Ayam dan burung terkenal dengan rasanya yang enak. Namun begitu, bagaimana jikalau saya katakan bahawa ada spesis ayam dan burung ini yang hidup sezaman dengan T-Rex.
Ahli paleontologi bersetuju dengan teori bahawa burung berevolusi dari kumpulan dinosaur yang lebih kecil yang dikenali sebagai Theropod. Keinginan untuk bertahan mencetuskan evolusi yang memakan masa berjuta-juta tahun untuk menumbuhkan sayap untuk terbang dan menurunkan keperluan metabolik sepenuhnya. Ini adalah contoh kesan Liliput, yang menjelaskan bahawa spesies yang bersaiz lebih kecil mempunyai peluang yang lebih baik untuk bertahan daripada kepupusan.
Sekitar 700,000 tahun sebelum kejadian kepupusan secara besar-besaran atau peristiwa kepupusan Cretaceous-Paleogene, spesies burung hidup bersama dengan dinosaur. Asteriornis maastrichtensis, dinamakan sempena dewi Yunani “Asteria” yang melarikan diri dari Zeus dengan menukarkan dirinya menjadi burung puyuh. Dikatakan bahawa burung berada dalam kategori shorebird atau burung pantai kerana bahagian belakang badannya.
Kelangsungan hidup mereka membentuk evolusi yang panjang dan berterusan kepada ayam dan itik yang telah kita lihat pada hari ini. Penyelidikan baru yang diketuai oleh Muzium Sejarah Semula Jadi Amerika menunjukkan bahawa kini terdapat sekitar 18,000 spesies burung di dalam dunia. Ianya hampir dua kali ganda daripada yang dianggarkan sebelumnya.
Haiwan itu terkenal dengan panggilan “Wonderchicken” yang diberi oleh pasukan saintis antarabangsa setelah seorang pengkaji fosil amatur bernama Maarten van Dinther mengambil seketul batu kapur yang berisi tengkorak berhampiran perbatasan Belanda-Belgium. Fosil kecil itu menampilkan tengkorak yang hamper lengkap. Sekitar 67 juta tahun yang lalu, kawasan ini ditutupi dengan air laut yang cetek, dan keadaan ini mengukuhkan bukti bahawa “Wonderchicken” ini adalah burung pantai. Para saintis menggunakan imbasan CT untuk menemui tengkorak yang tertanam di dalam batu bersaiz sederhana.
“Ini adalah penemuan yang luar biasa dan menarik, yang mendedahkan pandangan baru dalam bab evolusi burung yang sangat kurang dikenali,” kata Gerald Mayr, ahli ornitologi dan pakar evolusi burung di Institut Penyelidikan Senckenberg di Frankfurt, Jerman.
Tengkorak burung terpelihara dengan baik oleh kerana ia adalah satu-satunya tengkorak dari spesies ini yang hampir lengkap. Dr. Daniel Field dari University of Cambridge dan pasukannya meneliti tengkorak itu setelah 20 tahun tengkorak itu dipegang oleh sebuah muzium di Belanda. Untuk melihat dengan lebih terperinci, mereka menggunakan imbasan CT untuk memutar dan mengimbas keseluruhan sampel bagi menghasilkan gambar keratan rentas 3D fosil tersebut tanpa merosakkannya.
Gambar tersebut dapat menerangkan hubungan antara ‘Wonderchicken” dan burung moden hari ini. Tulang depan yang berbentuk jam pasir menunjukkan persamaan dengan bentuk itik dan fungsinya. Ciri umum tulang hidung sangat mirip dengan ayam. Tambahan pula, hakikat bahawa paruhnya yang terdiri sepenuhnya dari premaxilla menguatkan hubungan burung ini dengan burung moden.
Walaupun Archeopteryx dianggap sebagai burung yang pertama di dunia, sejak 150 juta tahun yang lalu, profil umum “Wonderchicken” ini memberitahu kita bahawa ini adalah tahap terawal sejarah evolusi burung moden. Cukup menarik juga, tahap awal burung moden ini bertindih dengan tahap terakhir dominasi dinosaur di bumi.
RUJUKAN:
AMNH, N. S. (n.d.). Retrieved from American Museum of Natural History: https://www.amnh.org/about/press-center/new-study-doubles-the-estimate-of-bird-species-in-the-world
Briggs, H. (2020, March 18). Fossil ‘wonderchicken’ could be earliest known fowl. Retrieved from BBC News: https://www.bbc.com/news/science-environment-51925335
Gramling, C. (2020, March 18). ‘Wonderchicken’ is the earliest known modern bird at nearly 67 million years old. Retrieved from ScienceNews: https://www.sciencenews.org/article/wonderchicken-fossil-earliest-known-modern-bird
Hendry, L. (n.d.). Why are birds the only surviving dinosaurs? Retrieved from Natural History Museum: https://www.nhm.ac.uk/discover/why-are-birds-the-only-surviving-dinosaurs.html#:~:text=The%20beginning%20of%20birds,about%20150%20million%20years%20old.
Pickrell, J. (2020, March 18). This ‘wonderchicken’ walked the Earth with dinosaurs. Retrieved from National Geographic: https://www.nationalgeographic.com/science/2020/03/early-bird-wonderchicken-walked-earth-with-dinosaurs/
Artikel dikirimkan oleh Afiq, Tasyriq, Anis untuk The Patriots.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih