Baru-baru ini pada Isnin lepas, kita dikhabarkan tentang virus Korona hibrid pertama bernama ‘Deltacron’. Dikatakan virus ini lahir hasil pasangan virus varian Delta dan Omnicron.
Namun para pakar menyatakan sebaliknya, bahawa virus ‘hibrid’ yang ditemui dalam makmal Cyprus sebenarnya bukan virus baru yang digempar-gempurkan. Virus ini ‘lahir’ akibat pencemaran berlaku dalam makmal tersebut.
Menurut laporan dari makmal Cyprus, virus ‘hibrid’ ini mempunyai latar belakang genetik dari varian Delta bersama varian Omnicron yang dimutasi. Sebenarnya, penggabungan kedua-dua virus varian berbeza melalui proses genetik boleh terjadi namun jarang berjaya. Dalam kes virus ‘hibrid’ ini, saintis tidak beranggapan virus ini adalah virus yang dihibrid.
Menurut Tom Peacock, ahli virologi dari jambatan penyakit berjangkit di Imperial College London, jujukan DNA virus ‘Deltacron’ terang-terang dicemar. Manakala menurut Jeffrey Barrett iaitu ketua inisiatif COVID-19 Genomics, lokasi jujukan DNA virus yang dimutasi ini sebenarnya bahagian genom yang terdedah kepada kesilapan proses penjujukan. Jadi, virus ‘Deltacron’ ini tidak digabung secara biologi antara varian Delta dab Omnicron.
Minggu lalu, terdapat laporan tentang kelahiran virus ‘flurone’ dan ‘flurona’ akibat gabungan virus flu dan koronavirus namun laporan ini ditolak oleh World Health Organization (WHO).
Tambahan lagi, Maria van Kerkhove iaitu ahli epidemiologi dari WHO menyatakan bahawa tiada lagi penggabungan kedua-dua virus varian secara semula jadi. Beliau menasihati bahawa berhenti sebarkan berita virus ‘hibrid’ tanpa pengesahan dari saintis sendiri.
Sejak wabak COVID-19 melanda dunia dari 2 tahun lepas hingga kini, WHO telah senaraikan 4 jenis varian virus yang harus diperhatikan: Alpha, Beta, Delta, dan Omnicron.
RUJUKAN:
‘Deltacron’ Hybrid Virus Almost Certainly Doesn’t Exist, Scientists Say. Science Alert. Published on 11 January 2022.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih