Dia dilahirkan dengan penyakit polio yang membuatkan kakinya lumpuh dan terpaksa memakai pendakap pada kaki kirinya. Namun, pada usia 16 tahun, dia telah bersedia untuk memasuki acara di Sukan Olimpik Musim Panas!

 

Wilma Glodean Rudolph dilahirkan pada 23 Jun1940 di Saint Bethlehem, Tennessee.

Dia dilahirkan dengan kesihatan yang teruk, dan mengalami serangan polio serta demam scarlet. Akibat daripada penyakit polio yang dihadapinya, dia terpaksa memakai pendakap khas pada sebelah kakinya.

 

Kata Rudolph, doktornya menyatakan yang dia takkan mampu untuk berjalan lagi. Namun, ibunya meyakinkan dia bahawa dia pasti mampu berjalan semula. Sedikit demi sedikit, Rudolph berusaha untuk kembali berjalan, dengan sokongan ahli keluarganya.

 

Pada usia 6 tahun, dia sudah mula berjalan dan melompat dengan satu kaki. Usia 8 tahun, dia mampu bergerak walaupun dengan memakai pendakap kaki. Dan, pada usia 11 tahun, ibunya melihat bagaimana Rudolph sudah bermain bola keranjang di luar rumah!

 

Dia kemudiannya menemui apa yang diminatinya melalui sukan. Sewaktu di sekolah menengah, dia tercalon sebagai ahli pasukan bola keranjang. Namun, pertemuan dengan seorang jurulatih telah mengubah minatnya kepada acara balapan.

 

Semasa masih di sekolah menengah, Rudolph telah bertanding di peringkat kolej. Dia kemudiannya bertanding dalam Sukan Olimpik 1956 dan memenangi pingat gangsa dalam acara 4×100 lari berganti-ganti. Empat tahun kemudian, Rudolph mahu memasuki Sukan Olimpik musim panas 1960 dengan tekad untuk mendapatkan emas.

 

Prestasinya di Rom mengukuhkan dirinya sebagai salah seorang atlet terhebat pada abad ke-20. Dia memenangi tiga pingat emas dan memecahkan sekurang-kurangnya tiga rekod dunia. Rudolph menjadi wanita Amerika pertama yang memenangi tiga pingat emas dalam acara trek dan padang dalam sukan Olimpik yang sama. Disebabkan ini jugalah dia digelar “wanita terpantas di dunia.”

 

Tahun 1961, dia memenangi anugerah Associated Press, iaitu Atlet Wanita Terbaik. Namun, pada 1962, Rudolph telah bersara daripada acara trek dan padang. Dia mahu menamatkan ijazahnya di Tennessee State University dan mula bekerja dalam bidang pendidikan.

 

Tetapi, Rudolph tetap meneruskan penglibatannya dalam sukan, dengan bekerja di beberapa pusat komuniti sukan di seluruh Amerika Syarikat. Namanya diletakkan dalam Dewan Kemasyhuran Olimpik AS dan dia menubuhkan organisasi untuk membantu bintang trek dan padang yang amatur.

 

Rudolph meninggal dunia pada tahun 1994 akibat tumor otak. Namun, kisahnya yang kuat semangat dalam melawan kelumpuhan kaki akan tetap kekal dalam sejarah sukan balapan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Telah selesai viva untuk Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pemakanan dan bakal bergraduat pada akhir tahun nanti. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Leave A Reply