‘Content Creator’ adalah profesion baharu yang kini semakin mendapat tempat di dalam landskap tenaga kerja dunia moden, sejajar dengan kewujudan platform-platform digital yang membekalkan pelbagai jenis perkhidmatan berasaskan teknologi.
Platform YouTube misalannya, sudah menyediakan dimensi baharu di dalam aplikasi teknologi menerusi segmen ‘Online Video-Sharing’ sejak dari tahun 2005. Model perniagaan YouTube digerakkan oleh jutaan ‘Content Creator’ yang berasal dari seluruh pelosok dunia.
Menurut statistik terbitan tubics.com, YouTube memiliki 38 juta akaun saluran (channel) yang berdaftar setakat tahun 2020. Kesemua saluran tersebut dimiliki oleh ‘Content Creator’ yang pelbagai, dan kita gelarkan mereka sebagai seorang ‘YouTuber’.
Pun begitu, tidak ada sebarang data rasmi yang komprehensif dikeluarkan oleh pihak YouTube sendiri mahupun mana-mana badan pengkaji lain berkenaan dengan perincian berkaitan 38 juta ‘channel’ tersebut.
Semua ‘channel’ yang ada di YouTube terdiri daripada pelbagai kategori, antaranya; kategori ‘channel’ yang dimiliki secara individu (YouTuber), jenama, syarikat, entiti pendidikan, NGO, kelab sukan, rancangan TV, pembikin animasi, hiburan, dan pelbagai lagi.
Setakat bulan November tahun 2020, terdapat lebih daripada 230 000 ‘channel’ yang memiliki 100 000 orang ‘subscriber’.
Kira-kira 10% daripadanya atau lebih 22 000 ‘channel’ telah mencatatkan jumlah ‘subscriber’ melebihi 1 juta orang. Angka ini amat jauh berbeza jika dibandingkan dengan jumlah ‘channel’ (melebihi 1 juta) yang direkod pada tahun 2016 iaitu 2000 ‘channel’.
Daripada jumlah itu, hanya 700 ‘channel’ sahaja yang sudah berjaya melepasi angka 10 juta orang ‘subscriber’, di samping 3 buah ‘channel’ yang kini menjadi ‘benchmark’ baharu dengan angka melebihi 100 juta ‘subscriber’.
Berdasarkan carta YouTuber (kategori individu) yang paling terkenal di dunia setakat bulan Januari 2021, channel ‘PewDiePie’ milik Felix Kjellberg kelahiran United Kingdom telah dinobatkan sebagai YouTuber yang memiliki jumlah ‘subscriber’ tertinggi di dunia dengan rekod seramai 108 juta orang.
Channel ‘PewDiePie’ diekor rapat oleh lima ‘channel’ milik Youtuber yang berasal dari negara Amerika Syarikat, iaitu ‘Kids Diana Show’ (73.2 juta), ‘LikeNastya’ (67.9 juta), ‘Vlad and Niki’ (61.5 juta), ‘Dude Perfect’ (54.9 juta) dan ‘MrBeast’ (51.6 juta).
Dalam pada itu, YouTuber yang paling terkenal di Benua Asia ialah ‘Carry Minati’. Beliau berasal dari India, dan berada di tangga ke-20 dunia dengan jumlah ‘subscriber’ seramai 28.4 juta orang. Diikuti ‘Shfa’ dari UAE (28 juta), dan ‘Atta Halilintar’ dari Indonesia (26.2 juta).
Jika dirangkumkan keseluruhan kategori YouTuber, channel ‘T-Series’ merekodkan jumlah ‘subscriber’ tertinggi di dunia dengan rekod sebanyak 170 juta orang, diikuti ‘PewDiePie’ (108 juta), ‘Cocomelon – Nursery Rhymes’ (104 juta), ‘SET India’ (94.8 juta), ‘Kids Diana Show’ (73.2 juta) dan ‘5-Minute Crafts’ (70.7 juta).
Semestinya pendapatan yang diraih menerusi YouTube adalah amat lumayan, sepertimana yang pernah dikongsikan oleh beberapa orang YouTuber paling terkemuka di Malaysia. Walau bagaimanapun, bukan mudah untuk menerima ‘paycheck’ dari pihak YouTube.
Menurut laporan dari Sinar Harian, terdapat tiga syarat paling utama untuk melayakkan seseorang YouTuber meraih pendapatan menerusi perkongsian video di ‘channel’ mereka. Pertamanya, seseorang YouTuber perlu memiliki jumlah minimum ‘subscriber’ seramai 1000 orang terlebih dahulu.
Setelah itu, mereka perlu meraih jam tontonan minimum selama 4000 jam daripada video-video yang telah dimuatnaik (upload), menurut perkongsian saudara Jafar Darma, pemilik channel ‘Brojep Share’ yang kini sudah mencapai angka 158 000 ‘subscriber’.
Kedua-dua syarat ini kemudiannya melayakkan seseorang YouTuber untuk bergerak ke peringkat seterusnya, iaitu memperoleh pengesahan daripada pihak YouTube agar akaun ‘channel’ mereka diterima masuk ke dalam ‘YouTube Partner Program’.
Tambah beliau, anggaran bayaran yang diterima oleh YouTuber Malaysia dari pihak Google Adsense ialah sebanyak RM3.77 hingga RM7.12 untuk setiap 1000 tontonan. Jika video-video mereka berjaya mendapatkan 1 juta tontonan, mereka boleh meraih pendapatan sebanyak RM4000 hingga RM5000 sebulan.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih