Pada suatu tempoh, berlaku perpecahan di antara pemerintahan politik di India utara dan selatan. Di kala bahagian utara India diperintah oleh Kesultanan Islam Delhi, wilayah selatannya pula kekal dengan tradisi lama dan diperintah oleh Empayar Vijayanagara.

Empayar Vijayanagara adalah sebuah empayar zaman pertengahan India yang berpusat di Dataran Deccan, India selatan. Empayar ini ditubuhkan pada kurun ke-14 dan berkuasa sehingga kurun ke-17 Masehi. Nama empayar ini diambil sempena nama ibu kotanya, Vijayanagara (berlokasi di Hampi dan kini merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO) yang membawa maksud ‘Kota Kemenangan’ dalam Bahasa Sanskrit.

DUA BERADIK PENGASAS EMPAYAR

Empayar ini diasaskan oleh dua orang beradik, Harihara Raya I dan Bukka Raya I. Ayahanda kedua beradik ini bernama Bhavana Sangama. Memandangkan mereka berdua merupakan pemerintah terawal Empayar Vijayanagara, dinasti mereka dikenali sebagai Dinasti Sangama.

Pada 1330an, Kesultanan Islam Delhi berada pada kemuncak perluasan kuasanya berikutan kempn demi kempen ketenteraan yang digerakkan oleh Muhammad bin Tughluq. Walaupun kebanyakan wilayah di sub-benua India berjaya dit4luk oleh kesultanan tersebut, pada hakikatnya tugas mentadbir kawasan tersebut jauh lebih sukar.

Di selatan, Harihara Raya I dan Bukka Raya I mengambil peluang untuk mengisytiharkan kemerdekaan dari penguasa Muslim mereka di Delhi. Hal ini kerana mereka dapat menghidu bahawa Kesultanan Islam Delhi sedang mengalami keruduman terutama dari sudut sumber. Gerakan mereka ini diinspirasikan oleh seorang pendeta Hindu yang bernama Vidyaranya. Vidyaranya bertanggungjawab menggesa mereka berdua agar memerangi masyarakat Muslim di India selatan.

Simbol diraja Empayar Vijayanagara; babi hutan, matahari, bulan dan pisau pendek


Maharaja kedua pula, Bukka Raya I meneruskan polisi saudaranya itu dan penaklukan yang dilakukannya merangkumi kawasan di sekitar Penukonda, lembah Tungabhadra-Krisha, dan Goa. Pada era pemerintahan beliau ini jugalah ibu kota Empayar Vijayanagara dipindahkan dari Anegondi yang terletak di tebing utara Sungai Tungabhadra, ke Vijayagara yang berlokasi di tebing selatan sungai itu. Kedudukan tersebut jauh lebih selamat dan mudah pula untuk dipertahankan dari serangan musuh.

Justeru pada dekad-dekad berikutnya, para pemerintah Empayar Vijayanagara pun melaksanakan polisi perluasan kuasa menerusi kempen ketenteraan. Maharaja pertama mereka, Harihara Raya I menakluk wilayah-wilayah di selatan Sungai Tungabhadra sekaligus meraihkannya gelaran Purvapaschima Samudradhishavara (bermaksud ‘Raja Lautan Timur dan Barat’).

Sungai Tungabhadra, Hampi (Vijayanagara)

Vijayanagara sememangnya perlu berhadapan dengan serangan demi serangan musuh yang datang menceroboh pada awal kurun ke-15. Pada tahun 1404, pengganti Bukka Raya I iaitu Harihara Raya II mangkat sekaligus mendorong kepada berakunya krisis pewarisan takhta.

PERJUANGANGAN DEMI MEMPERTAHANKAN KUASA

Maharaja ketiga Empayar Vijayanagara digantikan oleh salah seorang puteranya yang bernama Virupaksha Raya. Namun, beliau dibunuh oleh putera-puteranya sendiri setelah memerintah hanya beberapa bulan. Pada tempoh masa yang singkat, Vijayanagara kehilangan banyak wilayahnya di tangan kerajaan Muslim lantaran empayar diperintah oleh maharaja yang lemah dan tidak berupaya untuk melindungi wilayah-wilayah kekuasaannya.

Beliau kemudiannya digantikan oleh salah seorang saudaranya yang bernama Bukka Raya II. Setelah memerintah selama dua tahun, beliau digulingkan oleh seorang saudara yang lain, iaitu Deva Raya I. Maharaja baru ini memerintah selama hampir 15 tahun. Lantaran empayar diserang secara bertali-arus oleh kerajaan-kerajaan jiran seperti Velama dari Telangana, Reddi dari Kondavidu dan Gajapati dari Orya, maka Vijayanagara mengambil pendekatan yang bersifat defensif.

Kubu semula jadi di Vijayanagara


Pada tahun 1485, sebuah rampasan kuasa dilakukan oleh panglima Saluva Narasimha Deva Raya. Dalam peristiwa tersebut, pemerintah terakhir Dinasti Sangama, iaitu Praudha Raya digulingkan. Lantas, sebuah dinasti baru yang dikenali sebagai Dinasti Saluva pun ditubuhkan. Dinasti ini berkuasa sehingga tahun 1505.

Deva Raya II yang memerintah dari tahun 1424 hingga 1446 berupaya menghentikan seketika kejatuhan Empayar Vijayanagara. Pun begitu, para penggantinya bersifat lemah dan tidak cekap sekaligus mengakibatkan empayar terus mengalami zaman kemunduran.

Dinasti Saluva juga tidak berkesempatan menikmati masa-masa aman lantaran musuh-musuh empayar terus melanjutkan serangan mereka. Lebih daripada itu, sejumlah pemberontakan dan kehuru-haraan turut berlaku. Oleh yang demikian, dinasti ini pun menemui penamatnya apabila Tuluva Narasa Nayaka yang berkhidmat sebagai pemangku kepada pemerintah terakhir Saluva merampas kuasa pada tahun 1505.

Walau bagaimanapun, Empayar Vijayanagara mengecapi zaman kegemilangannya di bawah pemerintahan Dinasti Tuluva, terutama pada era Krishna Deva Raya. Beliau adalah pemerintah yang paling masyhur dalam kalangan para pemerintah dinasti ini. Pun begitu, berikutan kemangkatannya pada tahun 1529, empayar sekali lagi mengalami kejatuhan.

Patung gangsa Krishna Deva Raya


Pada tahun 1565, Empayar Vijayanagara mengalami kekalahan paling teruk dalam Pertempuran Talikota. Dalam pertempuran tersebut, mereka memerangi sebuah tentera pakatan yang dibentuk oleh lima buah kesultanan Deccan. Kekuatan tentera Empayar Vijayanagara habis dihancurkan, ibu kotanya pula dijarah dan dibumihangus, dan pemangkunya, Tirumala Deva Raya pula melarikan diri ke Penukonda sambil membawa sejumlah besar harta empayar.

KEJATUHAN EMPAYAR VIJAYANAGARA

Selepas mangkatnya pemerintah terakhir Dinasti Tuluva, iaitu Sadashiva Raya pada tahun 1570, Tirumala Deva Raya pun menubuhkan dinastinya sendiri yang dikenali dengan nama Dinasti Aravidu. Dinasti ini dapat bertahan sehingga tahun 1646 walaupun Empayar Vijayanagara sendiri tidak berupaya untuk pulih sepenuhnya sejak kekalahan dalam Pertempuran Talikota.

Kekuasaan Empayar Vijayanagara berakhir apabila ia ditakluk oleh Kesultanan Bijapur dan Golkonda. Lantas, kuasa-kuasa naungannya pun turut memanfaatkan peluang untuk mengisytiharkan kemerdekaan sekaligus mengakibatkan India selatan terpecah kepada sejumlah negara kecil.

Pertempuran Talikota. Hussain Nizam Shah I dan persekutuan kesultanan-kesultanan Deccan menewaskan dan membunuh Aliya Rama Raya

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.