Sekumpulan penyelidik dari Universiti Southampton mendapati virus Covid-19 memasuki badan manusia dengan menyamarkan diri mereka dengan gula. Dapatan mereka mendapati virus Covid-19 memasuki badan manusia tanpa dikesan dengan menjadikan sejenis gula yang dipanggil glycan sebagai perisai.

Rajah 1: Model koronavirus Sars-CoV-2 dan bagaimana ia memasuki tubuh manusia yang dihasilkan oleh penyelidik-penyelidik Universiti Southampton. Sumber: https://www.independent.co.uk/news/health/coronavirus-scientists-university-of-southampton-sugar-coating-wolf-a9455616.html

Tetapi tidak seperti virus-virus lain (contoh HIV), virus Covid-19 tidak dilindungi dengan baik oleh glycan. Maklumat sebegini memberi harapan kepada para penyelidik terutama saintis-saintis yang giat menjalankan kajian vaksin Covid-19.

Menurut Profesor Max Crispin, virus Covid-19 melekat pada duri-duri glycan untuk melekat pada sel-sel manusia sebelum memasuki tubuh individu yang dijangkiti. Lapisan ini membolehkan virus itu menyembunyikan kandungan protein viralnya dari dikesan sistem imuniti badan.

Tambahnya lagi, “Salah satu penemuan utama dari kajian kami ialah walau seberapa banyak lapisan glycan yang digunakan virus Covid-19, ia masih tidak mendapat perlindungan tinggi berbanding virus-virus lain.” Manakala virus seperti HIV berjaya melepasi sistem imuniti manusia dengan lapisan glycan yang tebal.

Penemuan ini turut menunjukkan perilaku virus Covid-19 sebagai virus bersifat langgar dan lari yang bermaksud ia boleh bergerak cepat dengan menjangkiti dari seorang individu kepada seseorang yang lain. Berikutan ketebalan lapisan glycan yang rendah, ini mengurangkan halangan kepada sistem imuniti untuk menghapuskan virus dari badan.

Berita ini merupakan sesuatu yang menggembirakan dan memberi lebih banyak harapan kepada saintis-saintis yang giat menyelidik vaksin-vaksin Covid-19 yang berpotensi diperkenalkan kepada orang ramai dalam tempoh 12 hingga 18 bulan akan datang.

RUJUKAN:

Sullivan, Rory. (2020). ‘Wolf in sheep’s clothing’: Scientists discover how coronavirus tricks its way into body. The Independent. https://www.independent.co.uk/news/health/coronavirus-scientists-university-of-southampton-sugar-coating-wolf-a9455616.html

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.