Kejatuhan harga bahan api global telah memberikan tamparan yang hebat kepada negara-negara pengeluar minyak. Kejutan yang bermula sejak Jun 2014 menunjukkan bagaimana ekonomi global bergantung kepada harga yang mengelembung.

Pembangunan pesat China memerlukan bahan api yang banyak untuk menggerakkan industri, sekaligus melonjakkan permintaan.

Politik Iraq dan Libya misalnya tidak stabil, sekaligus menurunkan bekalan. Apabila kedua-dua ini ibaratkan selesai, harga minyak kembali ke pasaran biasa.

Dan impaknya dirasai Arab Saudi. Minyak mewakili lebih daripada 30% daripada KDNK Arab Saudi. Sejak 1970-an lagi Arab Saudi cuba mengurangkan kebergantungan ekonomi kepada industri minyak.

Tetapi Raja Fahd dalam pemerintahan 23 tahunnya tidak berjaya melaksanakannya, apatah lagi pewarisnya Abdullah.

Jadi Salman as-Saud mewarisi takhta bagi dunia yang sudah tidak lagi bergantung kepada minyak.

Dalam tempoh 20 tahun pula dipercayai pemain-pemain industri dunia seperti Amerika Syarikat, China dan Eropah akan mengharamkan pula penjualan petrol dan diesel.

Bebanannya akan menjerut pengeluar-pengeluar minyak lagi.

Maka kerajaan Saudi mengimarahkan Visi Saudi 2030 yang boleh dibandingkan dengan Visi Negara Qatar 2030 dan Visi Kuwait 2035. Matlamat Saudi adalah untuk menukarkan status negara sebagai:

  1. Jantung Dunia Arab dan Islam.
  2. Menjadi Kuasa Besar Pelaburan Global
  3. Mentransformasikan Negara Sebagai Hab Tiga Benua

Arab Saudi ialah sebuah negara yang selalu dikunjungi rakyat marhaen sedunia. Penguasaan negara terhadap Mekah dan Madinah telah memangkinkan perolehan besar daripada Haji dan Umrah.

Tetapi Visi Saudi 2030 sejak pelancarannya pada tahun 2016 tidak ingin mengharapkan kedua-dua pemangkinan ini sahaja. Mereka ingin memupuk kebudayaan melalui hiburan dan sukan.

Kerana visi inilah wanita akhirnya dibenarkan memandu (Coker, 2019), sekaligus mengh4puskan pendekatan ketinggalan zaman yang sebenarnya menjerut poket rakyat kerana wanita selama ini terpaksa mengupah pemandu.

Keterbukaan ini mendapat perhatian daripada satu gergasi hiburan dari Amerika Syarikat.

Dari Stamford Ke Saudi

Dua bendera berkibar di bumbung rata sebuah bangunan berkaca tujuh tingkat. Jalur merah dan putih menandakan bendera besar Amerika Syarikat yang ditinggikan.

Bersebelahannya ialah bendera hitam yang mempunyai dua huruf W putih bertembung di atas garisan merah.

Menara Titan ini terletak di Gleenbrook, Stamford, yang mana di dalamnya sepasukan pemikir melihat keterbukaan Saudi sebagai peluang keemasan.

Kedatangan World Wrestling Entertainment (WWE) di Arab Saudi bermula sejak Disember 2013. Sebuah syarikat terutamanya WWE tidak sama sekali akan menerjah masuk dalam mana-mana negara begitu saja.

Mereka memerlukan percubaan dulu. Dan percubaan ini dinamakan house show atau live event yang takkan diudarakan untuk tatapan dunia.

Tujuannya adalah untuk menarik minat masyarakat setempat. Disebabkan itulah WWE tidak pernah tayang di stadium kosong (kecuali Wrestlemania 36 yang dianjurkan tanpa penonton kerana koronavirus).

House show dianjurkan berkali-kali dalam tempoh empat tahun di Riyadh dan Jeddah.

Dan pada 5 Mac 2018, WWE bersetuju dengan Perbadanan Sukan Saudi untuk menganjurkan Greatest Royal Rumble di Stadium Antarabangsa Raja Abdullah (Lake, 2018).

Inilah pengudaraan pertama berdasarkan kontrak 10 tahun bersama Arab Saudi.

Bermakna pada tahun 2018 WWE menganjurkan dua Royal Rumble di Pusat Wells Fargo yang dimenangi Shinsuke Nakamura.

Laluan khas untuk mencabar AJ Styles di WrestleMania 34 tidak dimanfaatkan kerana Nakamura tewas selepas bergusti selama 20 minit.

Sebulan kemudian WWE menganjurkan Greatest Royal Rumble di Jeddah yang dihadiri 60,000 orang.

Pertembungan 50 orang menyaksikan kemenangan Braun Strowman yang membuang Big Cass. Tetapi Strowman ibaratkan diberi piala dan tali pinggang “kosong” yang dilupakan begitu saja.

Tiada laluan khas untuk mencabar WWE Champion pun kerana Greatest Royal Rumble tidak memberikan sebarang kesan pun apabila WWE kembali ke Amerika Syarikat (Coulson, 2018).

RUJUKAN:

Coker, M. (2018, June 24). Saudi women can now drive. Overcoming beliefs on gender will be harder. The New York Times. Retrieved from https://www.nytimes.com/2018/06/24/world/middleeast/saudi-women-drivers.html

Coulson, J. (2018, April 27). WWE Reveals Greatest Royal Rumble Championship Belt [Photo]. The Sportster. Retrieved from https://www.thesportster.com/news/wwe-reveals-greatest-royal-rumble-championship-belt/?view=list

Lake, J. (2018, March 7). WWE: Saudi Arabia to host 50-man Royal Rumble. Sky Sports. Retrieved from https://www.skysports.com/more-sports/wwe/news/14203/11279526/wwe-saudi-arabia-to-host-50-man-royal-rumble


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.