“Peperangan antara dua puak iaitu manusia dan orc berterusan, namun munculnya seteru baharu menyebabkan mereka terpaksa berganding bahu bagi mengatasi musuh tersebut, Burning Legion.”
Berikut merupakan jalan cerita utama bagi permainan yang bertemakan fantasi atau khayalan ini. Sebelum peristiwa Warcraft III berlangsung, perang yang berlaku antara manusia dan orc telah berlanjutan sejak Warcraft I lagi, dimana kaum manusia mengalami kekalahan terhadap i, iaitu gabungan kuasa tentera dan sihir orc, troll, dan ogre. Namun pada Warcraft II, mereka bangkit semula dengan penyatuan sesama peribumi Azeroth iaitu manusia, high elf, dwarf dan gnome, dibawah sepanduk yang dinamakan The Alliance. Akhirnya The Horde kalah di tangan The Alliance dan kebanyakan dari orc yang masih hidup menjadi tahanan perang dan hilang semangat untuk berjuang.
Warcraft III atau WC3 merupakan sebuah permainan video yang bergenre ‘Real Time Strategy’ atau RTS keluaran Blizzard Entertainment yang diaryang dikeluarkan buat kali pertama pada 3 Julai 2002 yang boleh dimain di Microsoft Windows dan Macintosh Operating System. Chris Metzen merupakan orang yang bertanggungjawab atas penceritaan bagi permainan ini, manakala Rob Pardo merupakan pereka bagi setiap rekaan di permainan ini.
WC3 juga menjadi salah sebuah permainan yang menaikkan genre RTS di persada permainan video. Warcraft III: Frozen Throne ialah sekuel bagi Warcraft III: Reign of Chaos.
Cara Main
Terdapat dua mod bagi permainan ini, iaitu campaign atau kempen dan skirmish. Di campaign, kita bermain sambil menonton cerita permainan ini, disamping belajar tentang ‘interface permainan ini. Tahap kerumitan dan kesukaran bermain pada awal kempen adalah kurang, dan akan meningkat sedikit demi sedikit hingga ke episod terakhir setiap kempen yang ada.
Di skirmish pula, kita bermain dan bertempur dengan pemain lain sama ada secara single player atau multiplayer. Selepas itu, pemain boleh membuat beberapa pilihan seperti peta, jumlah pemain, tahap kesukaran, dan pilihan pasukan yang dikehendaki, iaitu Human, Orc, Undead, dan Night Elf. Keempat-empat mereka mempunyai cara dan gaya permainan yang berbeza antara satu sama lain, namun asas permainan yang sama.
Ketika game berlangsung, pemain diberi sebuah bangunan utama dengan beberapa pekerja dan sedikit sumber yang terdiri dari ‘gold’ dan ‘lumber’. Jumlah unit yang dikawal ditentukan oleh ‘food’. Pemain perlu meluaskan jajahan mereka dengan menyuruh pekerja mengumpulkan ‘gold’ dan ‘lumber’ bagi melatih pekerja baru, askar-askar, naiktaraf peralatan dan kemahiran, serta membina beberapa bangunan pelbagai fungsi. Kemudian, pemain perlu menghantar sejumlah pasukan tentera yang kuat bagi mengalahkan pihak lawan yang ada bagi memenangi game tersebut.
Kemahiran sesebuah pemain boleh ditingkatkan dengan pengetahuan tentang kelebihan dan kelemahan pasukan mereka dan pihak lawan, taktik serangan dan pertahanan, serta ‘hot keys’ iaitu kekunci tertentu di papan kekunci yang memberi akses segera terhadap sesuatu perbuatan tanpa perlu bergantung terhadap tetikus.
Lain-lain Maklumat
“It’s not easy being green!” – Grunt
Permainan ini memaparkan beberapa easter egg yang boleh dicari di campaign dan skirmish, seperti unit yang berkata sesuatu yang kelakar atau rujukan terhadap filem dan siri televisyen, dan sebagainya.
Pemain juga boleh menggunakan ‘Warcraft III World Editor’ bagi mengubahsuai peta dan watak yang ada mengikut citarasa mereka. ‘Tower Defense’ dan ‘Defense of the Ancient’ atau DOTA merupakan contoh peta yang diubahsuai .
Berikut merupakan ringkasan kisah yang berlaku di campaign Warcraft III: Reign of Chaos atau WC3: RoC menurut kronologi episod.
Exodus of the Horde / Penghijrahan the Horde
Warchief Thrall mengalami sebuah mimpi berkenaan dengan demon yang bakal kembali ke dunia Azeroth. Menurut The Prophet, mimpi itu bakal menjadi kenyataan, dan Thrall dan The Horde harus berhijrah ke barat menuju Kalimdor. Setelah mengumpulkan seluruh kaum orc, Thrall pun berlayar ke Kalimdor. Namun, badai yang melanda kapal yang sedang berhijrah menyebabkan mereka terpaksa berhenti di sebuah kepulauan kecil. Thrall kemudian bertemu dengan peribumi kepulauan tersebut yang diketuai Sen’jin, ketua bagi troll Darkspear.
Beliau memberi amaran yang tentera manusia telah membuat markas di situ. Sejurus selepas markas tersebut dihancurkan, tiba-tiba sekumpulan besar murloc datang menangkap semua yag ada di sana bagi dijadikan korban. Thrall berjaya memecah keluar dari bilik tahanan dan membebaskan tahanan orc dan troll yang lain dari dijadikan korban, namun gagal menyelamatkan Sen’jin. Mereka kemudian keluar dari tempat itu. Kemudian Thrall dengan bantuan troll melarikan diri dari kemurkaan Sea Witch di kepulauan tersebut, menyambung perlayaran ke Kalimdor.
The Scourge of Lordaeron / Bencana di Lordaeron
Arthas Menethil dan Uther the Lightbringer pergi ke pekan Strahnbrad bagi mematahkan serangan orc dan memperoleh kejayaan. Beberapa minggu kemudian, sebuah wabak tiba-tiba muncul di utara tanah jajahan kerajaan Lordaeron. Ketika itu, ‘The Prophet’ melawat Antonidas dan mendesak beliau supaya berpindah ke Kalimdor, namun gagal.
Arthas dan Jaina merangkap kekasih Arthas dihantar ke utara Lordaeron bagi menyiasat punca wabak tersebut. Mereka berjaya menemui punca rebakan wabak dan membunuh dalangnya, necromancer Kel’thuzad. Namun ianya gagal membendung wabak tersebut, dimana ia mengubah orang yang dijangkiti menjadi undead. Peristiwa berat yang berlaku ke atas Arthas di Androhal, Hearthglen, dan Stratholme menyebabkan Arthas dengan tentera setianya bertolak ke Northrend untuk membunuh Dreadlord Mal’Ganis, ketua kepada undead atau dikenali sebagai The Scourge. Ketika itu, ‘The Prophet’ menasihati Jaina supaya berlayar ke barat, ke benua Kalimdor.
Di Northrend, Arthas bertemu Muradin Bronzebeard. Disebabkan undead terlalu ramai, mereka terpaksa bergantung harap kepada pencarian pedang Frostmourne. Muradin mendapati ia merupakan pedang sumpahan dan cuba memujuk Arthas supaya pulang ke Lordaeron, namun gagal. Kepungan ais yang mengelilingi Frostmourne pecah dan terkena Muradin dan beliau jatuh pengsan. Arthas seterusnya membunuh Mal’Ganis dengan pedang tersebut. Bisikan Frostmourne yang dahyat menghakis kewarasan Arthas dan berakhir dengan pembunuhan Raja Terenas di tangan anaknya sendiri.
Path of Damned / Lorong Terkutuk
Arthas dihantar oleh Dreadlord Tichondrius ke Vandermar bagi mengumpulkan ahli Cult of the Damned, bertolak ke Andorhal bagi mendapatkan mayat Kel’thuzad, dan membunuh Uther bagi mendapatkan bekas abu mayat Raja Terenas untuk menyimpan mayat Kelthuzad. Seterusnya, Arthas menyerang Quel’thalas bagi merebut Sunwell. Tentangan hebat yang diketuai oleh Ranger General Sylvanas Windrunner bagi mempertahankan Sunwell gagal, beliau dibunuh dan dihidupkan semula sebagai seorang banshee oleh Arthas.
Akhirnya Quel’thalas jatuh ke tangan The Scourge dan Kel’thuzad dihidupkan semula sebagai Archlich dengan menggunakan kuasa Sunwell. Arthas dan Kel’thuzad kemudian pergi ke Pergunungan Alterac bagi bertanyakan kepada Archimonde the Deceiver tentang halatuju The Scourge melalui demon gate dengan merampasnya dari suku orc Blackrock. Kemudian Archimonde mengarahkan The Scourge pergi ke Dalaran bagi merampas Book of Medivh dari tangan Archmage Antonidas.
Buku itu kemudiannya digunakan oleh Kel’thuzad bagi upacara ‘memanggil’ Archimonde ke planet Azeroth, dan proses tersebut berjaya. Archimonde kemudian melantik Tichondrius sebagai ketua bagi The Scourge. Bingung, Arthas berpaling kepada Kel’thuzad dan bertanyakan tentang nasib mereka berdua, dan beliau membalas semuanya adalah di dalam kiraan dan ramalan Lich King, dan mereka berdua aka nada peranan di masa hadapan.
Invasion of Kalimdor / Pencerobohan Kalimdor
Thrall dan tenteranya berjaya sampai ke pantai Kalimdor, bertemu dan membantu Cairne Bloodhoof mempertahankan puak Tauren dari centaur, dan menolong mereka berpindah ke Mulgore. Sebagai balasan, Cairne memberi maklumat berkenaan lokasi ‘oracle’, iaitu di Stonetalon Mountain. Thrall meneruskan perjalanan dan bertemu kembali dengan Grom Hellscream yang sedang bertempur dengan tentera manusia. Keingkaran Grom mengikuti arahan Thrall supaya tidak menyerang manusia menyebabkan beliau terpaksa menangkis serangan tentera manusia sambil memperoleh goblin zeppelin.
Beliau kemudian memerintahkan Grom supaya pergi mencari tempat bagi membina sebuah penempatan orc. Setibanya Grom tiba di Ashenvale, tiba-tiba mereka diserang oleh Night Elf. Beliau dan suku Warsong berjaya mematahkan serangan tersebut, namun serangan seterusnya diketuai oleh demi-god Cenarius. Terdesak, Grom meminum kolam darah yang dikesan oleh seorang bomoh troll yang mengikuti pasukan Warsong tanpa mengetahui ianya merupakan darah Mannaroth. Cenarius kemudiannya terbunuh dan pasukan Night Elf dikalahkan, namun Grom berjaya dikawal oleh Mannaroth.
Sementara itu, Thrall berjaya masuk ke dalam kawasan pergunungan Stonetalon dengan bantuan tauren dan Cairne yang mahu membalas jasa Thrall, dan wyvern yang diselamatkan Thrall dan Cairne. Di sana, mereka terserempak dengan Jaina dan hampir bertempur namun dihalang oleh ‘The Prophet’ yang berjaya memujuk mereka berganding bahu bagi menyelamatkan suku Warsong dari demon. Setelah Grom berjaya diselamatkan, beliau dan Thrall bertolak ke gaung yang berdekatan bagi bertempur dengan Mannaroth yang diakhiri dengan kematian Mannaroth dan Grom, namun pengaruh demon yang selama ini mencengkam orc berjaya dipadamkan.
Eternity’s End / Pengakhiran Keabadian
High Priestess Tyrande Whisperwind mengetuai serangan terhadap markas kepunyaan manusia dan orc namun tiba-tiba segerombolan besar demon muncul. Kesemua mereka mati di tangan demon, kecuali Tyrande yang berjaya lari bagi memberi amaran kepada kaum beliau dan membangkitkan Malfurion Stormrage dari tidurnya. Malfurion dan Tyrande kemudian berusaha untuk membangkitkan druid yang lain. Ketika dalam perjalanan bagi membangkitkan pasukan druid yang tidur di Emerald Dream, Tyrande membebaskan tahanan 10,000 tahun, adik kembar Malfurion, Illidan Stormrage. Malfurion tidak bersetuju dengan tindakan tersebut.
Illidan bersetuju untuk bertempur melawan Burning Legion bersama Night Elf atas dasar cinta beliau terhadap Tyrande, dan kemudian mengetuai pasukan Night Elf bagi mempertahankan tanah air mereka. Beliau bertembung dengan Arthas, dan selepas pertempuran pendek, Arthas memberitahu yang Skull of Guldan bertanggungjawab dalam kerosakan hutan disana, dan menyuruh beliau merampasnya dari tangan Burning Legion. Selepas berbuat demikian, Illidan bertempur dan membunuh Tichondrious. Namun Malfurion menghalau Illidan dari bumi Ashenvale kerana perbuatan Illidan menjual dirinya sendiri demi sebuah kuasa.
Kemudian, ‘The Prophet’ menghimpunkan Malfurion, Tyrande, Jaina dan Thrall untuk menerangkan mengapa mereka perlu bersatu, dan mendedahkan siapa dirinya yang sebenar, iaitu Medivh, the Last Guardian. Akur, mereka berganding bahu bagi mengalahkan Burning Legion, iaitu menghalang kemaraan Archimonde dan bala demonnya ke pokok dunia Nordrassil selama mungkin bagi memberi masa kepada Malfurion bagi menyediakan sebuah perangkap maut untuk Archimonde, dan strategi ini berjaya. Archimonde dibunuh dengan kuasa letupan ribuan wisp yang mengelilinginya, dan membakar sekali Nordrassil. Namun, pokok tersebut akan tumbuh dan pulih semula beserta dunia Azeroth.
Kesan Peristiwa Reign of Chaos
- Kejatuhan kerajaan Lordaeron, Quel’thalas dan Dalaran di tangan The Scourge.
- Bangsa High Elf menamakan semula kaum mereka sebagai Sin’dorei atau ‘Blood Elf’’.
- Kekalahan Burning Legion di Gunung Hyjal.
- Penubuhan Durotar dan Theramore
- Bangsa Night Elf mengorbankan kuasa hidup abadi mereka.
Ringkasan Cerita: Frozen Throne
Berikut merupakan ringkasan kisah yang berlaku di campaign Warcraft III: Frozen Throne atau WC3: FT menurut kronologi episod.
Terror of the Tides / Kedahsyatan Air Pasang
Warden Maiev Shadowsong, pengawal penjara Illidan Stormrage, mahu menangkap semula Illidan, namun gagal kerana dihalang oleh pasukan Naga. Maiev kemudian mengekori Illidan ke Tomb of Sargeras yang terletak di Broken Isles dan mendapati tujuan Illidan ke sana ialah bagi mendapatkn Eye of Sargeras, dan menggunakannya untuk meruntuhkan tempat tersebut. Hanya Maiev terselamat dari runtuhan tersebut. Terdesak, Maiev mengirim seorang pelari ke Kalimdor bagi meminta bantuan Malfurion dan Tyrande yang kemudian datang ke sana bersama bantuan bala tentera Night Elf dan membantu Maiev mengalahkan pasukan Naga, namun Illidan berjaya melepaskan diri dan lari ke Dalaran.
Dalam perjalanan mencari Illidan, Malfurion memutuskan untuk berbicara dengan bumi Lordaeron. Sementara itu, pasukan kecil dibawah seliaan Maiev dan Tyrande terserempak dengan sekumpulan kecil Blood Elf yang diketuai oleh Putera Kaelthas Sunstrider di Hutan Silverpine yang sarat dengan undead. Mereka membantu mengiringi Kaelthas keluar dari sana sambil menangkis serangan undead. Sebagai balasan, Kaelthas akan membantu Night Elf menangkap Illidan. Namun, oleh kerana undead terlalu ramai, Tyrande melancarkan Starfall di atas jambatan bagi menghentikan kemaraan undead. Jambatan tersebut runtuh dan Tyrande hanyut mengikut arus sungai. Kaelthas mahu menyelamatkan Tyrande namun ditegah oleh Maiev.
Malfurion menyertai semula pasukan Night Elf di Dalaran selepas urusannya selesai, namun mendapati Tyrande tidak turut serta. Maiev berbohong mengatakan Tyrande mati dibunuh oleh undead. Dengan perasaan marah berbaur sedih, Malfurion mengetuai pasukan Night Elf yang dibantu Kaelthas bagi menghukum Illidan. Akhirnya Eye of Sargeras berjaya dimusnahkan, pasukan Naga berundur, dan Illidan ditangkap dan hampir dihukum bunuh. Rayuan Illidan berkenaan tindak-tanduknya tidak diendahkan dan disanggah dengan cerita kematian Tyrande, menyebabkan Illidan terkejut. Namun, Kaeltas membuat pendedahan yang Tyrande mungkin masih hidup, dimana beliau hanya dihanyutkan air sungai.
Sedar bahawa beliau ditipu Maiev, beliau bertolak semula ke Lordaeron bersama Illidan bagi mencari Tyrande. Gandingan antara dua beradik kembar berjaya mencari dan menyelamatkan Tyrande dari cengkaman pasukan The Scourge. Tak lama selepas itu, Illidan berangkat menuju ke Outland, namun Maiev mengekori beliau untuk terus memburu Illidan.
Curse of the Blood Elves / Sumpah Blood Elf
Putera Kaelthas Sunstrider diarahkan oleh Grand Marshall Garithos bagi menyelia pembaikpulih balai cerap dan menghapuskan kesemua undead yang berada di sana. Kaelthas berjaya dalam misi seliaan tersebut namun oleh kerana Garithos menarik tentera Alliance keluar dari membantu Blood Elf, Kaelthas terpaksa menerima bantuan Vashj dan mereka dapat mengalahkan undead. Garithos kemudian memenjarakan Kaelthas kerana bersekongkol dengan Naga. Dengan bantuan Lady Vashj, Kaelthas dan kaumnya berjaya membebaskan diri dari penjara bawah tanah Dalaran dan bertolak ke Outland bagi bertemu Illidan. Di sana, mereka mendapati Illidan sudahpun ditangkap oleh Maiev, namun sempat menyelamatkan Illidan dan memaksa Maiev berundur.
Illidan kemudian mendedahkan sebab tindak-tanduknya di Dalaran adalah kerana beliau diarahkan oleh Kil’jaeden bagi memusnahkan Frozen Throne di Northrend, namun gagal, dan mahu bersembunyi di Outland dari kemurkaan Kil’jaeden. Mereka perlu membersihkan Outland dari segala agen Kil’jaeden bagi menjayakan pelan Illidan. Pasukan Illidan yang terdiri dari gabungan Naga dan Blood Elf turut dibantu peribumi Outland, iatu Akama dan kaum beliau, Broken Dranei. Mereka bersama-sama menutup pintu gerbang yang ada dan menawan Black Citadel dan memenjarakan empunya instana tersebut, Pitlord Magtheridon.
Selepas penawanan Black Citadel, Kil’jaeden tiba-tiba muncul di depan Illidan dan bertanyakan perihal misinya yang gagal. Illidan memberi alasan yang beliau datang ke Outland bagi memperkuatkan tentera beliau bagi meneruskan usahanya memusnahkan Frozen Throne. Setelah memberi amaran terakhir bagi memusnahkan Frozen Throne atau menghadapi kemurkaan beliau, Illidan tiada pilihan namun kembali ke Azeroth bagi melaksanakan misinya.
Legacy of the Damned / Warisan Terkutuk
Arthas kembali semula ke Lordaeron bagi menghalau Dreadlord Balnazzar, Detheroc, dan Varimathras dari situ. Kemudian beliau bersama Kel’thuzad dan Sylvanas menjalankan pembersihan saki-baki pelarian manusia di sekitar tempat tersebut. Tiba-tiba, Arthas diserang dengan sebuah kesakitan yang amat, dan mendapati kuasanya sudah berkurangan. Selepas menyelesaikan urusan pembersihan, beliau kembali ke ibu negara. Pada suatu malam, Sylvanas menghadiri pertemuan rahsia bersama tiga dreadlord yang disebut tadi, bagi membincangkan keadaan Arthas dan merancang bagi membunuh beliau.
Di kawasan istana ibu negara, Arthas diserang hendap oleh para Dreadlord dan konco-konconya. Beliau berjaya melarikan diri dari kawasan tersebut dengan bantuan banshee kepunyaan Sylvanas, dan menuju ke hutan berdekatan, dimana beliau menyedari Lich King sudah hilang kawalan terhadap Sylvanas. Mujur Kel’thuzad sempat sampai bagi menyelamatkan Arthas. Seterusnya, beliau dengan segera menyiapkan tenteranya bagi perjalanan ke Northrend. Sylvanas kemudian diajak Varimathras bagi menyertainya bagi membentuk sebuah organisasi baru, namun beliau menolak. Varimathras menjawab balas dengan menyerang markas Sylvanas.
Sylvanas kemudian menggunakan banshee kepunyaannya bagi merasuk hampir semua golongan di sekitar kawasan tersebut, dan menyerang kembali markas Varimathras. Si dreadlord itu kemudian merayu supaya Sylvanas tidak membunuhnya. Mereka berdua kemudian berhadapan dengan Detheroc, dimana pasukannya diperkuatkan dengan pasukan Garithos yang dikawal mindanya. Setelah berjaya membunuh Detheroc, pasukan Garithos bergabung dengan Sylvanas bagi mengalahkan dan membunuh Balnazzar. Setelah segala urusan selesai, Sylvanas mengarahkan Varimathras bagi membunuh Garithos pula, dan menamakan kumpulan mereka sebagai ‘The Forsaken’.
Sementara itu, Arthas yang sudah sampai ke Northrend mendapati Frozen Throne mendapat ancaman dari gabungan tentera Blood Elf dan Naga yang diketuai Illidan. Beliau bersama Anub’arak meneroka bawah tanah sebagai jalan pintas menuju Frozen Throne. Setelah menghadapi pelbagai kesulitan iaitu berhadapan dengan para dwarf dan old gods, beliau berjaya sampai ke sana. Pertempuran sengit diantara pasukan Arthas melawan tenteraa Illidan dimana Arthas berjaya menawan kesemua Icecrown Obelisk bagi membuka pintu gerbang Frozen Throne, namun Illidan telah sampai dulu sebelum Arthas. Sebuah pertarungan sengit berlangsung, dan diakhiri dengan kemenangan Arthas.
Beliau kemudian mendaki ke puncak menara Frozen Throne, menghancurkan Frozen Throne, memakai Helm of Domination, dan menjadi Lich King yang baru.
The Founding of Durotar / Penubuhan Durotar
Selepas pertempuran di Gunung Hyjal, Thrall membawa kaumnya ke selatan Kalimdor bagi penubuhan Durotar. Beastmaster Rexxar yang baru sampai di kawasan sekitar cuba menyelamatkan seorang utusan orc itu namun gagal. Rexxar kemudian menghantar surat tersebut ke Thrall. Di Durotar, Rexxar menawarkan diri bagi membantu Thrall dalam apa-apa urusan. Dengan bantuan troll Darkspear Rokhan dan rakan seperjuangan baru, seorang Panderan Brewmaster yang bernama Chen Stormstout, beliau bukan saja mengembara sekitar kawasan Durotar dan Echo Isle, malah turut mewakili Thrall dalam sebuah perjumpaan yang sebenarnya sebuah perangkap bagi menangkap Thrall. Thrall kemudian menghantar Rexxar ke sebuah markas baru yang dibina troll Darkspear untuk berjumpa dengan Jaina.
Sampai saja di sana, dengan bantuan Blademaster Samuro, mereka bertiga berjaya menyelinap masuk ke Theramore bagi berjumpa Jaina. Archmage tersebut menafikan yang beliau mahu mungkir janji dan menyerang Durotar. Setelah siasatan dibuat, rupa-rupanya dalang kepada apa yang terjadi sebelumnya ialah ketua kepada Kul Tiras, Laksamana Daelin Proudmoore merangkap bapa Jaina. Menyedari yang peperangan tidak dapat dielakkan, Vol’jin mengarahkan Rexxar bagi mendapatkan bantuan ketenteraan dari tauren dan ogre. Hasil gabungan tentera antara orc, troll, tauren dan ogre yang diketuai Rexxar dan Thrall berjaya menghalau pasukan Kul Tiras dari Teluk Tidefury balik ke Theramore. Namun, mereka berdua sedar yang selagi Daelin hidup, selagi itu Durotar tidak akan selamat.
Bala tentera gabungan tersebut bersama Thrall, Rexxar, Rokhan, dan Chen, berangkat ke Theramore bagi membunuh Daelin. Jaina datang ke markas mereka bagi memberitahu lokasi limbungan kapal goblin, dan merayu kepada Thrall supaya anak-anak buah Jaina tidak diapa-apakan. Mereka kemudian menenggelamkan kapal-kapal armada yang menjadi sekatan ke Theramore dan berjaya mendarat dan membina markas di pantai Theramore, seterusnya membunuh Daelin. Rexxar dan Thrall kemudian beredar dari Theramore untuk meneruskan pembangunan Durotar.
Thrall kemudian mahu mengajak Rexxar supaya tinggal di Durotar, namun beliau menolak. Bagi Rexxar, beliau lebih sesuai berkembara berseorangan, namun tidak akan teragak-agak membantu Thrall sekiranya beliau memerlukan perkhidmatannya.
Kesan Peristiwa Frozen Throne
- Arthas menjadi Lich King.
- Tentera Illidan terpaksa pulang ke Outland.
- Kematian Laksamana Daelin Proudmoore.
- Kedaulatan Durotar berjaya dilindungi.
- Permainan genre MOBA, iaitu DOTA1 dikeluarkan.
Defense of the Ancient
Gambar diambil dari laman Wowpedia.
Defense of the Ancient atau DotA merupakan sebuah permainan bergenre ‘Multiplayer Online Battle Arena’ atau MOBA yang direka berdasarkan kempen The Founding of Durotar yang menjadi inspirasi utama penciptaan permainan ini. Ia direka oleh Eul, Steve Feak, dan IceFrog menggunakan Warcraft III World Editor dan dikeluarkan pada tahun 2003. Sekuel kepada permainan ini ialah DOTA2.
Tatacara permainan ini ialah, 5 pemain akan berlawan dengan 5 pemain lain, dimana mereka boleh memilih mana satu watak hero yang dikehendaki. Kemudian mereka akan bergerak ke bahagian peta tertentu bagi menaiktaraf kekuatan hero mereka dengan membunuh pihak lawan dan membeli dan menaiktaraf item yang dibeli. Matlamat permainan ini ialah siapa dulu yang berjaya musnahkan bangunan utama pihak lawan, mereka menang.
Penutup
Permainan ini berjaya mendapat sambutan yang menggalakkan dari para peminat dan pengkritik. Sekuel kepada WC3: FT, iaitu World of Warcraft atau WOW kemudian dikeluarkan empat tahun kemudian, iaitu pada 23 November 2004 yang bergenre Mass Multiplayer Online Role Playing Game MMORPG.
Warcraft 3 menampilkan ramai bangsa dan kaum seperti manusia, elf, dwarf, orc, troll, tauren, ogre, goblin, naga, dan sebagainya. Teknik penceritaan yang dimasukkan ke dalam permainan ini adalah amat mengasyikkan beserta sinematik yang amat baik hasil tangan Blizzard. Jalan cerita permainan ini boleh dikaitkan dan dipantulkan kepada kehidupan seharian dan peristiwa yang berlaku di sekeliling, seperti apabila adanya musuh ketiga yang lebih kuat, maka dua golongan yang saling bertegang leher akan bersatu bagi menentang golongan ketiga ini.
Disamping keseronokan permainan ini, banyak nilai dan pengajaran yang boleh didapati pada permainan WC3 yang pastinya tidak akan merugikan sesiapa yang mengambil iktibar daripadanya.
[maxbutton name=”shop”]
Rujukan
- Fahey, R. (2002, Julai 11). WarCraft III: Reign Of Chaos. Diambil pada 24 Oktober 2018 dari https://www.eurogamer.net/articles/r_warcraft3
- Kasavin, G. (2002, Jul 3). It’s just an outstanding game, filled with all the charm, all the detail, and all the lasting appeal that characterizes all of the finest games ever made. Diambil pada 24 Oktober 2018 dari https://www.gamespot.com/reviews/warcraft-iii-reign-of-chaos-review/1900-2873347/
- Warcraft III: Reign of Chaos Review. (2002, Julai 2). Diambil pada 25 Oktober 2018 dari https://www.gamerevolution.com/review/36318-warcraft-iii-reign-of-chaos-review
- Harms, W. (2006, Mei 4). WarCraft III: Reign of Chaos review. Diambil pada 25 Oktober 2018 dari https://www.gamesradar.com/warcraft-iii-reign-of-chaos-review/
- Langshaw, M. (2014, Ogos 9). Warcraft 3: Reign of Chaos retrospective – Still reigns supreme. Diambil pada 25 Oktober 2018 dari http://www.digitalspy.com/gaming/retro-gaming/feature/a589262/warcraft-3-reign-of-chaos-retrospective-still-reigns-supreme/
- Walbridge, M. (2008, Jun 12). Analysis: Defense of the Ancients – An Underground Revolution Exclusive. Diambil pada 25 Oktober 2018 dari http://www.gamasutra.com/php-bin/news_index.php?story=18863
- Pelbagai pautan. Diambil pada 24 Oktober 2018 di https://wow.gamepedia.com
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih