Bukan semua orang yang perasan, tetapi sudah genap 10 tahun kita dibuai dengan filem-filem superhero. Persaingan antara Marvel dan DC dalam menarik penonton ke arah filem mereka ternyata sengit. Mungkin kita lupa, pada May 2008 mulanya filem Ironman yang pertama, sekaligus bermulanya filem mengenai Marvel Cinematic Universe. Namun pada tahun 2008 jugalah bermulanya ‘perang’ antara Marvel dan DC bagi mengalahkan satu sama lain. Pencetus peperangan ini antaranya ialah filem yang dikatakan filem terunggul karya DC dan mungkin filem yang tidak boleh ditandingi lagi. Filem Dark Knight yang memaparkan watak Joker 2008.

Dalam membincangkan watak Joker 2008, penulis lebih gemar mencari di manakah kehebatan watak ini. Salah satunya ialah falsafah dan pegangan watak Joker 2008 berbeza dengan watak-watak vilen yang lain. Sejak sedekad lalu, kita saksikan banyak penerbitan filem superhero bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Namun tidak ada lagi (pendapat penulis) watak supervilen yang mampu menandingi keberkesanan Joker dalam menjadi antagonis yang hebat. Killmonger, Ultron dan Thanos hampir berjaya, namun Joker masih lagi dianggap seorang supervilen yang berjaya kerana beliau boleh dikatakan menang dalam filem menentang Batman, dimana jarang berlaku watak jahat memenangi watak hero dalam sesebuah filem.

Antara kehebatan Joker 2008 ialah falsafah nihilism yang dipertontonkan dalam filem Dark Knight dilihat sungguh berkesan. Nihilism membawa pelbagai maksud, antaranya

  1. Satu skeptitisme yang ekstrim yang menidakkan kesemua kewujudan dan makna
  2. Satu doktrin yang memegang bahawa semua ‘nilai’ adalah tidak berasas dan tidak berguna
  3. Satu kepercayaan bahawa kemusnahan institusi politik dan sosial yang sedia ada adalah perlu untuk pembangunan masa depan.

Senang cerita, nihilism ni dia menolak semua pegangan dan moral yang manusia pegang, terutama sekali sejarah dan agama. Bagi nihilis macam Joker, semua orang kalau ikut logik akal mengaku baik, dan tidak ada yang mengaku jahat. Malahan penjenayah yang berleluasa dalam Gotham City itu sendiri pun merasakan apa yang mereka buat ialah baik kerana mereka melindungi kepentingan daripada kerajaan Gotham yang sudah pun korup dan cuba menyekat kegiatan mereka.

Joker yang merupakan seorang filsuf moral mendidik penduduk Gotham dengan memecahkan semangat mereka tentang kebaikan dan keburukan. Polis boleh jadi korup, jikalau perlukan duit untuk membayar bil hospital. Orang-orang kaya dan rakyat berpelajaran tinggi boleh membunuh para banduan kerana mereka fikir mereka yang patut hidup, dan ahli politik yang ‘virtuous’ seperti Harvey Dent pun boleh bertukar pendirian kerana kegoyahan kepercayaan terhadap sesuatu yang diharapkan.

Joker tidak mencari kekayaan, kuasa atau mengumpul 6 berlian di tangan untuk berjaya. Beliau cuma ingin buktikan bahawa falsafah yang dipegangnya itu betul. Manusia tetap ‘social animal’ walaupun sepanjang sejarah peradaban, pelbagai agama, empayar, dan tamadun muncul. Penulisan Karen Carr “ The Banalization of Nihilism” telah mendeskripsikan ada 5 jenis nihilism:-

Epistemological Nihilisme

Menolak kemungkinan konsep ilmu. Memberi klaim bahawa semua ilmu itu sama. Tidak ada konsep ilmu fardhu ain fardhu kifayah. Semua ilmu sama ada fakta atau kepercayaan adalah bergantung pada penerimaan manusia. Kalau cukup manusia menerima itu adalah ilmu, maka itu ialah ilmu. Contohnya banyak ilmu diterima oleh masyarakat setelah ‘penemunya’ meninggal dunia, contohnya Karl Marx dan Charles Darwin. Kedua-dua mereka tidak diterima masyarakat ketika mereka masih hidup, tetapi setelah mereka meninggal barulah kehebatan mereka diagung-agungkan. Ironinya inilah yang berlaku pada pelakon Joker 2008 Heath Ledger yang tidak terkenal pun sebelum berlakon filem terakhirnya Dark Knight dan menemui ajal. Dah meninggal kawan tu, barulah sibuk nak akui kehebatannya.

Alethiological Nihilisme

Menolak kebenaran dan realiti. Nothing is real. Bermakna apa yang benar ialah ‘nothing’. Kalau setiap kepercayaan itu ada skeptis dan boleh dirungkaikan, bermakna di sini tidak ada satu kepercayaan pun yang sahih. Dialog Joker dengan Harvey Dent sendiri mengesahkan penolakan reality Joker dalam filem ini. Joker menganggap dirinya seperti seekor anjing yang mengejar kereta. Beliau tidak tahu apa nak buat kalau beliau dapat tangkap kereta itu, tetapi beliau cuma lakukan sahaja. Joker cuba buktikan setiap rancangan ada kelemahannya, dan setiap kepercayaan ada lompangnya. Jadi, perkara yang terbaik ialah ‘nothing’ iaitu tiada kerajaan, tiada peraturan, tiada agama, atau dengan kata lain chaos.

Metaphysical Nihilisme’

Penafian wujudnya dunia yang independent, bermakna dunia ini bukanlah bebas, bukanlah syurga atau neraka dunia, dan bukanlah kebenaran. Memang point 2 dan 3 nampak berkait, tetapi ada perbezaannya. Bagi nihilis metafizik, idea utopia, kesempurnaan, syurga dan ilmu hakiki itu, adalah buatan minda manusia semata-mata. Ia hanyalah satu ekspresi subjektif pandangan terhadap dunia. Perkara-perkara seperti sejarah, ilmu dan pandangan inilah sebenarnya mengikat kita. Maka, bagaimana kita mampu mendapat kebebasan jikalau kita diikat dengan perkara-perkara ini?

 Ethical Nihilisme

Penafian tentan etika dan moral. Sejarah telah memberi sedikit gambaran bahawa moraliti dipergunakan oleh masyarakat sebagai cara untuk menghilangkan kedukaan dan mencapai kegembiraan. Bagaimanapun, sejarah juga dipenuhi dengan golongan ‘bermoral’ seperti ahli gereja, agamawan dan golongan bangsawan yang menjustifikasikan peperangan dan membunuh sebagai perkara yang mulia. Joker faham perkara ini, dan ditunjukkan dalam filem Dark Knight tentang ketakutan yang dialami golongan penjenayah, memaksa mereka mengupah Joker untuk membunuh Batman. Di samping itu, dalam filem terdapat beberapa orang polis yang bertindak di luar batasan atas sebab provokasi dan keterpaksaan dimanipulasi oleh Joker. Nihilis moral tidak menafikan wujudnya moral, tetapi mereka berpedapat bahawa moral hanyalah ‘makanan’ manusia yang bersandarkan kepada bias pemiliknya.

Existential Nihilisme

Perasaan kosong dan ‘pointlessness’ dalam diri, sekaligus wujudnya frasa ‘life has no meaning’ dalam hidup individu. Ini telah menjadi kebiasaan dalam hidup masyarakat moden. Walaupun nampak tidak merbahaya, tetapi inilah antara permulaan bagi setiap kejahatan. Ada pepatah mengatakan ‘boredom is the root of all evil’. Seperti kisah hidup Joker yang pelbagai dan tidak konsisten. Ada yang mengatakan beliau seorang comedian yang gagal dan ditinggalkan isterinya. Ada juga yang mengatakan beliau jatuh ke dalam chemical menyebabkan wajah beliau berubah. Walau bagaimanapun, satu kejadian buruk dalam hidup boleh mengubah seseorang sebegitu drastik.

Falsafah ini dimasyhurkan oleh Friedrich Nietzsche, namun idea “God is Dead” nihilisme sebenarnya lebih luas dan terlalu rumit untuk dibincangkan. Akhir kata, penulis masih lagi obses dengan Joker 2008 walaupun sudah 10 tahun mengkaji. Ingat lagi, ada yang sampai tembak orang dalam panggung wayang ketika filem ini ditayangkan.

RUJUKAN

Hernandez, B.A. 2011. Nihilism and the Formulation of a Philosophy of Art. University of Noth Texas.

Schiemann, G. 2016. The Objectivity of Nihilism.

LIncourt,J. Revaluating Nietzsche and Buddhism ; Active and Passive Nihilism. Sunny Fredonia NY.

Bruch,R. 2014. On Nietzsche Concept of European Nihilism. European Review 22.

Juliao, J.N. 2018. The Nietzsche Reflection on History; Historical Sense and Nihilism. Open Journal of Philosophy (8).

https://www.youtube.com/watch?v=YPvI2rLCIFc Philosophy of The Joker


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Ahmad Naqib Syahmi bin Jaafar. Bekas pensyarah Kolej Profesional MARA Indera Mahkota, Kuantan. Sekarang pelajar separuh masa sarjana media komunikasi dan pengajian perang di UiTM Shah Alam.

Comments are closed.