Abu Hurairah r.a. meriwayatkan pada satu ketika, Rasulullah s.a.w menceritakan kisah seorang lelaki yang kehausan selepas berjalan lama. Selepas menjumpai sebuah perigi, dia memanjat turun ke dalam perigi untuk minum air perigi tersebut. Tetapi sebaik saja dia keluar, si lelaki melihat gelagat seekor anjing yang menjulurkan lidahnya kerana kehausan. Lantas, dia berkata,
“Anjing ini mesti kehausan seperti aku tadi.” Lalu, si lelaki turun semula ke dalam perigi, mengisi air dengan kasut dan membawanya naik untuk memberi minum kepada anjing itu. Setelah itu, dia melafazkan kesyukuran kepada Allah s.w.t lantas Dia memberi pengampunan terhadapnya. Para sahabat yang mendengar kisah itu bertanya,
“Wahai Rasulullah, apakah kita akan mendapat pahala dengan berbuat baik kepada haiwan?” Lantas baginda menjawab, “Terhadap setiap makhluk bernyawa diberi pahala.” (Riwayat Bukhari)
Hadis ini mengingatkan umat Islam agar berlaku baik kepada haiwan walau di mana saja kita berada. Dan bagi sesiapa yang membaca kisah yang dibawa seorang wanita bernama Gillian Rogers ini, ia bukan sekadar manifestasi perlakuan baik insani tetapi juga manifestasi perikemanusiaan.
Pada Jun tahun lepas, Rogers dalam perjalanan pulang ke kediamannya menggunakan keretapi bawah tanah New York City. Sedang dia duduk, tiba-tiba Rogers terlihat seorang lelaki sibuk memberi minum seekor anak kucing dengan botol susu kecil. Dan si kecil itu berada di pangkuannya beralaskan sehelai tuala.
Dalam satu temubual bersama portal The Dodo, melihat adegan tersebut membuatkan Rogers merasa gembira. Ini kerana adegan sebegitu menunjukkan masih ada manusia yang berjiwa penyayang terhadap binatang.
Tidak mahu tertanya-tanya tentang identiti lelaki tersebut, Rogers menghampirinya dan bertanya bagaimana dia menjumpai anak kucing itu. Lalu lelaki itu menceritakan dia terjumpa si kecil itu bersendirian antara dua buah bangunan. Tidak mahu membiarkan anak kucing itu bersendirian di luar, dia memilih menyelamatkan anak kucing tersebut dan memberinya susu.
Apabila keretapi berhenti di stesen yang dinantikan Rogers, dia meminta diri untuk pulang sebelum sempat bertanyakan identiti lelaki tersebut. Walaupun berpisah sebagai orang asing, adegan tersebut memperbaharui keyakinannya terhadap kemanusiaan.
Sejak dinaikkan ke laman media sosial, gambar-gambar tersebut menjadi tular dalam masa pantas. Siapa sangka, sikap perikemanusiaan orang yang tidak dikenali boleh memberi impak besar kepada dunia.
RUJUKAN:
Messenger, S. (2020). Man Spotted With Tiny Kitten On Subway Is Restoring People’s Faith In Humanity. The Dodo.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih