Shrabani Basu, seroang penulis dari India sedang dalam percutian dia dan keluarganya ke Osborne House di London pada masa itu.
Pandangannya tersekat pada gambar-gambar potret yang mempamerkan seorang “hamba” kepada Queen Victoria yang diberi nama Abdul Karim. “Tetapi dia tidak kelihatan seperti hamba langsung pada potret itu.
Dia lebih kelihatan seperti orang yang berada; dia memegang buku, melihat ke sisi, dan gambarnya dilukis dalam warna merah dan emas”, ujar beliau kehairanan.
“Di atas ialah gambar Queen Victoria, kemudian di bawahnya ada gambar Karim. Siapakah lelaki dari Agra, India ini yang mendapat tempat yang istemewa dalam hati Ratu Inggeris itu?”
Dari situ dia tahu bahawa Karim bukanlah sekadar hamba biasa yang bekerja untuk Ratu, tetapi dia mesti seorang yang istimewa kepada kerajaan British pada masa itu.
Bermula dari perasaan ingin tahu itu, beliau mula mengembara ke 3 buah negara, mencari susur galur keluarga Karim. Pada tahun 2006, dia mula bersungguh-sungguh. Setelah 4 tahun kajian dan penulisan, tertulislah sebuah buku Victoria and Abdul: The True Story of the Queen’s Closest Confidant yang mana kemudiannya diadaptasi menjadi sebuah cerita.
BERMULANYA PENGEMBARAAN
Cerita bermula apabila Karim, seorang kerani di penjara dihantar ke England untukk bekerja sebagai pekerja di Majlis Jubli Emas 50 tahun sebagai Ratu di England. Kemudian Ratu berasa tertarik apabila melihat permaidani dari India yang dipamerkan semasa pameran di situ.
Lalu beliau berfikir, “ Mengapa tidak saya membawa ‘India Asli’ bersama saya? Karpet itu hanya hasil kerja”. Lalu beliau meminta 2 orang hamba untuk bekerja dengannya.
Bermula dari situ, beliau mula tertarik dengan seorang hamba yang beliau menyifatkan tall and handsome. Sedikit demi sedikit, beliau mula tertarik dengan budaya dan bahasa India pula.
Maka beliau mempelajari Hindi dan tulisan Hindi dari Karim sendiri, dan Karim menjadi guru beliau. Sungguh rapat hubungan mereka berdua sehingga Ratu memanggil Karim sebagai “Munsyi” : iaitu guru bahasa dalam bahasa Hindi.
Kesemua cerita- cerita ini ditulis dengan rapi oleh Ratu yang mana ianya hanya dapat dijumpai 100 tahun kemudian pada tahun 2010.
“It is a great interest to me,” she wrote in her diary, “for both the language and the people, I have naturally never come into real contact with before.”
KESUKAAN RATU
Hubungan mereka sebagai Ratu dan hamba semakin menipis. Malah hubungan mereka menjadi tebal sebagai “guru” dan “murid” pula. Perkara ini mengundang ketidak puasan hati orang-orang yang dekat, terutamanya anak Ratu sendiri : King Edward VII.
Hal ini berterusan sehinggalah terdapat banyak komplot dan cara untuk mengusir Karim dari istana. Antara yang paling dasyat ialah apabila mereka bekerjasama dengan doktor peribadi Ratu, Sir James Reid. Mereka berpakat mengatakan Karim menghidap penyakit berjangkit yang serius, iaitu syphilis dan tidak patut berada di istana.
Namun Karim tidak dihalau keluar oleh Ratu, malah dia masih berada di istana sehinggalah hari kematian Ratu.
Tahun 1901, Ratu sudah mangkat, sudah tidak ada lagi orang yang mahu melindungi Karim. Pertabalan King Edward menjadi raja pula menambah sengsara kehidupan Karim di istana kerana beliau sudah lama tidak berpuas hati dengan keberadaan seorang hamba di istananya.
King Edward menyuruh Karim mengumpulkan semula semua surat yang mereka berdua pernah berutusan dengan Ratu. Surat-surat dan gambar Karim dengan Ratu cuba dipadamkan dari sejarah. Malah, terdapat banyak surat Karim dengan Ratu yang mana ditandatangan oleh Ratu sebagai:
“your closest friend”
“your true friend” dan
“your loving mother”.
Kesemua buku dan rekod yang mempunyai kaitan dengan dengan Karim dibakar oleh King Edward di hadapan Karim sendiri. Tidak ada yang tinggal untuk Karim sebagai kenang-kenangan dia dengan Ratu. Yang ada hanyalah rekod-rekod yang ditulis oleh pihak istana sendiri yang menyatakan Karim ialah seorang lelaki sombong yang mempergunakan Ratu untuk kepentingan dirinya sendiri.
Karim dihalau kembali ke India.
SEJARAH TERBONGKAR
Selama lebih 100 tahun, kisah persahabatan akrab Karim dan Queen Victoria kekal dalam lipatan sejarah, sehinggalah seorang penulis dari India, Shrabani Basu terjumpa gambar Karim yang dipamerkan di England.
Basu mula mengembara ke Agra, dan disitu dia bertemu dengan kubur Karim yang mana sudah usang dan tidak terjaga,penuh dengan contengan grafitti, dan menjadi rumah kepada anjing liar.
Dia terbang lagi ke Karachi, Pakistan dan di situ dia bertemu dengan waris keluarga Karim. Sejarah berjaya di korek semula. Waris keluarga Karim menyerahkan diari peribadi Karim yang masih terjaga rapi ketika semua orang menganggap cerita Karim sudah hilang.
Basu berada seminggu di sana dalam usaha menterjemah semula diari tersebut bersama dengan keluarga Karim.
BABAK MENARIK
Antara babak menarik yang terakam dalam sejarah ialah ketika mana Karim memberitahu beliau terdapat buah yang sedap di India, buah mangga. Ratu berasa sangat teringin untuk memakan buah mangga sehinggakan dia memerintahkan pegawainya membawa mangga dari India untuk beliau mencubanya.
Sudah tentu sebiji buah mangga sampai dari India sampai ke England. Malangnya buah tersebut sudahpun rosak sebaik sahaja sampai, kerana perjalanan ke sana memakan masa 6 minggu.
Sejarah membuktikan bahawa darjat dan kebesaran tidak dapat menandingi kebersihan hati dan kejujuran yang ada dalam diri. Sehinggakan seorang hamba pun boleh diangkat di kedudukan yang istimewa kerana sebuah kejujuran. Maka, siapakah kita mahu menghukum dan menilai?
Kini, kisah benar persahabatan antara dua darjat tersebut dapat di tonton melalui cerita : Victoria and Abdul.
RUJUKAN:
The untold story within the untold story of ‘Victoria & Abdul’. https://www.washingtonpost.com/express/wp/2017/09/29/the-untold-story-within-the-untold-story-of-victoria-and-abdul/
Victoria and Abdul Author on the Movie’s Unlikely Story: ‘It Sounds Like a Fantasy’. https://time.com/4941313/victoria-and-abdul-true-story-shrabani-basu/
‘How I uncovered the hidden friendship between Queen Victoria and her Indian servant Abdul’. https://www.telegraph.co.uk/women/life/uncovered-hidden-friendship-queen-victoria-indian-servant-abdul/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih