ini akhirnya dapat menghilangkan stigma negatif yang keluarga mereka hadapi selama bertahun-tahun. ”
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih