Bila cakap pasal Piramid sudah tentu ada diantara kita terfikir tentang struktur binaan berbentuk geometri segi tiga yang terdapat di Mesir.

Kalau telusuri sejarah tamadun Mesir Kuno misalnya Piramid Giza, dibina bagi tujuan upacara keagamaan tertentu selain ia sebagai tempat persemadian Firaun yang pernah memerintah Mesir Purba.

Tetapi itu di Mesir, dimana terdapat manusia membina peradaban yang gah sehingga monumen berusia ribuan tahun itu masih utuh hingga kini. Tapi kes di Antartika macam mana pulak ya?

Piramid Salji Antartika

Siapa Bina Piramid Antartika?

Tajuk yang hendak dibual hari ini ialah bagaimana struktur berbentuk seakan ‘Piramid’ boleh muncul ditengah-tengah benua Antartika?

Antartika tak ada penduduk asal mahupun penghuni tetap kerana suhu purata benua itu boleh mencecah -10C sehingga -57C, Walaupun pernah ada sebilangan manusia mendiami disana tetapi bukanlah secara tetap.

Sedangkan dalam sejarah awal dunia dipercayai manusia pertama yang menjejaki Antartika ialah seorang berbangsa Norwegian bernama Carsten Borchgrevink sekitar 1800.

Gambar di puncak ‘Piramid’ salji

Dengan penemuan ini maka timbul pelbagai teori tentang pembinaannya. Tak lari juga para Teori Konspirasi barat membuat spekulasi mengaitkan pembinaan Piramid Antartika dengan ‘teknologi Alien’ yang telah awal ‘menapak’ di Antartika sebelum manusia mencapai zaman ketamadunan.

Dalam hal ini, Para penyelidik berpendapat melalui kajian mereka, menjelaskan bahawa bentuk Piramid(geometri segi tiga) berlaku secara semula jadi.

Oleh itu, Istilah Nunataks adalah paling sesuai untuk digunakan bagi menjelaskan sifat geometri segi tiga Piramid tersebut.

Nunataks ialah puncak gunung yang menonjol dan diselaputi ais, biasanya lebih tinggi dari kawasan sekitarnya.

Puncak Gunung atau Nunataks

Menurut penyelidik, Dr. Charles Hapgood mengatakan dua Piramid Antartika dapat ditemui dalam jarak 16Kilometer dari pantai. Manakala ‘Piramid ketiga’ boleh dijumpai dalam kawasan garis pantai.

Bagaimana pun kajian mereka dapat mengejutkan ramai pihak. Dr. Charles Hapgood berpandangan boleh jadi piramid ini dibina oleh manusia sekitar 6,000 ribu tahun lalu.

Mungkin ada yang rasa kelakar, sebab ‘orang gila’ mana yang sanggup bina Piramid di benua yang mempunyai paras iklim sejuk beku ni?.

Peta Piri Reis

Beliau mempunyai hipotesis kepada punca tersebut. Dapatan sumber beliau merujuk pada Peta Piri Reis abad ke-16 menunjukkan benua Antartika tanpa ais.

Piri Reis merupakan seorang Laksamana dari Empayar Uthmaniyah. Peta tersebut ditemui di Turki.

Pada 1953 Pegawai Tentera Laut Turki telah serahkan peta tersebut kepada Tentera Laut Amerika Syarikat yang kemudian diserahkan kepada Arlington H. Mallery dari Biro Grafik Hidro untuk menilai dan mengkaji peta tersebut.

Lebih mengejutkan Mallery mengenalpasti peta Piri Reis mempunyai ciri-ciri tepat kemungkinan peta itu disalin dari peta purba berusia 6,000 tahun.

Mengesahkan Peta Piri Reis

Ketepatan peta itu dapat diketahui melalui proses seismik sounding dan sonar. Penyelidik dapati ciri-ciri persamaan antara Peta Piri Reis dengan Queen Maud Land yang terletak di Antartika. Persamaan dalam peta dari segi banjaran gunung, garis pantai dan dataran tinggi sangat menepati ciri-ciri Benua Antartika.

Selain itu, Hapgood menerima surat daripada individu yang terlibat dalam ekspedisi ke Antartika, dengan itu dapat menguatkan lagi kajian yang dijalankan beliau.

“Dear Professor Hapgood,

Your request of evaluation of certain unusual features of the Piri Reis Antarctica map of 1513 by this organization has been reviewed. The claim that the lower part of the map portrays the Princess Martha Coast of Queen Maud Land, Antarctic, and the Palmer Peninsular, is reasonable. We find that this is the most logical and in all probability the correct interpretation of the map.

The geographical detail shown in the lower part of the map agrees very remarkably with the results of the seismic profile made across the top of the ice-cap by the Swedish-British Antarctic Expedition of 1949.This indicates the coastline had been mapped before it was covered by the ice-cap. This part of Antarctica ice free. The ice-cap in this region is now about a mile thick. We have no idea how the data on this map can be reconciled with the supposed state of geographical knowledge in 1513.”

Daripada surat yang diterima dapat mengesahkan bahawa teori Dr. Hapgood semakin ampuh bahawa ‘Piramid Antartika’ dibina oleh manusia sejak ribuan tahun dahulu berdasarkan Peta Piri Reis yang seolah disalin dari peta purba berusia 6,000 tahun lalu.

Maknanya geografi Antartika dulu bukanlah beriklim sejuk dan berais macam sekarang jika rujuk Peta Piri Reis, tetapi keadaan muka bumi yang membolehkan manusia membina penempatan.

Tak kira apa asal-usul Piramid Salji ni, penemuan misteri ini bakal meningkatkan spekulasi mengenai kewujudan keberadaan manusia di Antartika.

RUJUKAN:

Ancient Pyramids in an Icy Landscape: Was There an Ancient Civilization in Antarctica? https://www.ancient-origins.net/ancient-places-antarctica/ancient-pyramids-icy-landscape-was-there-ancient-civilization-antarctica-021093


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

“A bookstore is one of the only pieces of evidence we have that people are still thinking.” — Jerry Seinfeld

Comments are closed.