Kalau kita bercakap mengenai kaum Yahudi, kaum ini agak asing di kepulauan Nusantara ini. Di Malaysia, kita sudah tidak mempunyai mana-mana bangsa Yahudi di negara ini walaupun negara kita memiliki Perkvbvran Yahudi tertua di Asia Tenggara. Kali terakhir individu Yahudi yang mempunyai kaitan di Malaysia ialah Gary Braut. Braut meningg4l dvnia di Pusat Perubatan Prince Court pada 2013 dan dikebvmikan di New York.
Namun, tidak di Singapura. Di sana, masih terdapat lagi kaum Yahudi ini.Di Singapura, dipercayai kaum Yahudi mula bertapak di sana sekitar 1830an. Menjelang awal 1900an, terdapat 460 buah keluarga yang menetap di negara itu. Tidak seperti di Israel yang rata-rata menganut fahaman Zionis , kebanyakan Yahudi di Singapura menganut fahaman Ortodoks.
Kebanyakan bangsa Yahudi di Singapura berasal dari suku kaum Sephradi dan Oriental Jews yang berasal dari Iraq, terutama dari Bandar Baghdad. Walaupun terdapat rekod penempatan pertama Yahudi di negara Singapura pada 1830an, sebenarnya mereka telah datang awal lagi, iaitu selepas Stamford Raffles menjejakkan kaki ke Singapura pada 1819.
Selepas pembukaan Terusan Suez pada 1869, Yahudi dari suku Akhenazi yang berasal dari Eropah mula menetap di Singapura. Namun, kebanyakan Akhenazi ini hanya menjadikan Singapura sebagai tempat persinggahan mereka sahaja untuk menjalankan urusan perniagaan. Disebabkan mereka berasal dari Eropah, Yahudi Akhenazi ini jarang bergaul dengan Yahudi Sephradi. Sebaliknya, mereka lebih gemar bergaul dengan masyarakat Eropah.
Penempatan Yahudi mula dibina di Boat Quay yang mana mereka membina Sinagog berhampiran rumah kedai di sana. Kemudian, Yahudi-Yahudi ini berpindah ke merata tempat seperti North Bridge Road, Sophia Road dan Selegie Road.
Pada 1846, terdapat enam rumah pedagang yang menetap di Singapura yang mana sebahagiannya merupakan antara tokoh penting di Singapura seperti Mannaseh Meyer yang merupakan pengasas firma guaman terkenal di Singapura, Meyer &Co dan Nessim Abbas yang merupakan pemilik tanah Mahkamah Tinggi Singapura.
Pada 1873, komuniti Yahudi di Singapura membeli sebidang tanah dari kerajaan dan membina Maghain Aboth Sinagog yang terletak di Church Street. Terdapat lagi sebuah sinagog bernama Chesed- El Synagogue. Tetapi, sinagog ini hanya dibenarkan untuk keluarga Mennaseh Meyer sahaja.
Kaum Yahudi juga turut mempunyai tanah perkvbvran mereka sendiri yang terletak di Orchard Rd C3m3tery. Perkvbvran ini kemudian dipindahkan ke Thomson Rd C3m3t3ry dan seterusnya ke Chua Chu Kang.
Menjelang 1910, dianggarkan 500 buah keluarga menetap di Singapura. Sebelum p3r4ng Dunia Kedua meletus, keluarga Yahudi bertambah kepada 844 buah keluarga. Semasa p3r4ng, kaum Yahudi ini juga tidak lari dari seks44n oleh pihak Jepun. Ramai Yahudi ini dit4ngk4p oleh pihak Jepun dan dipenj4r4 di Penjara Sime Road, Penjara Changi dan lain-lain lagi.
Selepas p3r4ng, komuniti Yahudi ini menubuhkan Jabatan Kebajikan Yahudi Singapura dan diketuai oleh David Marshall yang kemudiannya menjadi Ketua Menteri Singapura yang pertama. Pada 1996, sekolah khas untuk Yahudi, The Sir Mennaseh Meyer International School (Sekolah Antarabangsa Sir Mennaseh Meyer) telah ditubuhkan.
Pada asalnya, sekolah ini dibuka untuk kanak-kanak dan diberi nama Pusat Pembelajaran Genunu. Namun pada 2009, sekolah ini telah ditukar nama bersempena dengan tokoh Yahudi itu.
Pada 2007, Jacob Ballas Centre ditubuhkan sebagai hub bagi komuniti Yahudi di Singapura. Nama hub komuniti diabadikan bersempena dengan nama Jacob Ballas, seorang hartawan yang disegani di Singapura. Ballas juga pernah menjawat jawatan Ketua Pengarah Bursa Saham Singapura-Malaysia ketika Singapura di dalam Malaysia.
Pada 2015, dianggarkan 2500 Yahudi masih menetap di Singapura.Namun, hanya 180 orang sahaja yang turun-temurun sudah berada di Singapura dan selebihnya adalah warga-warga asing berbangsa Yahudi yang datang dari 25 buah negara.
Yahudi Singapura merupakan satu-satunya Yahudi dari Asia yang masih wujud hingga ke hari ini. Sehingga hari ini, bukti kewujudan Yahudi di Singapura dapat dilihat menerusi nama-nama jalan dan bangunan di Singapura. Malah, rumah pusaka keluarga Lee di Oxley Rd juga pada asalnya merupakan rumah milik pedagang Yahudi
RUJUKAN:
Sidek, A., & Tan, B. (1999, April 16). Jewish Community. Retrieved December 14, 2020, from https://eresources.nlb.gov.sg/infopedia/articles/SIP_805_2004-12-28.html
(n.d.). Retrieved December 14, 2020, from https://dbs.anumuseum.org.il/skn/en/c6/e119017/Place/Singapore
Maghain Aboth. (n.d.). Retrieved December 14, 2020, from https://www.singaporejews.com/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih