Tanyalah mana-mana peguam di serata dunia atau mana-mana pelajar jurusan undang-undang, kes Carlill lawan Carbolic Smoke Ball Co. merupakan kes pertama yang ditelaah di sekolah perundangan.
Bagi penulis, kes Carlill ini dizikirkan hampir setiap hari ketika menuntut selama 6 tahun ketika menuntut ijazah undang-undang. Laporan (judgement) kes ini memberi impak yang cukup besar dan ianya cukup popular sehinggakan pelbagai prinsip perundangan dilahirkan melalui kes ini yang menjadi rujukan Mahkamah kita sehingga hari ini.
Ceritanya bermula 128 tahun yang dahulu di kota London.
Di antara tahun 1889 – 1890, suatu pandemic wabak influenza telah mer4gut lebih daripada 1 juta mangsa terutama di Eropah. Ketakutan wabak influenza telah membuatkan ramai syarikat terutama syarikat chemist dan farmasi mengambil kesempatan menjual pelbagai ubatan bagi menyembuhkan penyakit flu influenza.
Salah satu syarikat farmasi yang terkenal pada zaman itu ialah Carbolic Smoke Ball Co. yang mana kedainya terletak di Oxford Street Road, London.
Carbolic Smoke Ball Co. telah mengeluarkan satu produk kesihatan yang diberi nama “Smoke ball” dan menyatakan di dalam iklan-iklan serata England bahawa Smoke Ball ini mampu menyembuhkan influenza dan pelbagai penyakit kronik yang lain.
Smoke Ball ini ialah bebola getah yang disertakan satu tiub. Didalam bebola itu diisi dengan asid carbolic (atau lebih dikenali sebagai phenol). Tiub itu kemudian akan disumbat pada lubang hidung dan apablila dipicit bebola getah itu akan merembeskan wap-wap yang kononya akan flush keluar segala virus-virus bahaya.
Carbolic Smoke Ball Co. telah mengiklankan produk mereka di Pall Mall Gazzette, surat khabar paling terkenal di England dan pada 13 November 1891, mereka menawarkan sehingga £100 (bersamaan £12,000 / MYR63,000 hari ini) jika mana-mana pesakit tidak sembuh daripada influenza selepas menggunakan produk mereka.
Untuk menunjukkan mereka serius dan ikhlas, syarikat Carbolic Smoke Ball Co telah mendepositkan cagaran sebanyak £1000 di Alliance Bank di Regent Street (bank ini masih ada disitu sehingga hari ini).
Melalui pengiklanan ini, Smoke Ball mereka terjual beratus ribu unit termasuk di pasaran Eropah.
Pada suatu petang yang hening, Miss Louisa Elizabeth Carlill (“Miss Carlill”) yang menghidap influenza terbaca iklan ini dan beliau telah membeli Smoke Ball tersebut. Beliau telah menggunakan Smoke Ball itu sebanyak 3 kali sehari selama dua bulan sehinggalah pada 17 January 1892, Miss Carlill masih belum sembuh daripada penyakit influenza. Beliau rasa tertipu dan ingin menuntut £100 daripada syarikat Carbolic Smoke Ball Co.
Syarikat tersebut tidak mengendahkan tuntutan Miss Carlill. Syarikat tersebut siap gelarkan Miss Carlill sebagai scammer dan membuat tuntutan palsu. Kebetulan suami Miss Carlill seorang peguam, beliau telah membawa tuntutan ini ke mahkamah. Kerana tiada akta pada ketika itu untuk melindungi pengguna, Miss Carlill telah buat pertama kalinya membawa tuntutan ini dibawah tuntutan pelanggaran kontrak.
Penulis tidak berhajat untuk nukilkan hujah-hujah kedua-dua pihak kerana subjeknya amat berat untuk dihadam. Kerana tuntutan £100, dapat disimpulkan kes ini telah melahirkan prinsip undang-undang kontrak yang ulung iaitu prinsip-prinsip perundangan berikut:
- Iklan yang dibuat kepada masyarakat umum bukanlah suatu tawaran untuk membeli. Tetapi ia adalah suatu jemputan kepada masyarakat umum untuk masuk membuat tawaran. Ini dikenali sebagai prinsip “invitation to treat / invitation to make an offer”. Prinsip ini terguna pakai sehingga hari ini. Iklan-iklan kita tengok bukanlah “tawaran” atau “offer” daripada penjual. Tetapi hanya “jemputan” sahaja. Jika kita membeli, kita adalah pihak yang membuat “tawaran”. Keliru kan?
- Kes ini melahirkan prinsip bahawa kontrak boleh terbentuk dan terikat walaupun dibuat sebelah pihak (unilateral offer) dan dibuat kepada masyarakat umum. Akad akan tercipta jika sesiapa sahut tawaran tersebut.
Miss Carlill memang kes saman tuntutan ini. Pengakhiran cerita ini, Miss Carlill hidup sehingga umur 92. Ironinya beliau meninggal tahun 1942 kerana satu sebab, iaitu Influenza!
Yang menariknya lagi tentang kes ini, peguam yang mewakili syarikat Carbolic Smoke Ball, Mr. Asquith, telah memasuki dunia politik dan seterusnya menjadi perdana menteri United Kingdom.
Nasib syarikat Carbolic Smoke Ball Co pulak bagaimana? Kerana makin banyak tuntutan daripada masyarakat umum, Carbolic Smoke Ball Co telah jatuh bankrap. Pemiliknya, Mr. Roe Frederick telah membuka syarikat liability terhad dan menyambung modus operandi yang sama tetapi dengan £200.00 reward kepada mereka yang tidak sembuh.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih