Kalau kita mengikut isu kebakaran hutan Australia sejak Disember 2019, mesti kita tidak ketinggalan untuk memperoleh berita semasa berkenaan sejenis spesis haiwan bernama Wombat yang memberikan perlindungan kepada haiwan yang kehilangan habitat akibat kebakaran dari laman sosial Twitter baru-baru ini. Kemudian berita ini tular dan ia memberikan suatu perspektif baru dari masyarakat lama sosial, di mana Wombat dijulang sebagai ‘hero’ Australia atau ‘saviour’, si penyelamat mangsa kebakaran.
Tapi, satu persoalan yang kita harus titikberatkan, adakah Wombat seekor ‘hero’ dalam kes kebakaran Australia?
Pertama sekali, kita berkenalan dulu dengan haiwan yang satu-satunya tinggal di Australia. Wombat adalah sejenis spesis haiwan marsupial (kumpulan haiwan berkantung) yang sekeluarga jauh dengan kanggaru. Tubuhnya berotot dan berkaki pendek, panjangnya semeter bersama ekornya yang pendek. Purata berat haiwan ini adalah antara 20-35 kg. Haiwan ini mudah beradaptasi dan mudah ditemui di kawasan pergunungan, hutan, dan berumput.
Terdapat 3 jenis spesis Wombat yang berasal dari keluarga Vombatidae ini:
1. Common Wombat (Vombatus ursinus)
2. Northern hairy-nosed wombat atau Yaminon (Lasiorhinus krefftii)
3. Southern hairy-nosed wombat (Lasiorhinus latifrons)
Selain Common Wombat, kedua-dua spesis Wombat ini termasuk dalam status kritikal. Maka, perlindungan terhadap haiwan ini dikuatkuasa di bawah undang-undang Australia.
Dalam diet pemakanan, wombat adalah haiwan herbivor yang mempunyai sistem metabolisme yang rendah, di mana ia memakan masa selama 8 hingga 14 hari untuk mencerna habis makanannya. Haiwan ini juga bergerak perlahan namun apabila diancam, wombat mampu berlari dengan kelajuan 40 kilometer per jam (km/h).
Wombat tinggal di bawah tanah yang ia korek dan memiliki terowong rumah miliknya seluas 23 hektar. Dalam penjagaan habitat, wombat bersifat agresif apabila habitatnya diceroboh. Ini menunjukkan wombat mempunyai sifat territorial (mengawal habitat sendiri).
Dalam kes kebakaran hutan Australia, wombat yang diberitakan kontradik dengan sifat territorial haiwan itu sendiri. Sebenarnya wombat boleh memilih untuk sikap tidak peduli terhadap haiwan yang menceroboh dalam habitatnya.
Rumah terowong wombat sebenarnya kompleks yang mempunyai banyak jaringan bersambung dengan terowongnya. Jadi wombat tidak mempunyai masa yang cukup untuk menjaga keseluruhan habitatnya dan memilih untuk tidak peduli terhadap haiwan lain yang memasuki terowong yang tidak dijaga. Maka, mamalia kecil seperti arnab boleh berteduh dalam terowong wombat dengan mudah apa bila kebakaran hutan masih meluas.
Tambahan pula, suhu terowong lebih stabil dari permukaan hutan dengan suhunya berubah kurang 1℃ dari suhu permukaan yang mencecah purata 24℃. Dengan suhu yang selesa ini, ia adalah salah satu sebab mengapa haiwan di permukaan memperoleh perlindungan dalam lubang wombat.
Satu kelebihan lagi yang memihak haiwan permukaan hutan Australia adalah wombat jarang menggunakan terowong yang banyak dia gali. Seekor wombat mampu menggali sebanyak 14 batang terowong dan hanya 3 batang terowong saja wombat gunakan sebagai habitat kekal. Terowong lain cuma berpotensi sebagai laluan keluar masuk.
Kajian 2015 yang menempatkan kamera tersembunyi di luar 34 buah habitat wombat, ia menunjukkan bahawa sebanyak sepuluh spesis haiwan menggunakan terowong wombat. Antara haiwan yang menggunakannya adalah burung, cicak skinks, dan haiwan marsupial lain seperti bettong. Spesis haiwan marsupial bernama Black-footed Rock Wallaby menggunakan terowong lebih kerap dari haiwan lain di mana sebanyak 2,000 kali lawatan ke lubang dalam 8 minggu!
Dengan kekerapan haiwan luar yang sentiasa berlindung di terowong wombat, para haiwan ini beranggapan terowong wombat adalah ‘real estate’. Reaksi wombat terhadap keadaan ini lebih-lebih lagi semasa kebakaran hutan, ia mengambil sikap tidak peduli asalkan haiwan tersebut tidak memberikan ancaman. Walau bagaimanapun, haiwan pemangsa seperti musang dan anjing adalah musuh utama wombat. Kalau antara dua spesis haiwan ini masuk ke dalam lubang, kepala mereka akan menjadi mangsa tendangan kaki belakang wombat yang mampu hancurkan tengkorak.
Sekarang, para pengkaji masih mengkaji hubungan yang menarik antara wombat dan mangsa (haiwan) kebakaran Australia 2019 dari segi pengagihan habitat. Maka, tindakan wombat ini menjadikan dia secara tidak langsung dipandang sebagai ‘hero’ di mata masyarakat.
RUJUKAN:
Nimmo D (15 January 2020). “Tales of wombat ‘heroes’ have gone viral. Unfortunately, they’re not true”. The Conversation. Retrieved 19 January 2020. https://theconversation.com/tales-of-wombat-heroes-have-gone-viral-unfortunately-theyre-not-true-129891
Wombats, Barbara Triggs, Houghton Mifflin Australia Pty, 1990, ISBN 0-86770-114-5. Facts and photographs of wombats for children.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih