Sistem pendidikan sedia ada yang membenarkan kewujudan vernakularisme telah menyebabkan keretakan besar dalam rekabentuk kebangsaan negara. Akibat kewujudan sekolah-sekolah vernakular, Malaysia takkan mungkin boleh bersatu. Sebarang perbezaan pandangan tidak boleh membuktikan sebaliknya, kerana realiti sedia ada jelas memancarkan cahayanya.

Tiga mangkuk takkan mampu menggaulkan satu adunan, terutamanya jika terletak di tiga tempat berbeza. Maka kerelevanan Sekolah Jenis Cina (SJC) dan Sekolah Jenis Tamil (SJT) sebenarnya melunturkan harapan kesatuan yang diimarahkan Sekolah Kebangsaan (SK).

Pada tahun 2000, SK, SJC dan SJT disertai masing-masing 98% Melayu, 92% Cina dan 47% India (49% lain memilih SK). 10 tahun kemudian, trend yang sama masih berterusan. SK, SJC dan SJT disertai 97% Melayu, 96% Cina dan 56% India (38% di SK).

10 tahun merupakan satu generasi. Bermakna satu generasi setiap bangsa terpisah dengan dinding buatan sistem sedia ada. Dan status Melayu sebagai bangsa termiskin pada ambang kemerdekaan meninggalkan sebuah legasi bagaikan stigma, ditajamkan lagi angkara sikap-sikap pemukulan rata oleh golongan yang mengimarahkan rasisme kerohanian (internalized racism) dan sikap apologisme. Stigma tersebut meresap masuk sampai ke peringkat pendidikan pun, dan agama juga.

Kedua-dua jenis sekolah kebangsaan (rendah dan menengah) dipandang seolah-oleh tidak berkualiti, bahawasanya stigma tersebut mengatakan SJC lebih bagus. Kalangan Melayu pun pernah (dan masih) berlegar pendapat bahawa untuk menutup SJC/T, pendidikan SK perlu lebih berkualiti. Mungkin tidak disedari, ini pun suatu gabungan rasisme kerohanian dan apologisme. Hanya kerana SJC/T sebuah arus vernakular, terus dipandang seolah-olah pendidikan mereka berkualiti.

Dalam dunia semakin mencabar ini, kualiti pendidikan perlu sentiasa dipertingkatkan. Setiap lima tahun pun, tidak pelik jika perlu ada pembaharuan. Membaiki apa yang kurang itu bukanlah suatu masalah. Malah Pendidikan Islam sekalipun ingin dirombakkan semula supaya lebih dinamik, efisyen dan sesuai perlu disokong juga. Namun mengatakan pendidikan vernakular lebih baik berdasarkan prasangka dan sentimen ialah suatu kesilapan fakta.

Pada tahun 2011, semasa Dr. Wee Ka Siong menjadi Timbalan Menteri Pendidikan, suatu statistik tergempar telah diumumkan. Seramai 220,000 pelajar menengah yang tercicir daripada pendidikan 2006-2010 (The Star, 2011). Sebahagian besar daripada angka tersebut mewakili pelajar-pelajar daripada persekolahan Cina. Sekalipun digabungkan pelajar-pelajar sekolah agama kerajaan dan bukan kerajaan, angka masih lagi belum boleh menandingi sekolah-sekolah Cina.

Berkenaan dengan persepsi SK tidak berkualiti, purata skor berjaya mendedahkan perkara sebaliknya. Jurang antara prestasi UPSR misalnya antara SK dan SJC tidak pernah jauh. Sekitar 2005, SJT memang ketinggalan jauh di belakang dengan 11.7% GPS di tangga paling bawah. SK pula di belakang SJC dengan hanya 2.5%. Bermakna antara 2005-2010, jurang antara SK dan SJC hanya beberapa mata sahaja. Dan pada tahun 2011 pula, SK telah mendahului sebagai sistem paling berkualiti.

Di sini jelas bahawa dalam tempoh enam tahun (cukup untuk mengeluarkan satu barisan graduan penuh), SK dan SJC mempunyai kualiti yang tidak jauh beza pun. Jika persepsi mengatakan SJC berkualiti, SK juga harus diakui amat berkualiti sampai bukan sahaja boleh konsisten – malah mampu memintas. Sementara itu, SJT pula tidak berjaya merapatkan jurang pun, masih lagi berjauhan dengan 3.5 mata sebagai angka jarak.

Sungguhpun begitu, jurang SK dan SJC menconteng suatu tanda tanya besar berkaitan halatuju graduan itu sendiri. Graduan-graduan SK berserba kebolehan dalam bertutur dan menulis dalam bahasa-bahasa utama negara iaitu Melayu dan Inggeris. Bergiat aktif menggapai menara gading, kelulusan SK laku di mana-mana pun. Di luar negara, aras SPM dan STPM berada setaraf dengan O- dan A-Level. Graduan ber-STPM pula mempunyai ijazah sama taraf dengan high school diploma Amerika Syarikat yang membolehkan mereka terus untuk mendapatkan undergraduate degree disana jika berkemampuan.

Sementara itu di Malaysia, pengeluaran SPJC terpaksa melobi kepada kerajaan supaya mengiktirafkan UEC (The Star, 2019). Selepas berbincang sebanyak 60 kali (120 jam keseluruhan), penulis-penulis dasar UEC mencadangkan sebuah suruhanjaya pendidikan bebas diluar rangka kerja Kementerian Pendidikan (KPM) untuk meneliti isu-isu pendidikan bangsa mereka. Dan lucunya KPM sendiri yang menubuhkan kumpulan ini, bahawasanya mereka mencadangkan akses terus ke Parlimen (bukannya kementerian).

Untuk pengetahuan semua, graduan UEC sudah cecah 645,699 orang sejak pengasasannya iaitu tahun 1975. Dan UEC merupakan manifestasi kepada keengganan bangsa berkenaan untuk diserapmasuk dalam sistem pendidikan negara yang selaras (Santhiram & Yao Sua, 2015). Maka kewujudan UEC bagaikan sistem selarian dalam Malaysia, suatu perkara yang mencerminkan tidak lain tidak bukan ketidaksatuan sebuah negara (Azril, 2018).

Mungkin relevan juga jika kerajaan tubuhkan kementerian dibawah Kementerian Pendidikan Cina. Kerana halatuju untuk ada dua sistem pendidikan memangkinkan perkara sedemikian. Alang-alang ingin tidak bersatu, biar sampai ke bercabang dua. Barah ini sudahpun menunjukkan simtom dalam Kementerian Kesihatan pun apabila doktor-doktor di beberapa hospital negara hanya fasih dalam bahasa Cina sahaja (Jerry, 2018).

Bayangkanlah kerja perubatan boleh dihentikan sampai keselamatan pesakit terancam hanya kerana beberapa doktor enggan atau jahil berbahasa Melayu atau Inggeris. Barah ini sampai menyusahkan golongan pelatih (housemanship) untuk belajar pun.

Malah masalah linguistik sedemikian juga telah memberikan kesan terhadap bidangkuasa keadilan. Seorang ADUN di Gadek yang bernama G. Saminathan mengakui tidak bersalah apabila berdepan dengan tuduhan memberikan sokongan kepada pengg4n4s LTTE. Tuduhan tersebut dibacakan kepada Saminathan dalam bahasa Tamil (TMI, 2020), jelas menunjukkan betapa kritikalnya kualiti pendidikan yang dikurniakan arus vernakular.

Memadangkan UEC dan barahnya sudah diceritakan, bolehlah kembali ke kualiti. Keangkuhan yang mengatakan kualiti SJC dan graduan UEC lebih bagus daripada SK dan SPM pun telah berkubur. Pakatan universiti seperti UTM, UiTM dan UTHM mendapati graduan-graduan UEC lebih teruk dalam bahasa Inggeris berbanding SPM (Azizi, Noordin, Ooi, Abdul Talib & Sharifuddin, 2011).

Bermakna graduan-graduan UEC yang dikehendaki lulus Bahasa Melayu SPM jika ingin menjadi doktor sebenarnya tidaklah sehebat seperti diomongkan. Kelemahan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam kurikulum mereka tidak mengejut pun, kerana UEC tidak pernah meletakkan kedua-dua bahasa ini sebagai tanda aras utama. Disebabkan itu Profesor Dr. Teo Kok Seong pernah berkata, “mengiktirafkan UEC sebagai sijil kelayakan universiti awam dan jawatan awam ialah pengkhianatan kerajaan kepada Bumiputera dan Cina yang percayakan sistem pendidikan negara.” (Farhan, 2019).

Kegagalan berbahasa kebangsaan setempat selalunya ialah manifestasi kepada status seseorang sebagai bukan warganegara. Di United Kingdom misalnya, rakyat British digesa supaya tidak mendiskriminasikan golongan imigran sekalipun mereka tidak fasih berbahasa Inggeris. Uniknya di Malaysia ini berbeza – pendatang lebih cenderung untuk faham dan bertutur dalam bahasa Melayu, berbanding warganegara sendiri.

Ada dalam kalangan warganegara bertanya pula – apa pentingnya bahasa Melayu? Sudahlah bahasa Melayu tidak fasih, bahasa Inggeris pun teruk pula. Lepas itu UEC dipohon supaya diberikan pengiktirafan.

Vernakular sememangnya rosak lagi merosakkan.

RUJUKAN:

Azril, A. (2018, July 28). Rais Yatim calls out education minister on UEC. Malay Mail Online. Retrieved from https://www.malaymail.com/news/malaysia/2018/07/28/rais-yatim-calls-out-education-minister-on-uec/1656982

Azizi, Y., Noordin, Y., Ooi, C.L., Abdul Talib, B. & Sharifuddin, I. (2011). Factors contributing to proficiency in English as a second language among Chinese students in Johor Bahru. Elixir Psychology. https://core.ac.uk/download/pdf/11793788.pdf

Farhan, A. (2019, April 5). UEC: A danger to Malaysia’s national identity? The Asean Post. Retrieved from https://theaseanpost.com/article/uec-danger-malaysias-national-identity

Jerry, C. (2018, August 19). Report: Doctor alleges some specialists only speak Mandarin. Malay Mail Online. Retrieved from https://www.malaymail.com/news/malaysia/2018/08/19/report-doctor-alleges-some-specialists-only-speak-mandarin/1663867

Santhiram, R.R. & Tan, Y.S. (2005). The Development of Chinese Education in Malaysia: Problems and Challenges. Working Papers. Retrieved from https://www.iseas.edu.sg/images/pdf/WP2015-02.pdf

TMI. (2020, January 22). Gadek rep claims trial to LTTE charge. The Malaysian Insight. Retrieved from https://www.themalaysianinsight.com/s/214354

The Star. (2011, October 11). Main reason is students’ lack of interest in studying, says deputy minister. The Star Online. Retrieved from https://www.thestar.com.my/news/nation/2011/10/11/main-reason-is-students-lack-of-interest-in-studying-says-deputy-minister

The Star. (2019, July 21). Understanding the UEC. The Star Online. Retrieved from https://www.thestar.com.my/news/education/2019/07/21/understanding-the-uec

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.