Anak adalah anugerah yang tidak bernilai bagi pasangan berkahwin. Kelahiran generasi baru seperti anak mampu meneruskan keturunan ibu dan ayah selain menjadi penyeri dalam keluarga. Apatah lagi kelahiran anak kembar. Mempunyai dua orang anak yang mempunyai wajah yang sama adalah keistimewaan genetik dalam sesebuah keluarga. Namun, tahukah anda bahawa terdapat begitu ramai anak kembar menetap di kampung yang terasing dari pembangunan?
Ya, kampung tersebut wujud. Nama kampung itu ialah Kodinhi yang lokasinya berada di negeri Kerala, India. Kampung ini mempunyai bilangan anak kembar paling ramai di negara ini dengan jumlah seramai 400 pasangan kembar! Bilangan pasangan kembar meningkat setiap tahun sejak bancian tahun 2008, menjadikan kadar kelahiran anak kembar meningkat sebanyak 45 per 1,000 kelahiran berbanding kadar kelahiran anak kembar India dengan sekadar kurang 9 per 1,000 kelahiran.
Antara pasangan kembar kampung Kodinhi.
Penduduk Kodinhi mula mengetahui fenomena ini disebabkan oleh sifat ingin tahun oleh pelajar pasangan kembar perempuan bernama Sameera dan Femeena pada tahun 2006 setelah perasan bahawa dalam kelasnya terdapat 8 pasangan kembar. Mereka juga menemui terdapat pasangan kembar juga di kelas lain.
Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman
Kemudian, Sameera dan Femeena membuat tinjauan kecil sebagai sebahagian dari tugasan kelas untuk mengetahui berapa jumlah pasangan kembar dalam sekolah dan ternyata terdapat 24 pasangan kembar. Bermula tinjauan ini, sekolah lain mula membuat perkara yang sama sehinggalah mendapat keputusan bahawa kampung Kodinhi mempunyai 280 pasangan kembar! Keanehan Inilah menjadikan kampung ini unik walaupun terasing dari bandar raya.
Tinjauan anak kembar dalam sekolah.
Walaupun aneh, namun ramai penduduk gembira dengan kehadiran anak kembar mereka. Samsad Begum iaitu penduduk Kodinhi berusia 46 tahun telah menetap di kampung ini selepas perkahwinannya pada tahun 2000. Mereka tidak berharap sangat mempunyai anak kembar, cukup ada seorang anak saja untuk menceriakan keluarga kecilnya. Beberapa tahun menetap kampung ini, Samsad dan suaminya dikurniakan anak kembar perempuan.
Samsad kemudian terdetik bahawa kelahiran anak kembar mereka adalah dari genetik keluarga suaminya. Ayah suaminya mempunyai adik kembarnya manakala keluarga Samsad tidak mempunyai anak kembar selama 5 generasi. Terdapat juga keluarga kampung yang tidak mempunyai anak kembar seperti penduduk bernama Sukumaren. Lelaki pencen yang berusia 71 tahun hanya mempunyai seorang anak perempuan bernama Praseena sejak menduduki kampung selama 2 generasi.
Samsad bersama anak kembarnya (kiri dan kanan). Sumber: The News Minute
Pada bulan Oktober tahun 2016, sekumpulan pengkaji dari pelbagai institusi termasuklah CSIR (Centre for Cellular and Molecular Biology) di Hyderabad, Kerala University of Fisheries and Ocean Studies (KUFOS) dan University of London and Germany pergi melawat kampung Kodinhi untuk mencari jawapan fenomena aneh tersebut.
Pertama sekali, pada pengkaji mengumpul sampel air liur dan rambut dari setiap anak kembar untuk menganalisis DNA mereka. Kajian ini kemudian dilaksanakan secara serentak selain kampung ini. Antara lokasi yang mempunyai jumlah anak kembar yang ramai ialah penempatan Hung loc di selatan Vietnam, Igbo-Ora di Nigeria, dan Candido Godoi di Brazil.
Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman
Pengkaji dari KUFOS bernama E. Preetham mengemukakan teori yang memungkinkan kerajaan anak kembar berlaku walaupun masih tidak dapat dibuktikan secara saintifik. Menurut beliau, terdapat spekulasi tentang fenomena ini selain kerja genetik iaitu elemen terhadap udara, air, dan diet penduduk dalam kampung tersebut mempengaruhi fenomena ini. Namun, mereka masih berusaha mencari sebab keramaian anak kembar ini.
RUJUKAN:
Varier, Megha. 27 April 2017. Kodinhi: A Kerala village with 400 pairs of twins that continues to be a mystery to researchers. The News Minute.
This village in Kerala has over 400 pairs of twins. No one knows why. Conde Nast Traveller. Published on 24 January 2021.




No comments yet