Jika anda adalah seorang peminat filem per*ng, anda pasti pernah menonton filem Overlord, yang berlatarkan era Per*ng Dunia Kedua namun musuh yang bakal dihadapi oleh tentera Amerika Syarikat selepas mendarat di Perancis adalah gerombolan tentera N*zi yang menjadi zombi.

Sebenarnya filem itu hanya salah satu daripada puluhan filem-filem per*ng yang menampilkan ‘zombi’ askar N*zi sebagai watak penjahat. Ada banyak lagi filem-filem lain dengan tema yang sama, antaranya ialah Puppet Master III: Toulon’s Revenge dan D*ad Snow.

Ya, zombi Jerman memang amat popular hingga lahirnya genre “n*zi zombies” untuk filem dan permainan video. Tetapi tentu anda tertanya-tanya adakah wujudnya pertemp*ran melawan zombi dalam mana-mana per*ng?

Bagi anda yang belum tahu, pernah berlaku satu peristiwa mirip dengan filem-filem itu, yang dikenali sebagai “Attack of the Dead Men”, ia merupakan pertemp*ran di antara Pasukan Russia dan Jerman semasa Per*ng Dunia Pertama pada tahun 1915.

Ia bermula dengan beberapa minggu yang panjang dan berd*rah, Pasukan Jerman telah berusaha sedaya upaya untuk cuba menawan Kubu Osowiec yang dipertahankan oleh Russia.

Ya, dalam pertemp*ran sebenar, yang jadi ‘zombi’ bukanlah askar Jerman, tetapi ianya adalah askar Russia dan Poland.

Puas pihak Jerman menyer*ng kubu itu sepenuh kekuatan berkali-kali tetapi setiap kali itu jugalah mereka dihalau oleh gabungan pasukan tentera dan artileri Russia.

Akhirnya pasukan Jerman mulai bosan dengan ser*ngan yang tiada kesudahan itu, mereka lalu memutuskan untuk menguji sejenis senjata eksperimen, iaitu gas beracun.

Jerman memiliki sumber gas mustard dan gas klorin yang ada di kawasan itu, dan mereka harus memilih antara keduanya.

Di Medan Barat, Jerman lebih cenderung menggunakan gas mustard kerana mampu mencederakan tentera pasukan Sekutu walaupun mereka memakai topeng penapis udara, ser*ngan itu menyebabkan kulit melecet teruk, sedangkan gas klorin hanya akan menyakiti mereka yang tidak memiliki topeng gas.

Namun, dari segi kesan sampingan, gas mustard lebih mudah untuk dirawat dan mudah pulih, sedangkan gas klorin pada dasarnya akan mencairkan paru-paru dan daging yang lembut.

Gas klorin tetap perlu untuk memasuki ke dalam paru-paru anda, dan kerana kebanyakan tentera di Medan Barat memiliki topeng, maka gas klorin bukanlah satu ancaman.

Masalahnya, ini bukan Medan Barat – Tentera Russia tidak berada dalam kedudukan atau situasi yang sangat baik dan menggunakan banyak sumber bahan yang ketinggalan zaman seperti Uthmaniyyah.

Tentera Russia tidak mempunyai topeng gas, sementara tentera Jerman telah mengetahuinya. Mereka memutuskan untuk menggunakan pilihan gas klorin dan setelah angin memihak mereka, topeng gas diagihkan kepada pasukan mereka dan bersiap untuk mara.

SER*NGAN AWAL

Konflik semasa Per*ng Dunia Pertama menjadi inovasi kepada pelbagai taktik pertemp*ran yang mengerikan, termasuk penggunaan gas beracun.

Salah satu pertemp*ran WWI yang paling ngeri adalah pertemp*ran di Kubu Osowiec, di mana tentera Jerman berper*ng dengan ‘askar zombi’ yang nyata.

Pada 6 Ogos 1915, Tentera Imperial Jerman melancarkan ser*ngan gas terhadap tentera Russia dan Poland yang tidak bersedia, ser*ngan itu berkesan merosakkan paru-paru dan kerongkong musuh mereka. Ramai tentera terkorb*n dari kesan gas beracun tersebut.

Namun entah bagaimana, sekumpulan pejuang Russia berjaya kekal hidup setelah terkena ser*ngan awal dan terus bertindakbalas mempertahankan kubu.

Ketika tentera Jerman tiba di menara, mereka melihat puluhan pejuang yang bagaikan cacat, bergerak perlahan-lahan dan berlumuran dar*h maju tepat ke arah mereka. “Ser*ngan Orang Mati,” seperti yang yang anda tahu sekarang, melahirkan kisah lagenda mengenai tentera Russia yang bangkit dari kematian untuk kembali bertemp*r.

KESAN MENYEKSAKAN TERHADAP MANGSA GAS BERACUN

Jerman melepaskan gas bromin dan klorin. Jika hanya gas bromin digunakan, ia berkesan untuk mengganggu saluran pernafasan, tetapi apabila digabungkan dengan gas klorin, ia menjadi koktail yang mematikan.

Gas klorin berubah menjadi bentuk asid hidroklorik apabila dicampurkan dengan kelembapan pada paru-paru seseorang. Asid itu kemudian akan memakan daging lembut dan membran mukus tubuh.

Mata boleh rosak dan bahkan boleh buta kekal, rongga hidung berd*rah, malahan, kulit yang lembap juga akan muncul tanda-tanda luka terbakar dan kerosakan kimia.

Kerosakan yang paling dahsyat terjadi pada paru-paru, ketika mereka terb4kar dari dalam dan luar, tisu badan akan hancur setiap kali mangsa bernafas.

Dengan terdedah kepada keracunan yang berpanjangan dalam kuantiti yang tinggi, mangsa boleh m*ut kerana gagal bernafas.

Setelah seseorang menyedut gas ini dengan banyak, ia boleh menyebabkan proses kematian yang sangat menyakitkan dalam beberapa minit.

BAGAIMANA ASKAR RUSSIA MENGHINDARI GAS BERACUN

Pihak Jerman tahu bahawa ser*ngan mereka akan sangat berkesan kerana mereka menyedari bahawa tentera Russia dan Poland tidak mempunyai topeng gas pelindung.

Mereka mungkin memiliki beberapa topeng kain, tetapi secara keseluruhannya, mereka tidak dilengkapi kelengkapan yang semp*rna untuk menangkis sebarang ser*ngan kimia.

Ketika kepulan wap gas merebak, askar-askar Russia bergegas mencari apa sahaja yang dapat mereka lakukan agar tidak tersedut bahan toksik tersebut.

Pada mulanya mereka mungkin menggunakan kain yang direndam air seperti yang dilakukan tentera Sekutu lain dalam kes ser*ngan gas mengejut yang berbeza.

Tetapi mereka kekurangan sumber air kerana sudah lama terkepung. Ini membuatkan mereka tidak ada banyak pilihan, dan menurut beberapa sumber, mereka mula merendam baju dengan air kencing mereka untuk membuat topeng pernafasan buatan sendiri.

D*rah membasahi seragam tentera Russia dan Poland. Kain basah yang direndam air kencing menutupi wajah mereka sambil mereka batuk teruk.

Campuran gas klorin dan bromin mulai mencairkan daging mereka, menghancurkan mata mereka, dan mengisar paru-paru mereka.

Tentera Jerman menyangka mereka akan memasuki kawasan yang sudah tiada satu pun nyawa terselamat, tetapi sebaliknya, mereka bertembung dengan lelaki yang sedang berbuih di mulut dan memuntahkan kepingan paru-paru mereka sendiri.

Pembakaran sisa bahan kimia memakan tubuh askar-askar Russia dari dalam dan luar, manakala bagi tentera Jerman, mereka seolah-olah seperti hendak bertarung melawan sekumpulan m*yat hidup.

‘ZOMBI’ RUSSIA ENGGAN MENYERAH

Terdapat begitu sedikit tentera Bersekutu yang tersisa masih hidup, itu pun mereka semua yang masih hidup itu sudah nyawa-nyawa ikan. Ada yang hampir tidak dapat berdiri, kebanyakannyan berd*rah secara dalaman, dan setiap pernafasan mereka terasa sakit dan membakar.

Ibu pejabat telah mengarahkan melalui radio supaya askar-askar yang ‘sedang mati’ itu untuk terus mempertahankan kubu dengan apa jua caranya sekalipun. Daripada terus kekal bertahan, mereka memutuskan untuk melakukan ser*ngan balas.

Mereka dengan segera membuat rancangan bagaimana hendak menghampiri barisan tentera Jerman, menyedari rancangan mereka mungkin akan gagal.

Manakala askar-askar Jerman bergerak melakukan kemaraan, dengan tanggapan gas itu menjadikan musuh mereka sangat lemah atau menamatkan hidup mereka sendiri.

Namun tekaan mereka ternyata salah. Tentera ‘zombi’ Russia muncul tiba-tiba menyer*ng posisi Jerman dengan senapang dan bayonet mereka.

Gas itu memberi kesan dengan cepat. Ser*ngan gas bermula pada pukul 4 pagi, dan dalam beberapa jam tentera Russia dan Poland mulai musnah hanya dalam beberapa minit.

Seluruh kompeni musnah, lalu membuka jalan bagi tentera Jerman untuk bergerak maju tanpa halangan.

DIHALAU OLEH ASKAR M*TI

Askar-askar Jerman juga turut mengambil seramai mana orang yang mereka mampu bawa dari jauh ketika ramai tentera Sekutu bergelut untuk bernafas. Akhirnya, hanya beberapa orang dari kompeni ke-8 dan ke-13 yang tinggal, dan mereka samada akan mati atau hanya tercedera.

Walaupun askar yang masih hidup berjaya diselamatkan, jumlahnya masih suram. Menurut beberapa sumber, terdapat seramai 60 orang terselamat.

Secara keseluruhan, sejarah menunjukkan sekitar 100 tentera kekal bertahan dari ser*ngan 7,000 tentera infanteri Jerman ketika mara ke kubu.

Dari perspektif luaran, seratus orang kekuatan bersenjata tidak akan berpeluang menundukkan tentera yang kuat dengan 7,000 orang.

Namun, ketika Jerman mendekati sasaran mereka, mereka melihat hasil ser*ngan gas mereka dari dekat, dan mereka tidak kurang juga merasa ngerinya.

Mereka ketakutan apabila melihat askar-askar Russia yang kelihatan gila, berd*rah, askar Jerman semakin panik melihat kesan senjata mereka sendiri.

Askar-askar Jerman berpaling dan tiba-tiba berlari lintang pukang, bahkan mereka tidak sempat memusnahkan atau merampas senjata yang musuh gunakan.

Mereka berlari ke dalam jerat berwayar yang mereka sendiri pasang dan mengalami kecederaan yang teruk akibat letupan.

Tentera Russia melepaskan tembakan ke arah Jerman, dan tidak lama kemudian mereka merebut kembali tanah itu sekaligus berjaya mengusir tentera Jerman daripada kemungkinan yang mustahil.

TINDAKBALAS RUSSIA

Keseluruhan Rejimen Infantri ke-22 Zemlyansky dicatat dalam lipatan sejarah, tetapi satu nama paling menonjol antara yang lain iaitu sub-leftenan Vladimir Kotlinsky.

Dia bukan pegawai tertinggi, tetapi dalam menghadapi kemungkinan yang tidak dapat diatasi, dia mengumpulkan saki baki anggota pasukan yang tinggal dan memberitahu mereka rancangan yang menakutkan tetapi berani.

Dia mengatakan bahawa mereka akan melakukan ser*ngan balas ketika orang-orang Jerman mula melangkah masuk, mereka merancang dan memutuskan perbatasan mereka kemudian menawan semula tanah dan parit kubu.

Misi itu tidak memberikan harapan tinggi, tetapi mereka tetap memutuskan untuk turun berper*ng. Ketika ser*ngan berlangsung, Kotlinsky akhirnya terkorb*n akibat luka-luka kecederaannya yang parah.

Setelah mengusir Jerman, setiap askar yang terkena gas klorin tahap tinggi itu m*ut. Gas itu membun*h sekurang-kurangnya tujuh orang pegawai berpangkat tinggi, dan kira-kira 200 tentera tambahan terkorb*n.

Perintah evakuasi dikeluarkan, bermakna semua orang yang berjaya menghindari diri dari terdedah kepada tahap gas beracun yang mematikan akan berundur dari kubu yang tercemar itu.

Ketika pasukan Russia hendak meninggalkan kubu itu, mereka memusnahkan keseluruhan kubu itu, meninggalkan sekadar runtuhan dan m*yat.

Pihak Jerman tidak mempunyai masa untuk bertindak balas dan tidak mengharapkan tindak balas ini. Semenjak itu, mereka mengalami kerugian yang besar dan terus gagal merampas aset tersebut.

Setelah bertembung dengan ‘zombi’, askar Jerman yang berundur melarikan diri itu menceritakan kisah askar Russia yang menjadi zombi dan mampu menahan kesan gas yang mengancam nyawa.

Jerman sebelum ini berhasrat untuk membuat ser*ngan yang lebih agresif dan terakhir untuk merebut kubu itu untuk selama-lamanya. Namun, mereka tidak menjangka bahawa Russia merebut peluang itu untuk mengosongkan kubu sementara Jerman masih berteka teki.

Setelah tiba ke kubu yang musnah itu, pihak Jerman berusaha untuk tetap mempertahankan kedudukannya, tetapi lokasinya telah kehilangan banyak nilainya. Pasukan Jerman meninggalkan kubu itu setelah menduduki Osowiec hanya untuk selama beberapa minggu.

Ser*ngan gas Jerman kemungkinan hanya membuat tahap kawalan keselamatan tentera Poland dan Russia di Osowiec berkurangan kerana taktik seperti ini masih di peringkat awal.

Penggunaan senjata kimia pertama semasa Per*ng Dunia Pertama adalah dalam bentuk gas pemedih mata, yang merosakkan mata, hidung, dan tekak.

Pertemp*ran sebegini hanya menyebabkan ketidakselesaan yang melampau, tetapi tidak menambah jumlah korb*n yang tinggi.

Gas pemedih mata secara amnya terbukti tidak berkesan, sehingga orang Jerman mencari kaedah yang lebih kuat.

Pada 22 April 1915, Jerman berpindah dari gas pemedih mata ke gas klorin yang mematikan ketika bertemp*r dengan tentera Bersekutu di Ypres, Belgium.  Ser*ngan itu menghancurkan tentera Bersekutu, dan Jerman terus kekal menggunakannya.

RUJUKAN:

Quora- Was the “Attack of the Dead Men” a true event?: https://www.quora.com/Was-the-Attack-of-the-Dead-Men-a-true-event


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.