Sebentar tadi ada seorang pelajar bertanya pada dr. Hiroko mengapa orang Melayu kuat berpegang kepada adat yang menyusahkan. Dr dalam jawapannya yang mengkagumkan saya berkata, “saya tak nampak orang Melayu kuat berpegang dengan tradisi, yang saya nampak mereka hari ini kuat berpegang kepada modenisme”.

Persoalan sebegini biasanya datang dari individu-individu yang dipengaruhi sentimen Barat yang datang dahulu membawa pemikiran bahawa apa sahaja yang bertentangan dengan konsep modenisme mereka sebagai mundur dan terkebelakang antaranya elemen adat Melayu dan Islam. Kita sebagai peribumi sedikit sebanyak terjebak apologetik dengan sub-altern sedemikian. Puncanya adalah kejahilan dan sikap inferioriti kompleks yang tinggi.

Mereka yang membawa premis ini sebenarnya dipengaruhi bahasa pemikiran era kolonial. Pola pemikiran penjajah neo-kolonialisme sebegini kini memarak kembali setahun dua ini misalnya melalui pelbagai nistaan yang menjengkelkan yang kita dapati daripada netizen-netizen di laman Malaysiakini mahupun Free Malaysia Today.

Misalnya mereka tak habis-habis membandingkan Singapura dan Pulau Pinang bak sebuah utopia terulung ala Atlantis manakala Kelantan sebagai backwater yang dihuni masyarakat ‘Malay savage’ dan ‘corrupt clerics’ meminjam memori Reformasi Eropah yang sememangnya diluar konteks masyarakat Melayu-Islam kita di rantau ini.

Kata dr. lagi, “Orang Malaysia saya selalu dengar mahu pergi ke Jepun, kononnya sebuah negara maju, rakyatnya happy sedangkan mereka orang Jepun sendiri sudah mula mempersoalkan halatuju moden mereka, sains dan teknologi ternyata gagal memberi kebahagian.”

Mereka mencari semula tradisi dan kita orang Melayu Islam mahu membuang apa yang masih tersisa sedikit ini kerana terpengaruh dengan kayu ukur kemajuan dan kebahagiaan modenisme yang gagal. Apa yang diwarisi sebagai adat itu dianggap menyusahkan sedangkan kita sendiri tidak pernah mengamalkannya untuk layak memberi justifikasi sedemikian. Berapa susah sebenarnya kesusahan yang dikatakan susah itu?

Kegagalan Barat perlu dipelajari dan apabila datang zaman dan ejen-ejen pasca-moden seperti kelompok liberal demokrat, feminis, LGBT, anti-autoriti dan persamaan hak asasi manusia dasawarsa ini maka kita ada sentimen yang kuat untuk menolak agenda terbaharu untuk menjadikan kita sebagai bahan ujikaji makmal ideologi mereka. Berpadalah sudah dengan modenisme, kita orang Alam Melayu dan Islam ada pengalaman dan kearifan tempatan kita sendiri.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Nabil Nadri atau nama penanya Tuan Merbok merupakan pencinta sejarah, arkeologi dan budaya. Penulisannya yang banyak datang dalam bentuk artikel atau posting ringkas menyentuh pelbagai subjek menarik terutamanya berkaitan Alam Melayu dan Dunia Islam. Pencarian nasab dan salasilah diri menjadi obsesi yang mewarnai aktiviti beliau kebelakangan ini disamping usaha beliau menjejak ratusan artifak Batu Aceh yang terdapat di Tanah Melayu. Nabil Nadri merupakan graduan Sarjana Muda dari Jabatan Sejarah dan Ketamadunan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (2014-2016) dan kini sedang dalam peringkat melanjutkan pengajian Sarjana dalam bidang Sejarah di universiti yang sama

Comments are closed.