George Maxwell tiba di Alor Star pada 15 Julai 1909 untuk memikul tugas sebagai penasihat Inggeris pertama ke Kedah berikutan pertukaran kuasa empat negeri Melayu utara dari Siam (sekarang Thailand) ke Great Britain.
Sultan Abdul Hamid Halim Shah pada masa itu merasa risau dengan wabak penyak1t yang melanda negeri Kedah. Pada tahun 1907, 247 kem4tian akibat penyak1t taun direkod daripada 330 keseluruhan kes di Alor Setar dan Kedah. Pada bulan Februari hingga jun 1911, sebanyak 1211 kes direkod dan 966 kem4tian. Sehingga tahun 1913, sebanyak 2196 kes direkod dan menyebabkan 1502 kem4tian di seluruh negeri Kedah.
Semasa lawatannya ke ibu negeri Kedah, Maxwell menyatakan kebimbangannya apabila mengetahui bahawa bandar ini tidak mempunyai bekalan air bersih yang baik. Setelah mengetahui bahawa semua rakyat bergantung sepenuhnya kepada Sungai Kedah dan Sungai Anak Bukit untuk kegunaan harian mereka, dia tahu sesuatu perlu dilakukan untuk menambahbaik perkara itu. Kebergantungan penduduk terhadap sumber bekalan air tersebut telah menyebabkan para penduduk terdedah dengan penyak1t bawaan air seperti Cholera dan Dysentery (Mohd Firdaus Abdullah, Arba’iyah Mohd Noor, 2019)
Pada awal tahun 1911, Alor Setar dilanda banjir teruk yang menyebabkan wabak taun merebak. Penyak1t ini merebak ke Kulim, Krian, Kuala Muda dan Kepala Batas. Jangk1tan ini berpunca daripada mangsa banjir meninggalkan rumah dan mencari perlindungan di rumah saudara mara mereka.
Maxwell dan anggota Majlis Mesyuarat Negeri cepat bertindak balas terhadap musibah yang berlaku. Alor Star Sanitary Board ditubuhkan untuk meningkatkan standard kesihatan dan menamatkan wabak yang melanda. Kerajaan negeri mulai memberi perhatian terhadap keperluan membekalkan air bersih kepada penduduk Alor Star.
Selepas banjir surut, mereka yang berada di kampung kembali ke Kedah pada awal tahun 1914. Ini menaikkan semula kadar jangk1tan di Alor Setar. Bukan hanya rakyat jelata, orang British yang ada juga tidak terkecuali daripada terkena jangk1tan.
Seorang British yang bertugas sebagai penolong juruaudit A.G.W. Ward turut terkena wabak ini. Beliau yang telah berkhidmat di Kedah selama 18 tahun, meninggal dunia di Hospital Besar Alor Setar. Kemudian seorang pakar bedah dan pegawai penjara bernama Dr. A.L. Hoops telah dijang1iti. Isterinya turut positif jangk1tan namun keduanya pulih selepas itu.
Takut sejarah berulang, pemerintah negeri mengeluarkan Enakmen No. 124 (Vaksinasi) pada tahun 1913, yang mewajibkan semua anak, termasuk yang lahir dari tahun itu dan seterusnya, diberi vaksin secara percuma. Beberapa undang-undang lain seperti Undang-Undang Penyak1t Berjangkit (1896), Undang-Undang Menegah Penyak1t (1896), UndangUndang Vaksinasi (1899), Undang-undang Sanitasi (1906), Undang-Undang Jaga Kesihatan Diri (1906), Undang-Undang Kuarantin (1906) dan Pendaftaran Kelahiran serta Kem4tian (1907) turut diperkenalkan.
Penularan penyak1t taun semakin berkurangan sehingga tahun 1957. Ini hasil daripada penggunaan air bersih yang digunakan oleh rakyat berbanding air perigi dan telaga.
George Maxwell kemudiannya meninggalkan Kedah dan berkhidmat sebagai residen di Perak. Dia juga memegang reputasi yang baik terutamanya bab kesihatan awam dan pencegahan penyak1t. Maxwell seterusnya memegang jawatan sebagai ketua setiausaha Negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS) Selangor, Negri Sembilan, Perak dan Pahang.
Selain mengarahkan cabang kesihatan Jabatan Perubatan untuk memulakan pemeriksaan kebersihan sanitari di sekolah dan penubuhan rumah sak1t/dispensari, Maxwell menubuhkan tiga Jawatankuasa Penasihat untuk menangani penyak1t kelamin, kesejahteraan bayi dan tuberkulosis.
Penyak1t kelamin pertama kali dirawat secara berskala di Hospital Kuala Lumpur pada tahun 1923. Berikutan kejayaan klinik penyak1t kelamin pertama yang ditubuhkan di Jalan Sultan pada bulan Julai 1924 lebih banyak klinik dibuka selepas itu di Ipoh, Taiping, Seremban dan Klang.
Sebelum tahun 1920, kem4tian bayi di FMS sangat tinggi, iaitu satu dari empat kelahiran. Penyebab utamanya adalah kekurangan zat makanan ibu yang digabungkan dengan penyak1t lain seperti kolera, disenteri dan cirit-birit.
Kadar kelangsungan hidup mula bertambah baik dengan penubuhan Pusat Kebajikan Bayi di Kuala Lumpur, Ipoh, Taiping dan Seremban. Pusat-pusat tersebut diawasi oleh pegawai perubatan wanita, yang dibantu oleh tenaga kerja kesihatan British dan jururawat tempatan.
Di Kuala Lumpur, sebuah bas motor dibeli untuk mengangkut secara percuma wanita dan kanak-kanak dari kawasan terpencil dan miskin yang tidak mampu membayar kos perjalanan ke pusat kebajikan bayi.
Pada masa yang sama, jururawat akan datang ke rumah bayi yang baru lahir, dan melakukan pemeriksaan kesihatan pada ibu dan bayinya. Bekalan ubat dan makanan bernutrisi juga akan dibekalkan secara percuma.
Penambahbaikan hasil inisiatif Maxwell memberi inspirasi kepada Dr Hoops untuk memberi sumbangan lebih banyak kepada perkhidmatan kesihatan di Tanah Melayu.
Pada tahun 1906, apabila Dr.A. L. Hoops mengambil alih tugas sebagai Ketua Pegawai Perubatan Negeri, rekod-rekod perubatan mula diperkemaskan. Kesemua hospital telah diminta menyediakan rekod-rekod yang berkaitan dengan rawatan dan sebagainya
Sama seperti kes di Kedah, Dr Hoops mendapati bahawa banyak penduduk tempatan enggan menggunakan hospital kerajaan kerana alasan seperti tidak percaya terhadap perubatan British. Ini juga kerana khabar angin tentang penderaan, pengabaian pesakit, dan jarak yang jauh dan perlu berjauhan dengan keluarga. Cabaran yang paling sukar dihadapi oleh Dr Hoops adalah dia tidak mampu untuk mengubah persepsi orang bahawa hospital adalah tempat untuk m4ti.
Selain penduduk tempatan, hospital juga menerima aduan dari orang British yang tinggal di Malaya. Kontroversi meletus di kalangan mereka pada tahun 1927 ketika sebuah jawatankuasa pelawat melaporkan bahawa Hospital Umum Pulau Pinang hanya sebuah bangunan yang buruk, kakitangan yang tidak mencukupi serta peralatan yang tidak memuaskan.
Maxwell dan Dr Hoops meninggalkan perkhidmatan awam di Tanah Melayu setelah mereka bersara pada tahun 1926 dan 1930, tidak dapat dinafikan bahawa mereka memainkan peranan penting dalam kemajuan kesihatan awam.
RUJUKAN:
- Abdullah, Mohd & Mohd Noor, Arba’Iyah. (2019). The 20th Century Domestic Water Supply In Alor Setar, Kedah.
- Alan Teh Leam Seng (2019) How a 1911 cholera outbreak helped improve Msia’s health services, New Straits Times
- Mohd Abdullah, Arba’Iyah Mohd Noor (2019) Perlaksanaan Rancangan Bekalan Air Luar Bandar di Negeri Kedah, 1909-1957 , 2019: 55 – 67 (https://doi.org/10.17576/jatma-2019-0701-06)
- Sankar Arikrishnan (2020) Sejarah Perubatan Dan Kesihatan Di Kedah, 1882-1909, Sejarah: Journal of History Department, University of Malaya; No. 29 (1) 2020: 56-73; ISSN 1985-0611.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih