Pada tanggal 23 Ogos 1939, Jerman dan Kesatuan Soviet menandatangani Perjanjian Molotov-Ribbentrop. Menerusi perjanjian itu, kedua-duanya bersepakat untuk menggencat sen.jata. Ini membolehkan mereka mence.rob.ohi Poland – Jerman di barat dan Soviet di timur – tanpa beradu ten.tera.

Lantaran perjanjian itu juga, Soviet hanya duduk di tepi ketika Jerman menangani British-Perancis (yang bereaksi ke atas pencero.bohan di Poland sekali gus memulakan Pe.rang Dunia Kedua) sambil mereka sendiri sibuk menguruskan Finland dalam Pe.rang Musim Sejuk.

Namun dua tahun kemudian, perjanjian tersebut dilanggari Jerman. Dalam masa hanya enam bulan, kedudukan Soviet habis digem.pur menerusi Ope.rasi Barbarossa (22 Jun – 5 Disember 1941). Kalaulah bukan kerana cengkaman salji, mungkin Moscow sudah tum.bang dan Pe.rang Dunia Kedua pun mungkin berjalan dengan skrip berbeza.

Apapun, dalam episod pepe.rangan antara dua negara itu, ada satu anekdot pendek tetapi menarik melibatkan seorang wanita bernama Mariya Oktyabrskiy – salah seorang daripada 800,000 orang wanita yang berkhidmat dalam Red Army semasa Pe.rang Dunia Kedua.

Mariya dilahirkan di Ukraine pada tahun 1905 dalam keluarga sepuluh beradik. Ketika umurnya 20 tahun, dia bercinta dengan seorang ten.tera bernama Ilya Oktyabrskiy dan berkahwin pada tahun sama.

Atas pengaruh suami, Mariya kemudian berjinak-jinak dengan dunia keten.teraan. Makin lama, minatnya makin membara. Sampaikan, beliau meninggalkan pekerjaan lamanya sebagai pegawai khidmat pelanggan dan operator di kilang pengetinan untuk menjadi jururawat di hospital ten.tera. Bermula daripada situ, Mariya menerima latihan asas keten.teraan.

Mariya dan suami, Ilya

Sememangnya, Soviet pasca Pe.rang Dunia Pertama menerima lebih banyak pembabitan dan menyedia lebih banyak persiapan buat rekrut wanita. Hal ini dapat dilihat antara lain menerusi pembentukan battalion khusus di bawah pimpinan Maria Bochkareva.

Khidmat mereka tidak hanya terhad sebagai jururawat dan tukang masak, tetapi sebilangannya malah dipersiapkan untuk turun di medan hadapan. Justeru, mereka turut dibekalkan dengan beberapa kemahiran seperti kemahiran mengendalikan pesawat, menggunakan sen.ja.ta, dan melakukan terjunan udara.

Bagi Mariya sendiri, atas bimbingan suaminya, dia didedahkan dengan kemahiran memandu, mengendali, dan membaiki kereta kebal – satu kemahiran yang bakal membuatkan namanya diabadi dalam sejarah.

Berikutan O.pera.si Barbarossa, suami Mariya yang menganggotai Rejimen Artileri Howitzer Ke-134 dikerahkan ke Kishinev, Moldova. Ia untuk menahan kemaraan Kumpulan Ten.tera Selatan (Jerman dalam operasi tersebut membahagikan kekuatannya kepada tiga pasukan dengan setiap satu menyasarkan satu objektif iaitu Leningrad di utara, Moscow di tengah, dan Kaukasus di selatan).

Mariya pula dipindahkan ke bandar Tomsk yang lebih selamat. Di sana, dia terus berkhidmat sebagai jururawat. Pejam celik, dua tahun berlalu. Sepanjang dua tahun itu juga, Mariya terpisah dengan suaminya. Jangankan berjumpa, khabar berita pun langsung tiada.

Sedangkan, O.pera.si Barbarossa sudah lama tamat. Kedudukan Soviet pun sudah semakin selamat. Jadi, apa yang membuatkan suaminya tidak pulang-pulang? Bersama persoalan itu, Mariya terus menunggu dan menunggu.

Sampailah pada suatu hari, datang satu berita; Ilya sebenarnya sudah lama meni.ngg.al dunia. Lama. Sejak tanggal 9 Ogos 1941 lagi. Yakni, dua bulan selepas Mariya dipindahkan dari Moldova. Mendengar berita itu, habis berderai hati Mariya. Tetapi, sedihnya tidak lama. Dalam sekejap masa, ia membara menjadi waja.

