Pada 1415 Masihi, Gereja Roman Katolik mengisytiharkan ahli teologi Kristian berdarah Czech, Jan Hus sebagai murtad. Susulan itu, Hus dibakar hidup-hidup pada salib sekaligus menimbulkan kemarahan para pengikutnya yang dikenali sebagai Hussite. Disebabkan mereka, ia turut membawa kepada pengenalan taktik peperangan kreatif yang dikenali sebagai wagenberg atau kubu bergerak.

Raja Sigismund

Susulan kematian Hus, Raja Hungary ketika itu Raja Sigismund yang mewarisi takhta Bohemia pada 1419 melihat kelompok ini sebagai satu ancaman kepada kedudukannya. Lantas, baginda melobi Paus ketika itu, Paus Martin V pada 1420 untuk menyokong tindakan baginda. Sigismund kemudiannya diberi kebenaran untuk melancarkan Perang Salib bagi memerangi golongan Hussite yang dianggap menyeleweng daripada ajaran gereja.

Di atas kertas, orang Hus dianggap lawan lemah oleh Sigismund. Ini kerana kebanyakan penyokong Hus terdiri daripada golongan petani biasa dan bukan golongan ada-ada. Tetapi mereka mempunyai ramai pemimpin tentera yang berkaliber – salah seorang daripadanya ialah Jan Zizka. Zizka kemudiannay bertanggungjawab memperkenalkan wagenberg yang mengubah sepenuhnya teater perang Eropah dan Timur Tengah untuk selama-lamanya.

Contoh wagensberg

Lebih seabad sebelumnya, kereta pedati lebih banyak digunakan sebagai kenderaan mengangkut bekalan termasuk makanan dan senjata. Selain itu, ia turut digunakan sebagai komponen kubu sementara bagi pasukan tentera. Tetapi Zizka menjadikan wagenberg untuk satu tujuan sahaja: memusnahkan pasukan tentera musuh dan mencetuskan huru-hara kepada formasi pihak lawan.

Bagi merealisasikan pembinaan kubu bergerak ini, Zizka mengarahkan setiap pedati yang membentuk wagensberg diperkukuhkan. Ini bertujuan untuk memastikan kubu bergerak ini tidak mudah ditembusi pihak musuh. Di setiap bahagian tepi wagensberg, terdapat lubang-lubang untuk pelbagai senjata yang digunakan dari kubu berkenaan. Ini termasuklah meriam tangan, busur silang dan galah panjang. Setiap wagensberg dikendalikan oleh pasukan seramai 20 orang.

Wagensberg diperkenalkan buat kali pertama di Sudomer pada 25 Mac 1420. Di atas kertas, kelebihan memihak kepada pakatan Salib yang diketuai Brenek of Sihov dengan kekuatan tentera dan kesatria seramai 2,000 orang. Tetapi Zizka memanfaatkan kelebihan muka bumi dan kekuatan wagensberg terhadap pihak lawan. Pertempuran Sudomer menyaksikan ramai tentera dan kesatria Salib terbunuh dengan Zizka dan orang-orangnya berjaya meloloskan diri tanpa dikesan pihak musuh.

Bagi peminat-peminat kisah pertempuran, kalian dipelawa membeli buku ini: https://thepatriots.store/store/books/ketenteraan/pertempuran-agung/

Sigismund yang murka selepas mendapat tahu kekalahan di Sudomer mengarahkan kepungan ke atas Prague yang dihuni kelompok Hussite dibuat pada Mei tahun sama. Kepungan itu menyaksikan 80,000 orang tentera dan kesatria digerakkan untuk mengepung kota berkenaan. Bagaimanapun, kelicikan Zizka menyaksikan mereka berjaya memaksa pihak musuh berundur dengan 400 hingga 500 orang kesatria dari pelbagai negara dan wilayah yang menyokong usaha Sigismund terbunuh.

Walaupun Zizka kemudiannya hampir mengalami kekalahan di Kutna Hora, itu langsung tidak mematahkan semangatnya untuk memburu angkatan perang Raja Hungary itu. Pada 1426 di Aussig, angkatan perang Salib seramai 13,000 orang sekali lagi ditewaskan oleh Zizka dan 11,000 orang tentera termasuk 500 buah wagensberg.

Kedudukan kubu-kubu bergerak ini terletak di atas bukit sekaligus memberi mereka peluang untuk mensasarkan pihak Salib yang cuba menyerang kedudukan mereka. Walaupun ada kesatria yang berjaya menembusi garisan wagensberg ini, mereka berdepan halangan pertahanan kedua iaitu tentera Hus yang dilengkapkan dengan perisai pavise (perisai berbentuk segi empat panjang).

Mereka yang berjaya menembusi bahagian pertahanan ini kemudiannya dibunuh atau dipaksa berundur oleh tentera berkuda Hus. Mengikut catatan sejarah, 4,000 orang tentera Salib terbunuh di Aussig dengan ramai memilih melarikan diri. Tentera dan kesatria yang melarikan diri ini kemudiannya ditangkap dan dibunuh oleh penduduk kampung-kampung berhampiran sebagai tindak balas terhadap pengisytiharan perang Sigismund terhadap penganut Kristian Hus seperti mereka.

Menjelang tahun 1430, aktiviti ketenteraan tentera Hus tidak lagi terhad sekitar Bohemia sahaja. Aktiviti ketenteraan mereka kini diperluaskan di Jerman, Austria, Hungary dan Poland. Bimbang gerakan mereka ini akan tersebar sehingga ke Perancis, wira Perancis ketika itu Joan of Arc memberi amaran sebarang pencerobohan akan ditentang dan dimusnahkan oleh beliau. Figura Perancis itu turut menggesa mereka agar meninggalkan ajaran Jan Hus yang dianggap menyeleweng daripada ajaran gereja sebenar.

Bagaimanapun, kempen tersebut turut menyaksikan perpecahan dalam kalangan orang Hussite. Kelompok yang sederhana dikenali sebagai Ultraquist terpaksa berdepan kumpulan Taborite dan Orebite yang lebih radikal. Pertembungan dua pihak ini mencapai kemuncak di Lipany pada 1434. Pihak Ultraquist pura-pura berundur dengan tujuan mengumpan tentera Taborite dan Orebite keluar dari wagensberg mereka.

Gambaran artis berkenaan Pertempuran Lipany

Sebaik menyedari pihak musuh termakan umpan mereka, pihak Ultraquist menyerang pihak lawan dengan tentera berkuda mereka. Ini mengakibatkan ramai orang Taborite dan Orebite terbunuh, cedera atau menjadi tawanan perang. Selepas itu, satu perjanjian damai dicapai antara Sigismund dengan pihak Hus yang dikawal Ultraquist pada 1436.

Bagaimanapun, baginda tiada niat untuk menghormati perjanjian yang dimeterai. Pada tahun-tahun terakhirnya sebagai Raja Hungary, Sigismund sudah merancang operasi ketenteraan baru untuk menghancurkan pihak Hussite. Tetapi manusia hanya mampu merancang tetapi Tuhan lebih berkuasa ke atas segala-galanya. Baginda mangkat pada 1437 dengan penggantinya hanya memerintah untuk tempoh yang singkat.

Peluang ini dimanfaatkan pihak Hussite untuk menubuhkan Gereja Reformasi Bohemia. Gereja ini kemudiannya menjadi pemain penting semasa gerakan Reformasi Kristian yang berlaku sekitar abad ke-15 dan ke-16 Masihi. Perkara ini tidak akan tercapai tanpa kelibat wagensberg mereka.

Gambaran Pertempuran Chaldiran antara Turki Uthmaniyah dengan Dinasti Safavid. Pertempuran ini menyaksikan wagensberg Uthmaniyah digunakan terhadap pihak musuh. Sumber: Amir Pashaei/CC BY-SA 4.0

Taktik ini kemudiannya ditiru oleh Turki Uthmaniyah pada pertengahan abad ke-15 sekaligus membantu mereka mengatasi lawan-lawan mereka seperti Hungary, Dinasti Safavid dan kerajaan Mamluk. Ini turut membantu meluaskan jajahan takluk mereka dengan sebahagian Iraq dan Iran di sebelah timur, Semenanjung Balkan di sebelah barat, timur Anatolia di sebelah utara dan Semenanjung Tanah Arab di sebelah selatan (termasuk Makkah dan Madinah).

RUJUKAN

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Ali, A. (2019, Januari). The Wagenburg: How wagons became a medieval weapon of war. Medievalists.net

C.L. Holmes, R. (2021, 14 Disember). THIS MOBILE FORTRESS WAS ALMOST UNBEATABLE. Historynet.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply