Kalau anda masuk rumah orang putih, satu benda yang hampir pasti anda jumpa di dapur mereka ialah sebotol Worcestershire Sauce.
 
Dah macam orang Kelantan yang tak boleh hidup tanpa budu. Orang putih pula tak boleh masak tanpa Worcestershire Sauce.
 
Tapi betul ke Worcestershire Sauce ni cuma “versi Barat” budu kita?
 
[Asal-Usul Budu dan Sos Ikan Fermentasi]
 
Budu adalah warisan unik masyarakat Pantai Timur terutamanya di Kelantan dan Terengganu.
 
Dibuat daripada campuran ikan bilis segar dan garam, ia diperam selama berbulan-bulan sehingga hancur dan menghasilkan sos pekat dengan rasa umami yang kuat.
 
Budu bukan sekadar makanan, ia lambang budaya dan kebanggaan negeri Kelantan.
 
Dimakan bersama nasi, ulam, cili dan air perahan limau nipis. Rasanya masin, pekat dan kaya dengan rasa.
 
Namun, sos ikan fermentasi bukan eksklusif kepada Malaysia sahaja. Di Asia Tenggara, terdapat pelbagai versi seperti nước mắm di Vietnam, nam pla di Thailand dan ketjap ikan di Indonesia.
 
Walaupun kaedahnya sama menggunakan ikan yang diperam dalam garam, budu lebih unik kerana teksturnya yang pekat dan sering dimakan terus tanpa perlu dimasak.
 
[Sejarah Worcestershire Sauce: Inspirasi dari Asia]
 
Worcestershire Sauce pula mempunyai sejarah menarik di England. Pada abad ke-19, Lord Sandys, seorang bangsawan British yang katanya pernah jadi Gabenor di Bengal, India rindu dengan sos yang pernah dicubanya di Asia.
 
Dia meminta dua ahli kimia, John Lea dan William Perrins untuk mencipta semula sos tersebut.
 
Namun, percubaan pertama gagal kerana baunya terlalu kuat, jadi campuran itu disimpan di bilik bawah tanah.
 
Selepas dua tahun, mereka menemui campuran itu kembali dan mendapati ia telah berubah menjadi sos yang lazat.
 
Maka, lahirlah Worcestershire Sauce yang menggabungkan bahan seperti ikan bilis, cuka, asam jawa atau celagi, bawang dan pelbagai rempah.
 
Walaupun kini sinonim dengan masakan Barat, asal-usulnya jelas menunjukkan pengaruh Asia Tenggara.
 
Namun, ada masalah besar dengan cerita ini. Rekod menunjukkan Lord Marcus Sandys sebenarnya tak pernah pergi ke Bengal, apatah lagi menjadi gabenor di sana.
 
Jadi, dari mana sebenarnya sos ini berasal?
 
Teori paling munasabah ialah Lea dan Perrins mendapat inspirasi daripada resipi sos ikan fermentasi yang sudah popular di Asia Tenggara.
 
[Persamaan dan Perbezaan]
 
Worcestershire Sauce dan budu memang berkongsi bahan asas seperti ikan bilis, cuka dan asam jawa.
 
Kedua-duanya melalui proses fermentasi yang panjang untuk menghasilkan rasa kompleks.
 
Namun, budu lebih pekat dan biasanya dimakan sebagai pencicah, sementara Worcestershire Sauce lebih cair dan digunakan dalam masakan seperti stew, perapan daging atau bahan tambahan untuk minuman seperti Bloody Mary.
 
Dari segi rasa, budu lebih kuat dan menyengat, sesuai dengan citarasa tempatan.
 
Worcestershire Sauce pula lebih ringan dengan keseimbangan masam dan masin yang sesuai untuk masakan Barat.
 
[Budu: Simbol Kebanggaan Kelantan]
 
Budu merupakan simbol budaya dan identiti masyarakat Pantai Timur. Ia juga telah diiktiraf sebagai Warisan Kebangsaan Malaysia.
 
Selain itu, kajian menunjukkan budu kaya dengan khasiat seperti Vitamin B12 dan antioksidan yang membantu meningkatkan imuniti tubuh, melawan radikal bebas dan menyokong kesihatan otak.
 
Sebagai rakyat Malaysia, kita patut berbangga kerana budu adalah antara warisan kulinari paling unik di dunia.
 
Ia bukan sahaja makanan tetapi juga warisan turun-temurun yang menunjukkan kreativiti nenek moyang kita dalam memelihara hasil laut dan mencipta rasa luar biasa.
 
[Adakah Worcestershire Sauce ‘Ciplak’ Budu?]
 
Jawapannya? Mungkin ya, mungkin tidak. Worcestershire Sauce jelas mengambil inspirasi daripada sos ikan Asia Tenggara, termasuk budu. Namun, ia telah diubah suai ikut tekak orang Barat.
 
Bagaimanapun, persamaan ini bukan sesuatu yang perlu dipandang negatif. Ia menunjukkan bagaimana makanan menjadi medium perpaduan budaya di seluruh dunia.
 
Walau apapun, budu tetap istimewa. Ia adalah sebahagian daripada identiti kita sebagai rakyat Malaysia.
 
Jadi, lain kali kalau nampak Worcestershire Sauce, senyum je dan fikir, “Ini cuma budu versi omputih!”

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Comments are closed.