Harpagophytum ialah genus tumbuhan yang dikenali dengan nama ‘cakar setan’. Ia tumbuh hanya di selatan benua Afrika seperti Namibia, selatan Botswana, dan Afrika Selatan. Spesis pokok yang dominan dalam kumpulan genus ini ialah H. procumbens.

H. procumbens tumbuh di kawasan berpasir dan mempunyai taburan hujan yang rendah iaitu sekitar 150-300 millimeter setahun. Spesis tumbuhan ini jenis menjalar atas tanah dan sebab tumbuhan ini digelar sebagai ‘cakar setan’ ialah bahagian buahnya.

Buahnya berbeza dengan buah pokok berbunga lain yang biasanya rupa hampir bulat seperti epal dan limau. Namun buah pokok cakar setan ini rupanya seperti jari hantu atau setan yang keluar dari buah, seolah-olah buah ini mengalami mutasi.

Menurut pengkaji, kehadiran ‘cakar setan’ pada buah pokok spesis H. procumbens ada manfaatnya. Ciri ini bertindak menyangkut mana-mana haiwan merangkak yang melintasi pokok ini. Jika berjaya, buah ini akan berpaut pada kaki haiwan sehingga terlepas. Ini secara tak lansung haiwan merangkak menjadi agen pendebungaan kepada spesis H. procumbens l, seterusnya menyebarkan generasi tumbuhan baru.

Walaupun pokok ini mempunyai nama yang menakutkan, namun penduduk asal percaya akan khasiat yang terselindung dalam spesis pokok ini.

Beli buku terbaru kami di https://bit.ly/pratempahktmktr

Bagi masyaralat Botswana, pokok cakar setan mampu merawat pelbagai jenis kesakitan mengikut rawatan teadisional. Dikatakan pokok ini digunakan sebagai ubat herba sembuhkan keradangan dan ubat tambahan vitamin (supplement) namun tidak ada kajian saintifik lagi yang mengesahkan khasiat pokok ini. Khasiat yang hanya disahkan pakar perubatan hanyalah menyembuhkan sakit tulang balakang saja.

Kerana khasiat yang hadir dalam pokok H. procumbens, pokok ini menjadi tanaman komersial untuk penghasilan ubat-ubatan tradisional. Demi memastikan tumbuhan ini tidak diancam kepupusan akibat kerakusan manusia, negara Namibia, Botswana, dan Afrika Selatan melaksanakan polisi perlindungan spesis haiwan ini, sekaligus seimbangkan pengeluaran ubat-ubatan tersebut. Pokok cakar setan buat masa ini tidak mengalami ancaman kepupusan.

RUJUKAN:

Mncwangi, N.; Chen, W.; Vermaak, I.; Viljoen, A.M.; Gericke, N. (2012). “Devil’s Claw – a review of the ethnobotany, phytochemistry and biological activity of Harpagophytum procumbens”. J Ethnopharmacol. 143 (3): 755–71

Ib Friis and Olof Ryding (Editors) Biodiversity Research in the Horn of Africa Region: Proceedings of the Third International Symposium on the Flora of Ethiopia and Eritrea at the Carlsberg Academy, Copenhagen, August 25-27, 1999 (2001), p. 65


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.