Lantas, dia pun hantar permohonan untuk berkhidmat di barisan hadapan. Namun, permohonan itu ditolak. Antara sebabnya ialah penyakit tuberkulosis tulang belakang yang dialami Mariya. Tetapi, Mariya enggan putus asa. Dia cuba lagi. Kali ini, telegram dihantar ke pejabat Stalin sendiri. Suratnya berbunyi:

“Suami saya terkor.ban semasa mempertahankan negara. Jadi, saya mahu balas den.dam ke atas anjing-anjing fa.sis itu semua – sebagai membela kema.tian suami saya dan saudara-saudara senegara. Untuk tujuan itu, saya sudah pun menjual kesemua harta saya dan wangnya yang berjumlah 50,000 rubles (RM 2,905)  sudah saya kirimkan ke Bank Negara untuk bina sebuah kereta kebal. Saya dengan rendah diri meminta supaya tuan menamakannya sebagai Fighting Gilfriend dan menghantar saya ke barisan hadapan sebagai pemandunya.”

Fighting Girlfriend, jentera yang dipandu oleh Mariya

Tanpa fikir panjang, Stalin memberi kelulusan. Ini lantaran ia memiliki nilai propaganda yang besar; betapa, seorang balu ten.tera rela gadaikan segala harta untuk turun bertem.pur hingga akhir nyawa. Itu satu perkara yang mampu menaikkan semangat baik rakyat awam mahupun barisan ten.tera.

Tambahan, bukan selalu berlaku situasi di mana orang awam memberikan sumbangan berjumlah besar untuk kegunaan pe.rang. Kalau ada sekalipun, biasanya ia hadir daripada kaum lelaki. Jadi, Mariya adalah antara kes langka.

Maka, dia pun diberikan latihan intensif selama lima bulan. Untuk situasi ketika itu, latihan lima bulan adalah sesuatu yang di luar kebiasaan terutama bagi pengendali kereta kebal yang khidmatnya diperlukan segera. Ini menunjukkan betapa Mariya tidak hanya diluluskan untuk menganggotai 26th Guards Tank Brigade, tetapi Soviet mahu memastikan kehadirannya memberi impak – sesuai dengan propaganda yang ingin dimainkan.

Latihan intensif itu dijalani pada bulan Mei dan tamat pada September 1943. Kurang sebulan kemudian, Mariya dan jenteranya Fighting Girlfriend memulakan khidmat dengan pertem.puran pertama beliau berlaku di medan Smolensk.

Pada mula, kebolehan Mariya memang diragui. Ia lumrah – pertama kerana dia wanita dan kedua kerana itu pertem.puran pertamanya. Namun, di situ dan ketika itu juga Mariya membuktikan kemampuannya. Fighting Girlfriend menjadi antara jentera pertama yang menerpa ke barisan lawan, membe.dil unit artileri dan menggagalkan unit mesingan.

Hatta ketika pertem.puran sedang hangat pun, Mariya dengan berani melompat keluar dari jenteranya untuk membaiki kero.sakan akibat dibe.dil – sambil rakan-rakannya melepaskan tem.bakan sokongan. Tindakan itu membuatkan Mariya diperakui. Dia bahkan dinaikkan pangkat sebagai Sergeant.

Mariya dan Fighting Girlfriend

Dalam pertem.puran keduanya di Novoye Selo, Vitebsk pada November juga Mariya memperagakan keberanian yang sama. Namun, nasibnya tidak begitu baik pada Disember. Ketika membaiki jenteranya, kepala Mariya terkena serpihan pelu.ru. Di saat itu juga dia jatuh pengsan. Lalu, dia digegaskan ke hospital tentera di Kiev untuk menerima rawatan.

Lebih dua bulan juga Mariya tidak sedarkan diri, sebelum akhirnya dia pergi pada tanggal 15 Mac 1944 – setelah setengah tahun membela kema.tian suaminya. Atas keberanian beliau, Mariya dianugerahkan gelaran Wira Kesatuan Soviet (Hero of the Soviet Union), anugerah tertinggi bagi mana-mana warganegara USSR.

Sememangnya, gelaran itu layak buat Mariya. Lagipula, kisah beliau mengga.daikan harta dan bertem.pur hingga akhir nyawa demi membela kema.tian suami sedikit-sebanyak mengingatkan kita kepada kisah dua orang tokoh tempatan, iaitu Siti Rahmah Kassim yang mengga.daikan gelang kahwin untuk kemerdekaan negara dan Laksamana Keumalahayati yang mengetuai armada Inong Balee – rejimen khas yang dianggotai balu-balu syuhada Perang Haru.

RUJUKAN:

Blackstock, Elizabeth. (2021, 4 October). The ‘(ditapiskan) Girlfriend’ Who Bought a Tank and (ditapiskan) Her (ditapiskan) Husband. Jalopnik.

Budanovic, Nikola. (2018, 3 April). When her husband was (ditapiskan) by the (ditapiskan), she bought a tank and went on a (ditapiskan) on the Eastern Front. The Vintage News.

Dimuro, Gina. (2018, 17 July). The (ditapiskan) Her Husband, So She Got a Tank – And Her (ditapiskan). All That Interesting.

Tapalaga, Andrei. (2021, 20 September). The Woman Who Sold Everything to Buy a Tank and (ditapiskan) Her Late Husband. History of Yesterday.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.