Sumber tentang Caecilia Metella sebenarnya agak terhad. Kalau fikir balik, nampak pelik juga. Wanita ini diberi mαkαm yang bukan main gah. Tetapi sejarahnya ditutup tanpa catatan lengkap.

Oleh kerana kekurangan sumber, Caecilia dikenang selamanya sebagai isteri kepada seorang penjawat awam bertaraf anggota polis bernama Marcus Licinius Crassus. Kesetiaan pada Julius Caesar membuahkan hasil, apabila Crassus dilantik sebagai gabenor di Cisalpine Gaul.

Jadi jodoh dengan Crassus ternyata berpadanan, kerana Caecilia datang daripada keluarga kebangsawanan tinggi. Ayahandanya adalah Quintus Creticus, seorang ahli politik aktif sebelum zaman Caesar.

Kahwin dengan gabenor. Anak ahli politik. Keluarga bangsawan. Tetapi nama Caecilia seolah-olah sengaja ditenggelamkan… entah kenapa. Hari ini dunia mengenalinya hanya daripada sebuah mαkαm yang dibina dengan bahan konkrit.

Struktur yang menyimpan mαyαt Caecilia.

Malah mαkαm inilah menjadi saksi pada perkahwinan Crassus dan Caecilia (Kinnee, 2016). Dan konkritnya pun bukan calang-calang. Sampai hari ini struktur mαkαm ini masih teguh, melambangkan kesetiaan cinta Crassus yang menjadi milik Caecilia.

Struktur Mαkαm Bersejarah

Nama Caecilia Metalla disebut dalam buku “Childe Harold’s Pilgrimage” tulisan Lord Byron sekitar 1800-an. Byron melihat strukturnya bagaikan sebuah kubu.

Dan beliau merakamkan perbualan dalam bentuk puisi: “what was this tower of strength? Within its cave. What treasure lay so lock’d, so hid? – A woman’s grαve.” (maksudnya: kubu besar apa yang terlindung ni? Harta karun apa yang disembunyikan di sini? – mαkαm seorang wanita.)

Byron memerhati mαkαm Caecilia betul-betul. Apa Byron nampak itulah apa yang masih ada hari ini. Walaupun sudah beribu tahun, mαkαm Caecilia tidak langsung berubah. Konkrit zaman sekarang tidak sampai 10 tahun pun mesti akan terkesan.

Tetapi mαkαm Caecilia dibina begitu rapi, sedarjat dengan monumen-monumen agung yang masih stabil dan kukuh sekarang. Kualiti pembinaan mαkαm ini terbukti lebih tinggi untuk dibandingkan dengan mαkαm lelaki (Seymour, et al., 2021).

Lukisan zaman dulu.

Seorang pakar geologi dan geo-fizik bernama Marie Jackson amat meminati bab sejarah. Beliau berasal daripada Universiti Utah, datang menyingkap sisi sejarah yang belum terdedah. Jackson mengenal pasti ciri-ciri pembinaan mαkαm Caecilia.

Untuk membangunkan sebuah binaan berkonkrit, kena ada campuran simen, air, pasir dan batu yang seimbang ikut peraturan 10-20-30-40 peratus.

Keunikan Mαkαm Caecilia Metella

Ada sesuatu yang unik tentang unik ini. Pembina Rom guna campuran bahan gunung berapi, yang boleh kata piawaian (standard) untuk tujuan serba kayangan. Bahan ini diperolehi dalam bentuk tephra daripada aliran Pozzolane Rosse.

Ini kira macam “kilang simen” untuk pembina Rom dulu. Mereka siap ada “simen gam” dalam bentuk kalsium, aluminum, silikat dan hydrate.

Tetapi mineral yang benar-benar bantu mengukuhkan struktur binaan adalah stratlingite. Dan bangunan akan bertambah kukuh setiap kali terkena hujan. Dengar saja macam gila – tetapi ada penjelasan saintifik di sebaliknya.

“Simen tephra” dan “simen gam” digunakan pembina Rom nampak sangat semulajadi. Apabila terkena hujan, “simen gam” yang kaya dengan potasium seolah-olah dibaiki secara sendiri. Ini yang punca binaan Rom tahan lasak. Meskipun beribu tahun, bangunan mereka masih boleh digunakan hari ini.

Perkaitannya sangat jelas. Pembina Rom guna “simen gam” yang banyak untuk Mαkαm Caecilia. Tetapi mereka cost-cut sikit untuk bina Pasar Trajan. Jadi hari ini, semua boleh nampak – Mαkαm Caecilia masih wujud. Pasar Trajan tinggal sisa.

Tinggalan Pasar Trajan

Pembinaan ini menimbulkan lagi banyak tanda tanya tentang Caecilia. Siapa beliau? Apa jasa beliau?

Kalau anda berminat dengan sejarah Tamadun Rom, bolehlah membeli buku terbaru kami, KITAB TAMADUN ROM yang sedang ada promosi di Shopee. Boleh beli di: bit.ly/30VoLai

RUJUKAN:

Kinnee, L. (2016). The Trophy Tableau Monument in Rome: from Marius to Caecilia Metella. Journal of Ancient History.

Seymour, L., et al. (2021). Reactive binder and aggregate interfacial zones in the mortar of (ditapiskan) of Caecilia Metella concrete, 1C BCE, Rome. Journal of the American Ceramic Society.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.