Agak-agaknya siapa orang Eropah pertama yang menemui benua Amerika? Christopher Columbus? Yeke? Betulkah? Yakinnya kamu. Kalaulah soalan ini ditujukan kepada aku yang berusia 17 tahun dahulu, sudah tentu aku akan menjawab dengan bangganya dan yakin bahawa sudah semestinya orang Eropah pertama yang menemui benua Amerika ini ialah si Christopher Columbus.

Dalil aku pada waktu itu? Sudah semestinya kitab agung yang rojih ini. Tak lain tak bukan mestilah buku teks Sejarah Tingkatan 4 terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka edisi 2010. Nak spesifik lagi? Pada muka surat 224, perenggan ke-2 baris pertama. Tak percaya? Cubalah selak sendiri.

Mesti kalian tertanya-tanyakan? Kalau bukan, Christopher Columbus, habistu siapa orang pertama yang jumpa benua Amerika ni? Jawapannya ialah, LEIF ERIKSON (aku saja letak nama di dalam Caps Lock supaya kalian ingat haha). Ya, Orang Eropah pertama yang menjumpai benua Amerika ini ialah, Leif Erikson bukannya Christopher Columbus. Erikson ni dia jumpa benua Amerika pada sekitar tahun 1001AD manakala Columbus mendarat pada tahun 1492.

Leif namakan tanah yang dia jejak pada waktu itu, Vinland. Kalau kalian google lokasi Vinland tu, mungkin tak jumpa kot sebab sampai sekarang lokasi Vinland masih dalam perbahasan. Leif memang suka sangat dengan Vinland sebab menurut dia, Vinland ini sangat subur dan cantik and dia memang ada pasang niat untuk bermastautin di Vinland. Oh ya,Leif Erikson ini juga adalah seorang pengembara Norse ataupun senang cerita puak-puak Viking.

Malangnya, kali ini aku bukannya nak ceritakan tentang Leif Erikson secara lebih lanjut tapi aku nak cerita pasal satu anime yang bertajuk ‘Vinland Saga’. Anime ini diterbitkan oleh sebuah syarikat animasi yang mungkin agak familiar dalam kalangan peminat anime (weebs?)  iaitu ‘Wit Studio’.

Alah, yang intro dia ada orang lumba motor tu. Seperti kebanyakkan anime yang lain, anime ini juga diadaptasi dari sebuah manga hasil karya Makoto Yukirama. Anime ini baru sahaja menamatkan Season 1 pada penghujung tahun 2019 dan mempunyai 24 episod kesuluruhannya. Kalau manga, ‘Vinland Saga’ mempunyai 23 volumes. Genre anime ini pula ialah adventure dan historical anime.

Jadi, pencinta sejarah diluar sana, bolehlah masukkan ‘Vinland Saga’ dalam salah satu senarai watchlist kalian. Memang berbaloi dan bagi aku anime ni tersangatlah best. Jadi, antara alasan aku tentang apa yang menyebabkan anime ini menarik ialah…

Dalam Vinland Saga, kalian akan tahu bagaimana keadaan sosial dan norma hidup masyarakat Eropah pada tahun 1000AD. Bagaimana mereka hidup untuk survival terutamanya pada musim-musim yang kritikal seperti musim sejuk yang ekstrim dan sebagainya.

Lagi satu, kalian juga akan sedar betapa pentingnya sifat inkuiri dan keberanian untuk ada dalam diri manusia. Disebabkan sifat inkuiri dan keberanian yang tinggi ini jugaklah yang mendorong kebanyakkan Norse explorer pada masa dahulu untuk mengembara merentas laut. Pada masa yang sama, mereka sanggup beranikan diri untuk merentas laut juga untuk survival diri dan keluarga juga terutamanya mereka yang tinggal di Iceland.

Dalam ‘Vinland Saga’ juga, kalian akan diperkenalkan dengan beberapa kumpulan iaitu Norse (yang tinggal di Iceland), England dan juga Denmark. Norse a.k.a puak Viking ini sering digambarkan sebagai satu kumpulan manusia yang kejam, rakus dan bengis. Dalam Viking juga ada satu lagi pecahan iaitu Jomsviking.

Dalam Vinland Saga, watak Jomsviking (pahlawan Viking yang bertapak di Jombrough) ini ialah Throkell. Thorkell ni badan dia sangatlah besar dan sasa. Dia ni sangatlah kuat sampai dia boleh rejam kapal laut guna kayu balak guna tangan sampai terbalik kapal laut tu. Sebab itulah gelaran Thorkell ni ialah ‘Thorkell the Tall’.

Dalam ‘Vinland Saga’ ini, kita sebagai penonton akan berada dalam P.O.V sebagai seorang Norse. Disini, kalian juga dapat lihat bagaimana politik berlaku antara golongan Norse, Denmark dan England (biasanya tentang masalah institusi diraja pada ketika itu yang diketuai oleh King Sweyn).

Kalian juga akan belajar tentang kepercayaan yang masyarakat Eropah pada masa tu pegang. Contohnya, kalau orang Norse, diorang percaya dengan tuhan Odin dan alam barzakh diorang adalah Asgard dan kena lalu Bifrost. Kalau kalian tengok Thor siri Marvel tu mungkin kalian aka nagak familiar.

Manakala orang England dan Denmark, kebanyakkan mereka berpegang teguh dengan kepercayaan Kristian (Christianity). Pada zaman itu, memang para rahib (father) memainkan peranan yang agak penting sehingga golongan diraja pun akan minta nasihat dan pandangan rahib kalau nak buat keputusan apa-apa.

Apa yang aku suka dengan anime ini ialah storyline dia. Bagi aku, storyline anime ini sangat bagus. Penonton mula-mula sekali akan diperkenalkan dengan watak utama iaitu Thordinn Kerlsfeni dari dia kecil sampai remaja.

Dari seorang kanak-kanak Ribena yang happy dan comel, boleh jadi seorang remaja yang hati kering dan tiada perasaan. Bagaimana dia simpan dendam kesumat dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk lawan musuh utama dia, Askeladd sebab Askeladd ini dah buat sesuatu yang agak traumatik semasa si Thorfinn ini kecil dulu.

Ini adalah sebab utama kenapa aku tengok ‘Vinland Saga’. Lagu Opening 1 anime ini memang best. Tajuk lagu opening ni ‘Mukanjyo’ yang dinyanyikan oleh sebuah band rock Jepun, ‘Survive Said the Prophet’. Montage intro pun memang terbaik. Sepanjang aku tengok anime ni, memang aku tak akan skip Intro. Kalian wajib tengok Op 1 ‘Vinland Saga’. Kalau malas sangat kat sini aku sertakan link Youtube:

Pada pendapat aku yang jujur, apa yang tak best dalam anime ni ialah dia punya character development. Bagi aku, character development watak-watak dalam ‘Vinland Saga’ ni agak ‘unrealistic’ dan ‘tiberr’ lebih-lebih lagi bagi watak Prince Canute dan Thorfinn.

Apa-apapun, bagi aku anime ini secara overall memang best dan historical events dan fact yang disertakan juga tak lari jauh dengan reality. Kalau kalian nak tengok anime dalam masa yang sama menimba ilmu pengetahuan bolehlah tengok ‘Vinland Saga’. Aku boleh ratekan anime ini 8.5/10.

Artikel dikirimkan oleh Raheel Zaheed untuk The Patriots. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.