Hampir-hampir tidak sampai kepada kita tokoh-tokoh wanita yang hebat dalam pendidikan di awal zaman Islam. Nama yang asyik kita dengar apabila berbicara tentang tokoh wanita ialah Aishah kerana periwayatan hadisnya dan kisah srikandi dan pejuang. Sebenarnya, sejarah wanita hebat dalam Islam tidak terhenti pada Aishah seorang sahaja.
Sebelum kita pergi lebih jauh, satu perkara yang perlu kita sedar ialah sebelum Islam datang lagi wanita ini memang di pandang hina dan tidak di berikan hak yang sepatutnya. Tidak kira di wawasan Timur mahupun Barat, kebanyakan kawasan meletakkan letaknya wanita ini di tempat terbawah sehinggalah datangnya Islam.
Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah mengenepikan hak wanita untuk menuntut ilmu. Imam bukhari meriwayatkan pada suatu hari para wanita Islam berkata pada Rasulullah “kaum lelaki sudah mengalahkan kami, sehingga kami tidak memperoleh waktu untuk belajar dengan Rasulullah. Oleh itu, alangkah baiknya jika Rasulullah menetapkan satu hari tertentu untuk kami.” Maka Rasulullah menetapkan satu hari khusus untuk para wanita ini belajar dengan Rasulullah.
Kita perlu akui memang wanita pada zaman awal Islam agak kurang dalam mencari ilmu, ini bukan kerana islam menghalang, akan tetapi wanita ini dimuliakan lantaran mencari ilmu pada zaman awal islam tidak semudah hari ini. Sebagai contoh Imam Bukhari perlu berjalan ratusan kilometer untuk mencari hadis yang sahih. Jika wanita melakukan demikian, dikhuatiri perkara tidak baik berlaku pada diri mereka. Ini adalah punca besar mereka tidak terkehadapan dalam bidang ilmu.
Walaupun begitu, ramai juga tokoh wanita yang terpelajar dalam bidang agama yang jarang di ceritakan kepada kita. Sebagai contoh Imam Syafie menghadiri pelajaran dan mendengarkan hadis daripada seorang wanita yang bernama Nafisah binti Hasan. Selain itu, terdapat lebih daripada 700 orang wanita yang pernah riwayatkan hadis dari nabi. Imam Zahabi telah menuduh 4000 orang lelaki sebagai orang yang tidak boleh di percayai. Kemudian dia berkata: “Aku belum pernah mengetahui siapa dari kalangan wanita yang pernah di tuduh sebagai orang yang tidak dapat di percaya atau hadis yang diriwayatkan mereka di tinggalkan oleh ahli hadis.”
Kemudian, kita boleh lihat antara wanita yang Imam Zahabi masukkan dalam buku beliau ialah Rabiah Al Adawiyah dan Rabiah Asy-syamiyah yang mana kedua-dua wanita ini merupakan ahli ibadah dan zuhud. Antara kata-kata Rabiah Asy-Syamiah yang terkenal ialah “aku beristighfar kepada Allah kerana minimanya kejujuranku dalam istighfar yang ku ucapkan”
Dalam bidang perubatan juga kita ada ramai hebat dalam kalangan wanita seperti Zainab dari bani Aud yang pakar dalam luka-luka dan mata. Bahkan Umaiyah binti Qais al-Ghifariyah pernah berkata “aku bersama sejumlah wanita dari bani Ghifar datang kepada Rasulullah dan meminta izin dari baginda untuk pergi perang bersama-sama untuk membantu merawat tentera yang luka-luka” kemudian Rasulullah mengizinkan serta berkata “semoga Allah memberikan berkahnya.”
Dalam pentadbiran juga kita ada Khaizuran dan Zubaidah yang mana masing-masing merupakan ibu dan isteri kepada Khalifah Harun. Mereka ini sangat cekap dalam mentadbir negara. Di era Bani Saljuk pula antara yang terkenal ialah Tughri Burdi isteri kepada Sultan Thughrul Bek merupakan wanita yang cerdas dan memiliki tekad yang kuat dan terbiasa bergerak bersama tentera dan memerangi musuh-musuhnya.
Kita juga sering di dengarkan tentang seorang wanita yang sangat cekal dan telah di penjara dan didera di dalam penjara sepertimana deraan terhadap seorang lelaki oleh Presiden Mesir ketika itu Jamal Abdul Nasir. Antara bentuk seksaan yang dikenakan kepada beliau ialah di lepaskan bersama anjing yang ganas dan di letakkan dalam air sejuk ketika musim sejuk. Beginilah kuatnya seorang wanita.
Wanita ini sangat banyak jasanya pada dunia ini, jika aku tidak bawakan kisah-kisah ini sekalipun, ibu kita sudah cukup membuatkan kita merasakan wanita ini luar biasa kekuatan mereka.
Irham Masiri
Pelajar Tahun Dua Sejarah dan Tamadun Islam UM
Rujukan:
- Sejarah Pendidikan islam- Ahmad Shalabi
- Bangkit dan jatuhnya Daulah Bani Saljuk- Ahmad Shalabi
- Ringkasan Siyar Alam Nubala
- Hari-hari dalam hidupku- Zainab al Ghazali
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih