Kritikan ini sudah saya naikkan sebelum ini. Tapi tidak mengapa, saya akan terus mengkritik. Penegasan awal: saya tidak pernah anti dengan genre-cinta, bahkan aku sangat suka membaca dan menonton genre cinta. Cuma..
Saya cuma ada masalah dengan drama cinta Melayu dalam menggunakan kerjaya sebagai latar kisah cinta hero dan heroin tetapi jalan cerita tidak melibatkan kerjaya tersebut.
Drama Korea adalah contoh terbaik drama cinta berasaskan kerjaya.
Kisah doktor bercinta…
Kisah bomba bercinta…
Kisah tentera bercinta…
Kisah penulis bercinta…
Namun, ia tak pernah membuatkan drama korea tersebut mengabaikan untuk bercerita kisah seorang doktor dan kerjaya merawatnya, kisah seorang bomba dalam misi menyelamatnya, kisah tentera dalam misi mempertahankan negaranya, kisah penulis dalam memikirkan ilham terindah untuk pembacanya.
Dalam seorang doktor bercinta dalam drama cinta Korea, mesti ada satu babak di mana doktor gigih untuk menyelamatkan pesakitnya. Bahkan lebih menarik, dikaitkan babak tersebut dengan kisah cinta mereka.
Di bawah ialah contoh-contoh DRAMA CINTA berasaskan latar kerjaya:
Contoh 1 – Doktor Menyelamatkan Kisah Cintanya: Doktor terpaksa membedah si kekasihnya yang kemalangan. Belahan jiwanya harus diselamatkan. Bbaak tersebut digambarkan setepat mungkin Jargon-jargon perubatan yang tepat, teknik perubatan yang efisyen yang hampir tepat, dan bagaimana cara doktor bekerja dengan pun turut tepat untuk menepati nilai realistik dalam karya tersebut.
Contoh 2 – Kisah Bomba Jatuh Cinta: Seorang bomba sedang berusaha untuk menyelamatkan sebuah bangunan yang sedang terbakar. Namun, tanpa diketahui bahawa seorang bomba itu bakal jatuh cinta dalam misi menyelamatnya. Ada seorang gadis yang sedang terperangkap di tingkat 16 bangunan tersebut.
Lantas drama cinta tersebut pun bermula dengan digambarkan dengan tepat seorang bomba bekerja dengan SOP yang tidak lari dari realiti. Lalu babak terus begerak menggambarkan seorang bomba tersebut meredah bangunan tersebut, dengan langkah-langkah keselamatan yang telah tertulis dalam manual operasi menyelamat seorang bomba.
Akhirnya, selepas meredah segala marabahaya, yang hampir meragut nyawanya, maka si bomba telah berjaya sampai ke tingkat-16 yang sedang dijilat api. Si heroin, yang bakal jadi kisah cinta sejatinya sedang menunggu. Tanpa disedari, cinta pun terputik antara mereka.
Contoh 3 – Kisah Tentera Bercinta: Kononnya seorang tentera ini ditugaskan untuk menjadi tentera pengaman di lokasi yang terpencil. Namun, kerinduannya terhadap tanah air sedikit terubat apabila dia jatuh cinta dengan penduduk tempatan disitu, atau komrad tentera wanitanya.
Kisah cinta mereka dalam sekitar misi tentera menjalankan amanahnya. Kalau dibuat kisah cinta si tentera dengan penduduk tempatan, mungkin bikin plot twist bahawa rupa-rupanya si gadis anak villain yang jadi punca kenapa mereka terpaksa jadi tentera pengaman disitu.
Kalau antara komrad berbeza jantina, bikin kisah di mana si tentera mengalami konflik mengimbangkan kerjaya tentera dan cinta, atau betapa seorang tentera yang dilatih sebagai mesin pembunuh, akhirnya menjadi janggal dalam soal selembut dan seindah cinta. Dia cuba memikat si gadis, namun si gadis sendiri kekok untuk memberi respon. Tetapi jangan lari daripada jalan cerita hidup seorang tentera.
Ya, mungkin peminat drama dan novel cinta Melayu berhujah, kalau begitu bikin sahajalah drama genre kerjaya. Kalau mahu dimasukkan babak di atas, kata mereka ia bukan lagi genre cinta lagi.
Kata saya, saya tidaklah suruh letakkan 100 peratus jalan cerita dengan babak medik sahaja untuk kisah seorang doktor. Ia sudah jadi drama perubatan. Kalau kisah tentera dan bomba dipenuhi dek babak menyelamat dan menembak, ia sudah jadi thriller atau aksi.
Tetapi yang saya tuntut ialah realiti semasa dipersembahkan juga. Seperti mana drama genre cinta Korea yang menjadikan watak utamanya dengan beberapa kerjaya di atas, ia juga merupakan sebuah drama cinta. Kerana 70 peratus jalan cerita tetap kisah cinta antara mereka. Hanya lingkungan 30 peratus sahaja kisah kerjaya mereka.
Tetapi kalau tidak mampu, mengapalah mahu dibuat jalan ceritanya “KAPTEN MUKHRIZ ITU KEKASIHKU” atau
“ABAM BOMBA ITU BUAH HATI AKU” atau “DOKTOR MEDIK DOKTOR CINTA” (tajuk ialah contoh) kalau tidak mahu meneroka kisah hidup kerjaya tersebut dengan teliti dan tepat kalau jalan cerita yang dipaparkan ialah kisah cinta pelajar kolej atau universiti dan tidak mengambarkan realiti kisah cinta seorang doktor, bomba dan tentera?
Atau (maafkan saya), nama doktor, bomba dan kapten (tentera) adalah sekadar untuk memenuhi fetish sang penulis dan pembaca diluar sana bukanlah dengan tujuan menyampaikan ilmu, memberi nilai positif kepada pembaca harian?
Ya, memang sukar. Kajian harus dilakukan dengan jitu. Perlu berjumpa dengan seorang doktor, tentera dan bomba meneroka kisah hidup mereka. Perlu merujuk jurnal-jurnal medik kalau mahu bikin sebuah kisah cinta seorang doktor, sekurang-kurangnya untuk gambarkan babak pembedahan mereka.
Perlu juga membaca operasi-operasi silam yang pernah dilakukan oleh bomba sebagai rujukan sop mereka. Manual menyelamat bomba boleh diminta di balai bomba yang berdekatan. Untuk kerjaya seorang tentera, tanyalah pada tentera atau penulis majalah tentera yang aktif di facebook untuk gambarkan realiti jelas kehidupan mereka.
Kalau tidak mampu, maka jangan bermimpi untuk menulis kisah-kisah cinta mereka berkerjaya di negara kita. Anda penulis ialah seorang pencatat sejarah tamadun negara anda. Jangan memandang rendah kerjaya pencatat secara tidak langsung ini, sehinggakan mencemarkan dengan semua kesilapan cliche yang dibahaskan di alam maya.
Kata Imam Ghazali:
“Kalau kamu bukan anak raja dan engkau bukan anak ulama besar, maka jadilah penulis.”
Jadilah seorang penulis yang hebat, sehingga ia masih dipandang kerjaya kedua termulia selepas ulama.
P.S: Teguran ini bukan mengatakan bahawa seluruh drama dan novel cinta di Malaysia sedemikian. Saya tahu ada novel dan drama cinta di Malaysia mencapai kualiti yang seperti mana saya bahaskan dalam artikel ini.
Terima kasih.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih