Sebut saja gelaran Laksamana, nama yang timbul sama ada Hang Tuah (Kesultanan Melayu Melaka) atau Tun Abdul Jamil (Kesultanan Johor-Riau). Tetapi satu ketika dahulu, Alam Melayu pernah menjadi saksi kemunculan laksamana wanita pertama di dunia. Laksamana tersebut ialah Laksamana Keumalahayati.

Keumalahayati atau Malahayati yang lahir pada tahun 1585 bukan calang-calang orang. Ini kerana moyangnya, Sultan Ali Mughayat Shah yang berdarah Champa merupakan pengasas Kesultanan Acheh. Ini menjadikan baginda salah seorang kerabat diraja Acheh yang dihormati. Dan mengikut tradisi keluarganya, ayahanda dan nendanya juga merupakan laksamana yang berbakti kepada kesultanan berkenaan.

Sejak dari kecil, Malahayati menunjukkan minat terhadap bidang ketenteraan sehingga memilih melanjutkan pelajaran di Akademi Ketenteraan Diraja Acheh yang turut dikenali sebagai Maahad Baitulmaqdis. Akademi ini boleh disamakan dengan akademi ketenteraan moden di Sandhurst, United Kingdom atau West Point, Amerika Syarikat hari ini.

Sebelum itu, kami cadangkan korang dapatkan KITAB TAMADUN MELAYU. Selama ini, kita dimomokkan bahawa orang Melayu tak menyumbang kepada ketamadunan dunia. Hakikatnya, terlalu banyak sumbangan tamadun Melayu terhadap ketamadunan dunia yang kita kenali hari ini. Dapatkannya sekarang agar kita tak lagi mudah terpedaya! Beli di Shopee: https://shopee.com.my/The-Patriots-Kitab-Tamadun-Melayu-i.238336777.3238415852

Semasa di akademi inilah, Keumalahayati bertemu jodoh dengan seorang pembesar dari Meulaboh bernama Tunku Mahmud Said al-Latief. Tunku Mahmud bukanlah asing di matanya kerana baginda juga merupakan rakan sepermainannya sejak dari kecil. Pasangan merpati dua sejoli ini kemudiannya berkahwin dan sebaik menamatkan pengajian, mula berbakti kepada Kesultanan Acheh.

Tunku Mahmud kemudiannya dilantik oleh Sultan Alauddin sebagai Laksamana sementara Malahayati pula berkhidmat sebagai ketua protokol istana. Bagi sesetengah orang, agak pelik bagaimana wanita terpilih sebagai laksamana atau panglima perang dalam konteks hari ini. Hakikatnya, Kesultanan Acheh tidak memilih bulu dalam memilih siapa pemimpin yang dirasakan layak tanpa mengira sama ada lelaki atau wanita.

Tidak lama selepas itu, Portugal bertempur dengan ketumbukan Acheh yang diketuai Sultan Alauddin al-Qahhar dan Tunku Mahmud di Teluk Haru. Pertempuran sebegini bukanlah asing sepanjang abad ke-16 hingga pertengahan abad ke-17 kerana ini merupakan Perang Tiga Segi. Perang Tiga Segi merupakan konflik merebut penguasaan Selat Melaka membabitkan tiga kuasa iaitu Portugal, Acheh dan Johor-Riau.

Walaupun Perang Haru berjaya dimenangi Acheh, ramai tentera Acheh gugur syahid termasuk Tunku Mahmud sendiri. Apabila mendengar khabar kesyahidan suami tercinta, Keumalahayati bersumpah di hadapan Sultan Alauddin untuk menuntut bela kematian Tunku Mahmud walaupun ini bermakna baginda perlu melakukannya seorang diri.

Hari ni kami beri potongan harga besar. Setiap buku asalnya RM28 HARI INI boleh dibeli RM20 sahaja! Rebutkan peluang ni dan layari https://shopee.com.my/thepatriotsasia untuk beli.

Memahami keinginan kerabat baginda itu, Sultan Alauddin al-Qahhar memperkenan hasrat Malahayati membina rejimen khas tentera wanita dengan baginda sebagai Laksamana, satu perkara yang dianggapaneh ketika itu. Tetapi hakikatnya, Alauddin al-Qahhar mempunyai ramai musuh terutama dari sebelah Johor-Riau. Kesultanan Johor-Riau berang dengan tindakan baginda menculik Sultan Alauddin Riayat Shah II dan membunuhnya di Acheh. Selain itu, mereka juga percaya penggantinya, Sultan Muzaffar II diracun atas titah baginda.

Selain faktor keselamatan, Alauddin al-Qahhar memerlukan orang yang boleh dipercayai dari segi pentadbiran. Bukan tidak percaya orang lain tetapi mereka boleh saja menjadi tali barut sama ada untuk Johor-Riau atau Portugis. Faktor usianya yang lanjut (baginda berusia 95 tahun ketika itu) turut menyumbang kepada lantikan Keumalahayati sebagai Laksamana. Selain baginda, Alauddin al-Qahhar turut melantik rakan baginda, Cut Limpah sebagai ketua perisikan Kesultanan Acheh.

Rejimen khas yang dikenali sebagai Inong Balee itu pada mulanya dianggotai balu-balu tentera yang syahid dari Perang Haru dan berjumlah seribu orang. Bilangan pasukan itu kemudiannya bertambah kepada 2,000 orang di mana ia turut disertai oleh ramai perawan yang mahu berbakti di jalan-Nya. Rejimen ini berkubu di Teluk Krueng Raya di mana kubu tersebut turut berperanan sebagai tempat perlindungan balu-balu yang kehilangan suami mereka di medan perang.

Pada masa sama, Malahayati turut memperkukuh kedudukan tentera laut Acheh. Semasa era baginda, armada laut Kesultanan Acheh mempunyai 100 buah kapal geliung. Setiap kapal dilengkapi lima buah meriam dan boleh memuatkan 400 hingga 500 orang.

Frederik de Houtman

Kewibawaan Keumalahayati sebagai Laksamana mula terserlah pada tahun 1599 apabila ekspedisi dagang Belanda diketuai Cornelis dan Frederick de Houtman berlabuh di Acheh selepas berlayar dari Banten (Bantam), Jawa. Walaupun diberi sambutan meriah oleh Sultan Alauddin al-Qahhar, tindak-tanduk de Houtman bersaudara di Acheh mengundang kemurkaan baginda.

Akibatnya, ini mendorong Sultan Alauddin al-Qahhar menghantar Inong Balee menyerang rombongan de Houtman. Salah seorang daripada de Houtman bersaudara iaitu Cornelis sendiri mati di tangan Malahayati apabila ditikam dengan sebilah rencong. Kisah ini turut dicatatkan dalam Oude Glorie yang dikarang Marie van C. Zeggelen.

Untuk beberapa tahun berikutnya, hubungan dua kerajaan itu terus tegang dengan peristiwa rompakan muatan lada hitam dari sebuah kapal dagang Acheh (1600) dan penahanan ekspedisi dagang Laksamana Jacob van Neck oleh pihak Acheh (1601). Rompakan tersebut berjaya dibuat di sebalik pengawasan dan kawalan ketat Inong Balee. Sebagai tindak balas, Inong Balee kemudiannya menahan kapal van Neck.

Jacob van Neck

Namun, kedatangan van Neck bukanlah berniat buruk tetapi membawa hasrat perdamaian dari Amsterdam. Untuk memastikan sisi diplomatik Acheh tidak tercabar, Sultan Alauddin mengutus Malahayati sebagai ketua rombongan diplomatiknya. Pada 23 Ogos 1601, kedua-dua kerajaan mula berunding menerusi Gerard de Roy dan Laksamana Laurens Bicker (Belanda) dengan Keumalahayati.

Hasilnya, perdamaian berjaya dicapai dengan pengiriman hadiah dan permohonan maaf secara rasmi dari Amsterdam oleh Putera Maurice dari Nassau terhadap Acheh serta membayar ganti rugi sebanyak 5,000 keping wang emas. Sementara Acheh pula bersetuju melepaskan Frederick de Houtman dan anggota rombongan Belanda serta membenarkan Amsterdam untuk berdagang di situ.

Untuk membalas tindakan baik Putera Maurice, Sultan Alauddin atas nasihat Keumalahayati menghantar tiga anggota kerabat diraja Acheh ke Amsterdam sebagai wakil baginda untuk mengeratkan lagi hubungan luar Acheh-Amsterdam. Tiga wakil itu ialah Abdul Hamid, Laksamana Sri Muhammad dan Mir Hassan. Walaupun Belanda ketika itu sibuk berperang dengan Sepanyol dalam Perang 80 Tahun, itu tidak menghalang Amsterdam memberi sambutan meriah terhadap wakil-wakil Acheh ini.

Impak tindakan berani Keumalahayati ke atas de Houtman bersaudara dan Belanda amnya sudah pasti diketahui kuasa-kuasa serantau dan kuasa-kuasa Eropah lain. Mungkin atas sebab itu juga, Belanda dan Portugal terpaksa mengatur langkah berhati-hati untuk mengelak dari tindakan ketenteraan Acheh.

Sebab yang sama ini juga mendorong England yang diperintah Ratu Elizabeth I memilih menghantar rombongan dagang mereka diketuai James Lancaster berlayar ke Acheh untuk mengadakan hubungan dagang dengan mereka. Bagi melancarkan rundingan, sekali lagi Sultan Alauddin mengutus Malahayati sebagai wakil Acheh.

James Lancaster

Dalam rundingan itu, Keumalahayati hanya mempunyai satu permintaan: permintaan jalinan hubungan diplomatik haruslah bersifat bertulis dan ada pengesahan Elizabeth I sendiri. Mungkin ada yang menganggap baginda terlalu berhati-hati tetapi baginda ada sebab berbuat demikian.

Ini kerana Lancaster yang dikenali sebagai pedagang sebenarnya juga seorang privatir (lanun berlesen yang mendapat kebenaran kerajaan untuk melanun). Pastinya Inong Balee mengetahui kegiatan lanun yang digerakkan Lancaster terutama semasa beliau berlabuh di Pulau Pinang pada tahun 1592. Sudah pasti berita sebegini diketahui oleh kerajaan-kerajaan serantau termasuk Acheh, Johor-Riau dan Portugal yang membuatkan mereka berwaspada dengan kelibatnya.

Sedar bahawa permintaan tersebut tidak seharusnya dipandang enteng, Lancaster mengeluarkan satu surat bertulis yang mengesahkan objektif misi mereka di Acheh. Selepas berpuas hati dengan tindakan mereka, Sultan Alauddin al-Qahhar memperkenan kewujudan hubungan diplomatik Acheh-London.

Ini sekaligus membuka ruang kepada jalan perdagangan ke Pulau Jawa. Kejayaan misi ini bukan saja mengharumkan nama Keumalahayati sebagai pemimpin tentera dan diplomat tetapi juga membawa tuah kepada Lancaster. Sebaik kembali ke England, Elizabeth I turut mengurniakan gelaran Sir atas kejayaannya di Acheh dan Banten.

Dengan usianya yang semakin lanjut, Sultan Alauddin al-Qahhar memilih puteranya bernama Sultan Muda sebagai pemerintah bersama. Tetapi pada tahun 1604, baginda disingkirkan oleh puteranya sendiri dengan Sultan Muda menjadi Sultan dengan gelaran Sultan Ali Riayat Shah III. Namun begitu, tempoh pemerintahan baginda dianggap mencabar berikutan masalah kemarau, kekerapan ancaman Portugal ke atas kesultanan itu dan perebutan kuasa membabitkan anggota kerabat diraja.

Akhir kata, beli juga buku terbaru kami bawah imprint fiksyen kami. Ada pra-tempah dan harga diskaun sedang ditawarkan untuk para pembeli. Beli di webstore kami.
Pencari Cincin Sakti: http://bit.ly/CincinSaktiStore
Sate Untuk Jembalang: http://bit.ly/SateJembalangStore
Kombo: http://bit.ly/komboPCSSUJ

Malangnya, semua isu ini dipandang sepi oleh Sultan Ali. Ini menyebabkan ramai pembesar dan kerabat diraja Acheh termasuk Keumalahayati merasa kecewa dengan baginda. Tetapi satu isu membuka jalan kepada kenaikan takhta pengganti baginda, Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Pada satu ketika, Sultan Ali bertelagah dengan pemerintah Pidie, Sultan Husain selepas pemerintah negeri itu melindungi Perkasa Alam/Darmawangsa (nama asal Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam).

Perkasa Alam mempunyai sebab kukuh untuk mengkritik Sultan Ali. Baginda merasakan Sultan Ali terlalu dibuai kemewahan dan bersikap acuh tak acuh terhadap kesusahan rakyat yang dilanda kemarau. Murka dengan tindakan putera saudaranya itu, baginda mengarahkan Perkasa Alam ditahan. Ini memaksa bakal Sultan Acheh itu mendapatkan perlindungan pemerintah Pidie merangkap ayahanda saudaranya, Sultan Husain.

Sultan Ali cuba menggunakan hubungan diplomatik bagi memujuk Pidie menghantar pulang Perkasa Alam tetapi gagal. Malah, Sultan Husain yang bosan dengan kerenah kekandanya itu merancang untuk menyokong putera Acheh itu menggulingkan Sultan Ali. Bagaimanapun, ia berjaya digagalkan dengan Perkasa Alam kemudiannya ditahan dan dipenjarakan di Acheh.

Selepas angkatan Portugal diketuai Alfonso de Castro melanggar Acheh pada tahun 1606, Perkasa Alam merayu agar dibebaskan dari penjara. Ini bagi membolehkan baginda mengetuai angkatan perang Acheh memerangi angkatan Portugal itu. Rayuan baginda turut disokong Keumalahayati yang melihat kelibat putera raja itu dapat memberi motivasi kepada angkatan Acheh.

Alfonso de Castro

Angkatan perang Acheh diketuai dua figura ini berjaya memaksa Portugal berundur. Ini ditambah dengan kewujudan khabar angin pakatan Belanda-Johor merancang untuk menyerang Melaka yang menmaksa de Castro berundur kembali ke Melaka. Selepas Sultan Ali mangkat pada tahun 1607, Perkasa Alam diangkat sebagai sultan dengan gelaran Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam.

Sementara Malahayati pula syahid semasa mempertahankan Teluk Krueng Raya dari serangan Portugal. Baginda dimakamkan di lereng Bukit Kota Dalam, sebuah perkampungan nelayan yang terletak 34 kilometer dari Banda Acheh.

Hari ini, banyak tempat di Indonesia terutama di Sumatera mengabadikan nama laksamana wanita Melayu yang terbilang ini. Ini termasuklah sebuah kapal Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Laut (TNI-AL) bernama KRI Malahayati. Dan sempena Hari Pahlawan Indonesia pada tahun 2017, Presiden Joko Widodo menganugerahkan gelaran Pahlawan Nasional kepada waris empat tokoh iaitu Keumalahayati, Tuan Guru Kiai Muhammad Zainuddin Abdul Madjid, Sultan Mahmud Riayat Shah dan Lafran Pane.


Dua buku best-seller The Patriots kini kami gandingkan sekali dalam versi bahasa Inggeris untuk kalian semua:

World Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9
The Human’s Complex: https://bit.ly/3J2GoGF

 

RUJUKAN

Antara. (2017). Laksamana Malahayati, Pahlawan Nasional Perempuan dari Aceh. Tempo.

Wijaya, M Akbar. (2012). Keumalahayati, Laksamana Wanita Pertama di Dunia. Republika.

Okti Nurani, Rahmanisya. (2015). Laksamana Malahayati; Laksamana Laut Muslimah Pertama di Dunia. Universitas Malahayati Bandar Lampung.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply