Saintis sebenarnya belum pasti tahun bila HIV (Human Immunodeficiency Virus) benar-benar muncul. Amerika Syarikat melaporkan kes AIDS pertama pada tahun 1981. Sampel daripada kelenjar limfa (lymph node) seorang wanita di Congo pula memberi gambaran berbeza, bahawa HIV sudah wujud sejak tahun 1960 lagi (Gandhi, 2008).

Yang pasti, HIV tiba-tiba muncul dan berjaya dikesan melalui teknologi saintifik. Dan beberapa abad sudah berlalu, dengan vaksin pencegah HIV yang masih belum muncul. Walhal vaksin pencegah SARS-CoV-2 yang menyebabkan pαηδemik COVID-19 cepat dihasilkan.

Pertama sekali, mekanisme jangkitan HIV dan SARS-CoV-2 tidak sama. Walaupun kedua-dua virus tiada penawar (buat masa sekarang), binaannya jelas berbeza. SARS-CoV-2 serba boleh dicegah.

Simtom awal HIV. Kalau kalian ada, jangan panik. Kami The Patriots. Bukan WebMD.

HIV pula bermacam-macam jenis (viral strain) yang sukar dihalang. Mungkin itulah sebab kenapa ujian vaksin fasa ketiga menelan kos lebih daripada AS$500 juta (lima ujian).

Kelima-lima ujian mendapati vaksin tersebut gagal menubuhkan imuniti (Whitehead, 2020). Vaksin HVTN 702 siap terbukti tiada langsung imuniti anti-HIV.

Mengenali Cabaran Vaksin

Punca utama kegagalan vaksin adalah kerana kebolehan HIV itu sendiri. Virus tersebut merebak (replication) terlalu pantas dan tangkas. Dan vaksin diisytihar gagal kerana tidak menghalang penyebaran… hanya mengurangkan kadar penyebaran sahaja.

Jadi tiada guna cυcυk vaksin pun, sebab tidak menghalang (Desrosiers, 2021). Virus bukan setakat menyebar dan merebak. Ia juga menubuhkan varian-varian baru. Malah dalam seorang pesαkit, boleh ada beberapa varian. Dan setiap varian ini ada perisai bukan main tebal.

HIV yang bermacam-macam jenis dan bermacam-macam varian.

Koronavirus dan herpes misalnya mempunyai binaan struktur bermaklumat. Apabila berpeluang untuk tembυs masuk, maklumat inilah digunakan virus untuk jangkit dalam sel subjek (manusia contohnya).

Struktur ini adalah glycoprotein yang diperbuat daripada gula dan protein. Tetapi glycoprotein dua virus ini nipis, berbeza dengan HIV yang sangat tebal… paling bergula untuk dibandingkan dengan semua virus.

Kiasannya, kalau berat sel HIV 1 kilogram, lebih daripada 500 gram adalah gula sahaja. Betapa tebalnya lapisan perisai HIV.

Usaha Terbaru Saintis

Mungkin ada yang terfikir: macam mana saintis tahu tahap keberkesanan vaksin? Takkan mereka jangkitkan subjek dengan HIV? Jawapan singkat: ya. Tetapi saintis tidak jangkitkan manusia dengan sampel HIV.

Bahan ujikaji seperti biasa adalah haiwan, yang digunakan dengan jenis HIV tersendiri. Macam kucing misalnya pun ada HIV… cuma dipanggil FIV (Feline Immunodeficiency Virus).

Beruk pula boleh dijangkiti SIV (Simian Immunodeficiency Virus). Setiap immunodeficiency virus ini tidak boleh menyeberang spesis, macam SIV kena pada manusia.

Rhesus macaque.

Saintis daripada Institut Kebangsaan Alahan dan Penyakit Berjangkit (NIAID) mendapat dana untuk uji vaksin anti-HIV. Sumber ujikaji saintis adalah tikus dan monyet Rhesus macaque. Tikus mempunyai anatomi, fisiologi dan genetik seakan-akan sama dengan manusia (Bryda, 2013). Manakala Rhesus macaque pula cenderung untuk kena SIV.

Dengan menggunakan teknologi mRNA, saintis berjaya membina sebuah struktur vaksin untuk menghalang jangkitan HIV. Kira lebih kurang sama dengan vaksin Pfizer dan Moderna untuk SARS-CoV-2.

Tetapi maklumat dalam mRNA vaksin ini tidak membawa protein koronavirus. Sebaliknya, saintis meletakkan protein Env dan Gag… dua protein utama HIV. Matlamat mereka adalah untuk menipu HIV bahawa badan terbabit sudah terjangkiti (Zhang, et al., 2021).

Mereka memberi calon vaksin ini kepada Rhesus macaque. Kemudian mereka memberi SIV. Dan selama 58 minggu mereka pantau. Vaksin terbabit memberi antibodi banyak, sekali gus mencegah SIV dalam kalangan Rhesus macaque.

Sekarang saintis sedang mencari jalan untuk bina sebuah vaksin untuk HIV manusia. Jika berjaya, tentu sekali ramai orang boleh diselamatkan.

RUJUKAN:

Bryda, E. (2013). The Mighty Mouse: The Impact of Rodents on Advances in Biomedical Research. Mo Med. 110 (3): 207-211.

Desrosiers, R. (2021, Mei 17). HIV/AIDS vaccine: Why don’t we have one after 37 years, when we have several for COVID-19 after a few months? The Conversation.

Gandhi, R. (2008, Oktober 15). When Did HIV Emerge? NEJM Journal Watch.

Whitehead, N. (2020, Mac 2). A $100 million HIV vaccine project failed. But all hope is not lost. NPR.

Zhang, P., et al. (2021). A multiclade env-gag VLP mRNA vaccine elicits tier-2 HIV-1-neutralizing antibodies and reduces the risk of heterologous SHIV infection in macaques. Nature Medicine.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.