Wabak p3nyakit yang melanda Dinasti Han sewaktu rakyat sedang berhadapan dengan perpecahan dan gel0ra politik dalaman telah melemahkan Dinasti Han. Para pegawai kerajaan gagal untuk menjaga kestabilan politik lantas menyebabkan rakyat berada di luar kawalan, maka oleh kerana beberapa pegawai tertentu memiliki kuasa dan pengaruh yang terlalu kuat, ia menyebabkan berlaku p3cahan kuasa-kuasa yang pada akhirnya membawa kepada kej4tuhan Dinasti Han.
Dinasti Han runtuh kerana dua sebab utama, iaitu wabak penyaki!t dan masalah dalaman yang tidak dapat dikendalikan dengan baik oleh kerajaan. Masalah yang tidak dapat ditangani oleh kerajaan adalah kebangkitan di kalangan rakyat melalui pembentukan paksi atau pakatan. Manakala satu lagi masalah besar ialah isu pengagihan tanah. Jika hendak telusuri punca Dinasti Han dilanda wabak ini, ia nya telah lama bermula dari Empayar Rom, dan Rom lah yang bertanggungjawab membawa dan menyebarkan wabak ke China tanpa sengaja.
Walaupun Dinasti Han dan Empayar Rom mempunyai banyak punca yang sama yang membawa kepada kemer0sotan mereka, seperti wabak penyak!t, mereka mempunyai banyak faktor utama yang berbeza antara satu sama lain. Antaranya pengkh!anatan dalaman, dominasi kuasa oleh para sida-sida dan ketidak mampuan mereka untuk menghaIangnya, manakala Rom pula kerana ketidak stabilan politik mereka dan pentadbiran yang k0rup.
PukuIan dahsy4t ini mendorong Dinasti Han hingga hampir 3 abad dalam kekacau4n, tetapi akhirnya mereka pulih dengan mempraktikkan cara kaedah birokrasi. Pemerintahan kerajaan Rom pula terlalu mengutamakan kemewahan penguasa berbanding memastikan Empayar kekal stabil, dengan itu mereka terpaksa berhadapan dengan kesukar4n yang lebih besar. Kervntuhan Han tidak membawa begitu banyak kesan besar seperti yang berlaku pada Rom iaitu kejatvhan Rom memisahkan Mediterranean menjadi tiga zon.
Pakatan Di Kalangan Rakyat
Pakatan melalui blok kumpulan tertentu berlaku antara keluarga-keluarga kaya yang mengukuhkan hubungan politik melalui ikatan perkahwinan. mereka akan membentuk rangkaian di antara ahli keluarga.
Tujuannya hanyalah untuk mencari pengaruh kepimpinan supaya dapat menjawat kedudukan tertinggi dalam struktur pentadbiran kerajaan, dan situasi ini menyebabkan sentiasa ada pihak lain yang perlu dijatvhkan demi memenuhi kehendak seseorang, dalam istilah politik orang Melayu dikenali sebagai ‘cant4s’ atau ‘cah keting’. Perg3seran sebegini mengakibatkan d3ndam sesama pegawai-pegawai kerajaan dan berlaku pergadvhan besar yang tidak terkawal.
Pengagihan Tanah
Satu lagi masalah yang perlu kerajaan hadapi adalah rancangan pembahagian tanah secara sama rata. Walau bagaimanapun, rancangan ini tidak berjalan seperti yang diharapkan.
Antara faktornya ialah kejatvhan Wang Mang selaku ‘Maharaja’ Dinasti Xin yang dianggap sebagai ‘Dinasti Sep3nggal’ dari 9-23 Masehi, dia sebelum itu hanyalah seorang menteri biasa Dinasti Han yang kemudian melakukan r4mpasan kuasa namun kemudian dia dijatvhkan oleh Maharaja Liu Xiu dari dinasti Han Timur, ia menyebabkan Dinasti Han berjaya dikembalikan namun terpisah kepada dua bahagian iaitu Dinasti Han dan Han Timur.
Oleh kerana Wang Mang yang merangka perancangan agihan tanah ini, maka selepas kejatvhannya, pelan ini tidak berjalan dengan baik, apabila tanah itu diberikan kepada rakyat miskin dan petani, golongan miskin tidak dapat menguruskan tanah dengan baik kerana kekangan modal dan tiada kepakaran teknikal dalam menguruskan tanah sekaligus menyebabkan keadaan bertambah buruk.
Wabak dan Pemberontakan
Semasa abad kedua dan ketiga masehi, dinasti Han dan Empayar Rom menghadapi wabak peny4kit-penyak!t ep!demik yang serius dan berskala besar. Peny4kit yang paling memvsnahkan pada saat itu adalah cacar air dan virus d3mam campak.
Wabak ini memasuki China lebih lewat berbanding Rom kerana ia dibawa melalui kemasukan para diplomat dan pedagang Rom ke China, pada tahun 200, Dinasti Han mempunyai populasi penduduk seramai 60 juta, kemudian pada tahun 400 sekitar 200 tahun selepas kervntuhan dinasti Han, China dicatatkan telah kehilangan seramai lebih kurang 10 juta orang rakyat.
Pemberontakan
Perkembangan semasa dan pengenalan polisi-polisi baharu dalam isu pengagihan tanah menyebabkan golongan kaya dan para bangsawan menjadi sangat marah. Kerana kerajaan mengambil tanah mereka untuk diberi kepada petani miskin. Maka orang-orang kaya ini bertindak membentuk pasukan tentera kecilan.
Mereka memaksa kerajaan untuk menekan rakyat dengan kenaikan cukai yang tinggi. Rakyat yang miskin dari kelas petani merasa bagai dipermainkan lalu member0ntak. Dari kejadian ini lah bermulanya kisah penting yang menjadi permulaan kepada Hikayat Tiga Kerajaan iaitu Pember0ntakan Serban Kuning.
Pember0ntakan Serban Kuning sebenarnya memainkan peranan yang amat besar dalam kejatvhan Dinasti Han walaupun pember0ntakan dapat dipatahkan dan Dinasti Han hanya jatuh pada tahun 220, gerakan mereka telah melemahkan kerajaan sehingga berlaku begitu banyak perp3cahan dalam pentadbiran kerajaan yang mencetuskan perkembangan pesat paksi-paksi yang dipimpin ‘warlords’ berpengaruh.
Menjelang tahun 190, Maharaja Han yang terakhir, Maharaja Xian (Liu Xie) hanyalah dijadikan boneka semata-mata oleh Dong Zhuo, disusuli oleh Li Jue dan Guo Si, dan diakhiri pender!taan Maharaja m4lang itu di tangan Cao Cao. Ia kerana yang paling berkuasa pada waktu itu adalah para panglima tentera, dengan Cao Cao yang paling berkuasa semasa tempoh memegang jawatan Perdana Menteri.
Para panglima akan berpihak kepada pemilik tanah yang kaya dan menganggap mereka sebagai “warlord” di kawasan masing-masing sehingga terbentuk tiga kerajaan berbeza dan saling mem3rangi sesama mereka, namun begitu mereka terus mengiktiraf kedudukan Maharaja pada tahun 220.
Ini kerana bagi mereka, (kecuali pihak Shu-Han yang berketurunan diraja Han) , mengawal seorang Maharaja sebagai boneka adalah jauh lebih bermanfaat berbanding meramp4s takhta Maharaja sepenuhnya, justeru, tempoh perpecah4n tiga kerajaan ini berakhir dengan terbubarnya Dinasti Han setelah Cao Pi memaksa Maharaja Xian menyerahkan takhta.
Kesimpulannya, walaupun kedua-dua tamadun Rom dan Han mempunyai cabaran yang sangat besar untuk dilepasi, Dinasti Han sekurang-kurangnya mampu memulihkan keadaan mereka dengan mudah manakala Rom melalui waktu yang lebih sukar memandangkan kemvsnahan mereka akibat dari kepincangan politik yang hampir mustahil untuk pulih kerana kerajaan itu merupakan asas kepada pembangunan tamadun-tamadun yang seterusnya.
RUJUKAN:
STMU History Media (The Invisible Traveler: Disease on the Silk Roads)
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih