Semasa era pemerintahan Umar bin al-Khattab r.a, usaha perluasan kuasa Khulafa al-Rashidin sedang rancak berjalan. Semasa tempoh itu, lebih 4,000 kota jatuh ke tangan kerajaan itu termasuk Syam, Mesir, timur Anatolia, Bactria dan Parsi. Bagaimanapun, untuk tahun 638 dan 639, umat Islam di Syria-Palestin diuji dengan satu wabak yang dikenali sebagai wabak Amwas.
Mungkin ada menyangka wabak Amwas ini ialah penyakit baru tetapi hakikatnya, ia sebenarnya wabak bubonik. Wabak ini turut dikenali sebagai wabak Justinian selepas muncul pada pertengahan abad kelima Masihi dan menghantui dua kerajaan iaitu Rom dan Parsi. Walaupun angka orang yang terbu.n.uh akibat wabak ini tidak diketahui, yang pasti ia tersebar di rantau Mediterranean, Asia Tengah, Afrika Utara dan Eropah semasa tempoh berkenaan. (Dols, 1974)
Selepas berjaya menamatkan an.ca.man golongan murtad dan nabi palsu di Semenanjung Tanah Arab, perhatian khalifah pertama Khulafa al-Rashidin, Abu Bakar as-Siddiq r.a kini beralih kepada Rom dan Parsi. Bagi menjayakan usaha perluasan kuasa di Syria-Palestin, tugas diserahkan kepada Amru bin al-As, Yazid bin Abu Sufian, Shurahbil bin Hasanah dan Abu Ubaidah bin al-Jarrah r.a. Usaha tersebut diteruskan Umar r.a selepas Abu Bakar wafat pada Ogos 634. (Donner, 2014)
Wabak Amwas diberi nama sedemikian sempena nama sebuah bandar iaitu Amwas di Palestin. Amwas atau Emmaus Nicopolis jatuh ke tangan pasukan Negara Islam Madinah (NIM) tidak lama selepas umat Islam berjaya mengatasi pihak Rom di Ajnadyn (634) atau Yarmouk (636). Semasa wabak ini tercetus, ia berperanan sebagai markas utama ten.te.ra di mana urusan pembahagian ghanimah dan pembayaran gaji dibuat. (Luz, 2009)
Ramai sejarawan percaya wabak ini tercetus selepas wilayah ini dilanda kemarau teruk selama sembilan bulan sehingga ia digelar Tahun Abu oleh orang-orang Arab. (Donner, 2014) Akibat kemarau ini, banyak kampung dan kota ketika itu berdepan masalah kebuluran sehingga melemahkan sistem imuniti penduduk. Selain itu, tindakan mereka menyimpan lebihan makanan dalam gudang mengundang kehadiran haiwan perosak seperti tikus sebelum membawa jangkitan kepada populasi manusia sekitarnya. (Dols, 1974)
Tatkala wabak Amwas melanda Syria ketika itu, Semenanjung Tanah Arab baru saja pulih daripada krisis kebuluran pada tahun 638. Sebaik mendapat tahu apa yang berlaku, Umar berangkat ke Sargh dan mengadakan mesyuarat bersama para pemimpin dan komander-komander ten.te.ra Syam. Dan para pemimpin mempunyai pandangan berbeza tentang isu wabak Amwas ini.
Kelompok pemimpin Muhajirin dan Ansar berhujah pasukan ten.te.ra tidak sepatutnya meninggalkan kawasan yang dilanda wabak tetapi pandangan tersebut kurang dipersetujui beliau. Seterusnya bila Umar merujuk hal ini kepada pemimpin-pemimpin berdarah Quraisy, mereka merasakan lebih molek sekiranya pasukan ten.te.ra berundur dari kawasan wabak.
Begitupun, cadangan tersebut ditolak Abu Ubaidah bin al-Jarrah r.a atas alasan ia bertentangan dengan hadis Rasulullah s.a.w. Beliau merujuk kepada hadis ini mafhumnya, ”Apabila kamu mendengarnya (wabak) di sesuatu tempat, maka janganlah kamu pergi ke situ. Dan apabila ia berlaku di tempat kamu, maka janganlah kamu keluar lari daripadanya.” (Riwayat Muslim) Selepas menimbang semua cadangan, Umar r.a mengarahkan angkatan Abu Ubaidah bergerak ke kawasan yang lebih menyihatkan sebelum bertolak pulang ke Madinah. (Dols, 1974)
Jabiya dipilih sebagai lokasi baru markas ten.te.ra Islam di mana ia terletak di kawasan tanah tinggi Hauran. Disebabkan iklimnya yang nyaman dan segar, ia turut berperanan sebagai sanatorium untuk merawat ten.te.ra-ten.te.ra yang dijangkiti wabak Amwas dan sebagai pusat pengagihan ghanimah dari operasi-operasi keten.te.raan lepas. (Shahid, 2002)
Umar r.a berhasrat untuk memanggil pulang Abu Ubaidah r.a dengan beliau dilihat calon sesuai sebagai penggantinya. Bagaimanapun, Abu Ubaidah r.a menolak permintaan sahabat lamanya itu atas alasan tidak mahu meninggalkan anak-anak buahnya berdepan cabaran wabak dan mematuhi hadis yang dinyatakan di atas. Dan itu membawa kepada kewafatannya pada tahun 639 di Jabiya dengan Muaz bin Jabal r.a dipilih sebagai pengganti. (Dols, 1974)
Begitupun, Muaz juga kembali ke hadrat Ilahi bersama seluruh keluarganya akibat jangkitan wabak Amwas. Dua lagi komander ten.te.ra yang dipilih sebagai pengganti turut terko.rb.an iaitu Yazid bin Abu Sufian r.a dan Shurahbil bin Hasanah r.a. Selain mereka, ramai sahabat Nabi s.a.w turut menjadi mangsa wabak seperti sepupu baginda Fadl bin Abbas r.a, al-Harith bin Hisham r.a, Suhail bin Amru dan puteranya Abu Jandal r.a. (Dols, 1974)
Saki-baki ten.te.ra Islam yang terselamat berjumlah 4,000 orang dipimpin oleh Amru bin al-As dengan sebahagian daripada mereka kemudiannya membentuk ketum.bu.kan kempen Mesir pada Disember 639. Berdasarkan angka yang direkodkan sejarawan-sejarawan Islam, 24,000-25,000 orang ten.te.ra terbu.nu.h akibat wabak dengan kema.ti.an membabitkan orang awam tidak diketahui. (Dols, 1974)
Impak jangkitan wabak ini amat signifikan untuk tahun-tahun mendatang. Pertama, perlantikan Muawiyah bin Abi Sufian r.a sebagai Gabenor Syam oleh Umar r.a. Perlantikan ini membuka jalan kepada penubuhan kerajaan Bani Umayyah oleh beliau pada tahun 661. Ia tidak akan tercapai tanpa bantuan kabilah-kabilah Arab Syam seperti Bani Kalb yang memilih untuk berkecuali semasa pihak Rom dan NIM bertembung di medan pe.ra.ng. (Jandora, 1986)
Selain itu, kekurangan penduduk di Syam akibat wabak mendorong lebih ramai orang Arab berhijrah dan membina kehidupan baru bersama masyarakat tempatan terutama semasa era Bani Umayyah. Langkah ini terpaksa dibuat bagi memastikan aktiviti pertanian dan penternakan di kawasan luar bandar terus aktif sekaligus menjamin bekalan makanan untuk kerajaan ketika itu. Polisi ini dilihat sebagai satu pengecualian kerana di wilayah-wilayah baru NIM seperti Iraq, penduduk lebih tertumpu kepada bandar-bandar garison yang diwujudkan. (Bray, 2004)
Wabak Amwas terus menjadi mimpi ngeri populasi Syria dan Palestin untuk setiap dekad antara 688/689 hingga 744/745. Antara yang menjadi mangsa wabak ini ialah sesetengah pemerintah Bani Umayyah sendiri iaitu Muawiyah bin Yazid (Muawiyah II), Marwan bin al-Hakam, Abdul Malik bin Marwan dan Sulaiman bin Abdul Malik. (Dols, 1974)
Ini menyebabkan para pemerintah Bani Umayyah ketika itu terpaksa bersemayam di istana-istana padang pasir mereka sekiranya wabak melanda. Misalnya, Khalifah Hisham bin Abdul Malik memilih bersemayam di istananya di Rusafah daripada kekal di Damsyik pada musim panas. Ini kerana menurut baginda, Rusafah dilihat menawarkan pesekitaran menyamankan dan bebas daripada gangguan wabak. (Dols, 1974)
Disebabkan wabak Amwas yang terus mengucar-kacirkan pertumbuhan populasi Syria-Palestin, ramai orang Arab memilih berhijrah ke sebelah timur termasuk Khurasan. Ini menyebabkan pertumbuhan penduduk yang tidak seimbang di wilayah-wilayah berkenaan sekaligus membawa kepada kemunculan gerakan Bani Abbasiyyah dan kejatuhan Bani Umayyah pada tahun 750. (Dols, 1974)
Menurut sejarawan Laurence Conrad, pada akhir kitaran wabak ini, Bani Umayyah tidak mempunyai kekuatan untuk mengawal wilayah-wilayah di sebelah timur. Dan beliau percaya wabak Amwas menjadi penyumbang penting kepada kejatuhan mereka dan kejayaan penubuhan kerajaan Bani Abbasiyyah dengan Abu Abbas al-Saffah sebagai khalifah pertama dinasti berkenaan. (Bray, 2004)
RUJUKAN:
Donner, F.M. (2014). The Early Islamic Conquests. Princeton University Press. Halaman 215, 245.
Shahid, I. (2002). Byzantium and the Arabs in the Sixth Century. Dumbarton Oaks and Research Library and Collection. Halaman 101.
Dols, M.W. (1974). Plague in Early Islamic History. Journal of the American Oriental Society. Halaman 371-383.
Luz, N. (2009). The Construction of an Islamic City in Palestine. The Case of Umayyad al-Ramla. Journal of the Royal Asiatic Society. Halaman 30-31.
Bray, R.S. (2004). Armies of Pestilence: The Impact of Disease on History. Cambridge: James Clarke & Co. Halaman 40-41.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih