RATU DIDDA DARI KASHMIR
Salah seorang tokoh wanita yang paling berani dalam sejarah India ialah Ratu Didda. Beliau dilahirkan sebagai puteri Raja Simharaja yang memerintah Lohara, sebuah kerajaan yang terletak berhampiran dengan banjaran Pir Panjal di pedalaman Himalaya.
Sejarah mencatatkan betapa pada mulanya, Raja Simharaja berhasrat mahu membvnvh Didda dek kerana kecacatan fizikal yang dialaminya. Namun takdir menginginkan hal yang sebaliknya, di mana beliau nantinya membesar sebagai seorang tokoh yang amat berpengaruh.
Beliau dikahwinkan dengan Kshemagupta dari Kashmir dan perkahwinan ini secara efektif menyatukan kerajaan Kashmir dan Lohara. Selepas kemangkatan suaminya, putera yang masih kecil ditabalkan sebagai raja sekitar tahun 958M dengan Didda memerintah sebagai Ratu Pemangku. Tidak lama kemudian, puteranya pula yang mangkat dan untuk mengambil-alih takhta kerajaan sepenuhnya, Didda pun bertindak membvnvh cucunya.
Maka, Didda secara rasmi memerintah sebagai ratu pada tahun 979/980 dan kekal memegang kuasa sehingga tahun 1003M. Pemerintahannya berlangsuh megah dengan beliau berjaya menundukkan pemberontakan demi pemberontakan. Sejarahwan mungkin menyifatkan beliau sebagai seorang yang kejam, namun suasana kehidupannya yang didominasi oleh kaum lelaki perlu juga dipertimbangkan.
Suasana sebegini sedikit-sebanyak memerlukan mana-mana pemerintah wanita untuk bertindak berani, lantang, dan adakalanya kejam demi mengukuhkan kedudukannya. Bagi
Didda sendiri, walaupun dikenali sebagai seorang yang keras, beliau tetap mentadbir kerajaan dengan cekap dan memelihara kebajikan rakyat jelatanya. Kerajaan beliau juga merupakan antara kerajaan yang aman dan makmur pada waktu itu. Maka, tidak hairanlah jika beliau dipandang sebagai ratu Kashmir yang paling ulung.
RANI VELU NACHIYAR
Ketika menyelak halaman sejarah India pada era kolonial British, bukan sedikit kita melihat penguasa-penguasa tempatan tunduk dan menyerah-kalah kepada kekuasaan penjajah. Walaupun tidak dinafikan ramai juga yang mengangkat senjata dan berjuang dengan perkasa, tuah seolah-olah tidak memihak mereka dan sub-benua itu pun dinodai dengan penjarahan dan pembantaian.
Namun dalam sela-sela sejarah duka itu, terdapat kisah berkenaan seorang ratu India yang mengecapi nasib yang berbeza, dia beliau berjaya meraih kemenangan dan menempa kegemilangan. Cuma malangnya, nama Ratu Velu Nachiyar seakan-akan terpinggir dalam sejarah bangsanya sendiri.
Rani Velu Nachiyar dilahirkan pada tahun 1730 Masehi sebagai puteri Raja Chellamuthu Vijayaragunatha Sethupathy dan Rani Sakandhimuthal dari Kerajaan Ramnad yang bertempat di Tamil Nadu moden. Beliau menempa nama sebagai ratu pertama yang menentang penjajahan British dan sebagai penghormatan ke atas semangat perjuangannya itu, beliau diingati dengan nama ‘Veeramangai’ (bermaksud wanita berani) oleh masyarakat setempat.
Sejak kecil lagi, beliau didedahkan kepada pelbagai bentuk latihan ketenteraan dan pentadbiran memandangkan beliau adalah satu-satunya pewaris yang ada untuk mengambil-alih takhta ayahandanya. Pada usia 16 tahun, beliau berkahwin dengan Muthuvadugananthur Udaiyathevar si raja Sivagangai dan hasil daripada perkahwinan tersebut, beliau dikurniakan seorang puteri.
Pada masa yang sama, Kerajaan Sivagangai dis3r4ng oleh British yang dibantu oleh Nawab dari Arcot. S3r4ngan tersebut mengorbankan nyawa raja, namun mujur Rani Velu Nachiar sempat melarikan diri bersama puterinya dengan selamat.
Pada 1780an, setelah menghimpunkan pasukan tentera sambil dibantu oleh Hyder Ali dari Mysore dan Gopala Nayakar, Rani Velu Nachiyar berjaya menewaskan British dan merebut semula wilayah-wilayah Sivagangai yang dirampas. Dalam pertempuran tersebut, dicatatkan bahawa beliau menyuruh seorang wanita yang bernama Kuyili untuk menjadi bom manusia dan meledakkan gudang senjata milik British.
Rani Velu Nachiyar memerintah selama 10 tahun, sebelum kemudiannya menyerahkan takhta kepada puterinya pada tahun 1790 Masehi.
CHAND BIBI DARI DECCAN
Salah seorang maharaja yang paling berpengaruh dalam sejarah India ialah Akbar. Pasukan tenteranya juga terkenal gagah sehingga tidak ramai yang berani bersilang senjata menentang mereka. Namun, sejarah mencatatkan betapa wujud seorang wanita bernama Chand Bibi yang cukup tegar untuk mematahkan s3r4ngan Akbar pada tahun 1595 Masehi. Chand Bibi dilahirkan sebagai puteri Sultan Ahmednagar dan berkahwin dengan Sultan Bijapur.
Beberapa tahun kemudian, beliau memerintah kedua-dua kerajaan tersebut. Sambil itu, Maharaja Akbar dari Mughal pula bercita-cita mahu menundukkan Kesultanan Deccan. Namun, kontinjen p3r4ng yang diketuai oleh puteranya, Murad, digagalkan pada tahun 1595 apabila Chand Bibi dengan jayanya mempertahankan Ahmednagar. Kekuatan Mughal kembali semula pada tahun 1599M dengan saiz yang lebih besar. Atas beberapa faktor, Chand Bibi memilih untuk mengadakan rundingan dengan mereka.
Namun, tindakan beliau ini membangkitkan salah faham dalam kalangan pasukannya yang menyangka beliau berpaling tadah. Rentetan itu, kediamannya pun digempur dan Chand Bibi gugur menjadi mangsa tenteranya sendiri. Apapun, keberanian Chand Bibi diperakui sendiri oleh Mughal dan walaupun ia kian lama kian dilupakan, sejarah srikandi ini terus hidup dalam ingatan masyarakat tempatan.
RATU ABBAKKA CHOWTA DARI KARNATAKA
Nama Rani Abbakka dikenang sebagai penentang Portugis yang pada masa merupakan kuasa maritim antara yang terkuat di dunia. Walaupun usahanya dalam membela bangsa dan negara boleh dikira luar biasa, beliau kurang didendangkan pada hari ini selain di wilayah Karnataka.
Menurut sejarah, Rani Abbakka dilahirkan sebagai kerabat Chowta dan warga masyarakat Tuluva. Beliau dimahkotakan oleh bapa saudaranya pada tahun 1525 Masehi dengan pusat pemerintahannya terletak di Ullal, sebuah kota pelabuhan yang kaya.
Pada masa itu, bahagian pantai barat India dan laluan perdagangan rempah di timur sedang dikuasai oleh Portugis. Mereka terkenal sebagai kuasa maritim yang berpengaruh lagi gagah sehingga dengan mudah berupaya menundukkan sebarang penentangan yang dilakukan oleh penguasa-penguasa tempatan.
Sebagai sebuah kota yang makmur lagi mewah, Ullal tidak dapat mengelakkan diri dari menjadi sasaran Portugis. Ser4ngan demi ser4ngan dihalakan ke sana, namun setiap satunya berjaya ditangkis oleh Rani Abbakka pada tahun 1555 dan 1568 Masehi. Walaupun beliau sendiri merupakan seorang penganut Jain, pasukan tenteranya dianggotai oleh penganut agama dan anggota kasta yang berbeza, sama ada Muslim mahupun Hindu.
Episod perjuangan beliau berakhir dengan pengkhianatan oleh suaminya sendiri. Rani Abbakka dipenjarakan oleh pihak Portugis dan beliau meninggal dunia semasa berada dalam tahanan. Lantaran pemerintahannya berlangsung adil dan saksama, beliau terus dihormati oleh seluruh rakyat jelatanya.
RANI DURGAVATI DARI GOND
Setelah menerokai sejarah India Selatan, mari kita berpindah pula ke India Tengah untuk menjejaki kisah seorang srikandi yang bernama Rani Durgavati. Durgavati dilahirkan dalam keluarga Chandela Rajput di sebuah kota berkubu yang dikenali sebagai Kubu Kalinjar, bertempat di Uttar Pradesh moden.
Ayahandanya bernama Keerat Rai dan setelah tumbuh dewasa, Durgavati berkahwin dengan Putera Dalpat Shah dari Kerajaan Gondwana dan dikurniakan seorang putera. Semasa puteranya berusia lima tahun, Putera Dalpat Shah mangkat. Rentetan itu, Rani Durgavati terpaksa menggalas tanggungjawab memerintah kerajaan secara sendirian. Sebagai langkah strategik bagi memperkuatkan pertahanan, beliau memindahkan ibu kotanya ke Bukit Satpura yang kini terletak di Madhya Pradesh.
Beberapa tahun kemudian, Rani Durgavati diser4ng oleh raja Malwa yang bernama Baz Bahadur namun ia dipatahkan dengan jayanya. Pada tahun 1562, Malwa dit4kluk oleh Maharaja Akbar yang seterusnya menyasarkan Gondwana yang diperintah oleh Durgavati. Rani tidak menikus dan memeluk tubuh, sebaliknya beliau memindahkan pasukannya ke lokasi yang lebih selamat.
Di sana, beliau dan puteranya meneruskan penentangan terhadap Mughal. Ser4ngan demi ser4ngan Mughal berjaya ditangkis, namun dalam salah satu pertempuran yang tercetus, putera Durgavati tercedera justeru dibawa keluar dari lokasi pep3r4ngan. Rani Durgavati sendiri mengalami cedera parah. Dek kerana enggan menyerah diri kepada lawannya, beliau kemudian bertindak membvnvh diri.
RATU AVANTI BAI DARI RAMGARH
Senarai ini tidak akan lengkap andai kita tidak merangkumkan nama seorang lagi ratu berani dari India Tengah, iaitu Rani Avanti Bai. Beliau mula menempa nama dalam panggung sejarah setelah berkahwin dengan seorang raja dari Ramgarh, yang kini bertempat di Madhya Pradesh. Sekitar awal 1850an, suaminya jatuh gering dan memandangkan pewaris takhta, iaitu Amar atau Aman Singh masih lagi muda, Rani pun mengambil-alih pemerintahan.
Keadaan ini tidak disenangi oleh pegawai-pegawai British yang enggan membenarkan sebarang ruang dan peluang untuk penguasa tempatan melakukan kebangkitan. Justeru, mereka menghantar pegawai pentadbir untuk memantau dan menyelia sendiri hal-ehwal kerajaan sekaligus mengenepikan kekuasaan Rani. Kian lama, Rani Avanti menunjukkan sikap yang dingin kepada pegawai British tersebut sebelum akhirnya bangkit menentang kuasa penjajah.
Pada tahun 1857, Pemberontakan Sepahi meletus dan rantau India Tengah dilanda pertegangan. Untuk memerangi British, Rani Avanti Bai menghantar utusan demi utusan kepada kerajaan-kerajaan sekitar dengan tujuan supaya mereka dapat bersatu memerangi musuh yang sama. Dalam perutusan tersebut, beliau turut menitipkan gelang-gelang peribadinya dan meninggalkan pesanan kepada raja-raja itu semua agar menyertainya dalam p3r4ng atau duduk sahaja di rumah sambil memakai gelang-gelang tersebut.
Ser4ngan British yang dilancarkan pada tahun sama berjaya dipatahkan oleh Rani yang mengetuai pasukan tenteranya sendiri. Beliau sememangnya mahir dalam pelbagai jenis seni mempertahankan diri. Tidak lama kemudian, British sekali lagi datang dengan membawa kekuatan yang lebih besar sehingga memaksa Rani berundur ke kawasan hutan perbukitan di Devharigarh.
Di sana, beliau melancarkan ser4ngan-ser4ngan gerila. Namun, British tetap terus mengasak dan pada Mac 1858, Rani akhirnya membvnvh diri apabila kekalahan pasukannya tidak lagi dapat dielakkan. Dengan demikian, tamatlah riwayat seorang ratu India yang berani.
RANI TARABAI DARI MARATHA
Rani Tarabai adalah menantu kepada Chhatrapati Shivaji Maharaj, isteri kepada Rajaram Bhosale I, dan puteri kepada seorang panglima masyhur Maratha, iaitu Hambirrao Mohite. Susulan kemangkatan suaminya pada tahun 1700 Masehi, Ran Tarabai diangkat sebagai pemerintah Empayar Maratha dan bertanggungjawab berhadapan dengan pasukan tentera Aurangzeb dari Mughal. Tahun-tahun awal pemerintahannya banyak membantu empayar merebut semula wilayah-wilayah lama yang telah dirampas di samping men4kluk wilayah-wilayah baru.
Rani Tarabai sememangnya seorang yang bijak mengatur taktik p3r4ng dan cekap pula mentadbir kerajaan. Namun, pemerintahannya turut diwarnai dengan krisis pewarisan takhta yang melibatkan konflik dengan Peshwa.
Konflik ini berakhir dengan aman dan Rani sendiri mangkat pada usia 86 tahun. Sejarahwan menyifatkan beliau sebagai nadi utama yang terus menghidupkan Maratha walau sesudah ketiadaan pemerintah ulung seperti Shivaji Maharaj.
RATU BELAWADI MALLAMMA DARI KARNATAKA
Srikandi India berikutnya ialah Belawadi Mallamma dari Karnataka Utara. Beliau merupakan ratu yang bertanggungjawab memerangi pasukan tentera Maratha yang dipimpin oleh Chhatrapati Shivaji Maharaj dalam usaha mempertahankan kerajaannya. Sebahagian sejarahwan menkreditkan beliau sebagai ratu terawal yang membentuk unit tentera yang dianggotai sepenuhnya oleh wanita di India.
KITTUR RANI CHENNAMMA
Kittur Rani Chennamma berasal dari sebuah tempat yang bernama ‘Kittur’, Karnataka moden. Beliau berkahwin dengan Rajah Kittur pada usia belia. Namun beberapa tempoh kemudian, suami dan puteranya meninggal dunia sekaligus takhta kerajaan pun diserahkan kepada Kittur Rani.
Walau bagaimanapun, kerajaannya sejak sekian lama menjadi sasaran kolonial British dan keadaan ini memuncak pada tahun 1824 apabila mereka melancarkan ser4ngan ke atas Kittur. Ser4ngan tersebut berjaya dipatahkan dan pegawai British sendiri terkorban. Namun, British enggan berputus asa dan mereka sekali lagi meny3rang dengan lebih agresif. Kali ini, Rani Chennamma tewas. Beliau ditangkap dan dipenjarakan di Kubu Bailhongal sebelum meninggal dunia di sana pada tahun 1829.
RATU KELADI CHENNAMMA
Nama terakhir yang bakal melengkapkan senarai ini ialah Ratu Keladi Chennamma dari Kerajaan Keladi yang menguasai wilayah Karnataka moden. Pada tahun 1667 Masehi, beliau berkahwin dengan Raja Somasekhara Nayaka dan sepuluh tahun kemudian, suaminya itu pergi buat selama-lamanya. Ketika itu, Maharaja Aurangzeb dari Mughal merupakan kuasa besar di sub-benua India. Wilayah naungannya sangat luas, begitu juga dengan saiz pasukannya.
Pada suatu tempoh, Aurangzeb menghantar pasukan tenteranya bagi meny3rang ratu Keladi atas sebab ratu itu pernah melindungi salah seorang putera Shivaji Maharaj dari Maratha. Namun, ser4ngan itu berjaya dipatahkan oleh ratu. Secara keseluruhan, Keladi Chennamma memerintah kerajaannya selama hampir 25 tahun dan beliau dikenali sebagai pemerintah gagah dan adil.
TERJEMAHAN:
Saurav Ranjan Datta. (16 April 2020). Remembering Brave Indian Queens: 10 Powerhouses History has Forgotten. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/indian-queen-0013575
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih