Per*ng Uthmaniyyah-Mamluk yang berlangsung pada tahun 1516-1517 adalah per*ng kali kedua yang melibatkan pertemp*ran diantara Empayar Uthmaniyyah dengan Kesultanan Mamluk Mesir, per*ng ini menjadi penentu keputusan yang terakhir.

Pada awal abad ke-17, wilayah timur Empayar Uthmaniyyah dikejutkan dengan pember*ntakan Kyzylbashi (salah satu suku nomad bangsa Turkik). Selepas berjaya menghentikan pember*ntakan, kebanyakan dari suku Kyzylbashy melarikan diri dengan mencari perlindungan di bawah Empayar Safawiyyah, Parsi.

Pada tahun 1512, Sultan Beyazid II digulingkan dari takhta, dan Selim I diangkat menaiki takhta sebagai Sultan yang baru Empayar Uthmaniyyah.

Anak lelaki Beyazid yang lebih tua, Ahmed yang berada di Konya pada waktu itu, bertindak balas terhadap tindakan Selim yang menggulingkan bapanya dari takhta dengan mendakwa dirinya sebagai pewaris takhta Kesultanan yang sah.

Latar Belakang

Semasa berlakunya krisis perebutan kuasa, Ahmed meminta pertolongan dari beberapa pemerintah Muslim serantau pada waktu itu, termasuk dari Shah Parsi, Ismail.

Yavuz Sultan Selim I telah bersiap sedia untuk menentang Empayar Safawiyyah bagi mempermudahkan jalannya untuk menyingkirkan orang-orang yang bersaing dengannya demi menjadi orang paling berkuasa dalam keluarga dinasti.

Sebelum per*ng, Sultan Selim melaksanakan misi diplomatik yang besar, ia salah satu usaha bagi melindungi dirinya dari kejutan yang tidak menyenangkan. Secara khusus, dia mengusulkan pakatan untuk menentang Kesultanan Mamluk di bawah pimpinan Sultan Al-Ashraf Qansuh al-Ghuri.

Pada tahun 1514, Selim bertemp*r melawan Ismail dan mengalahkannya dalam pertemp*ran Chaldiran. Setelah kekalahan di Chaldiran, Ismail percaya bahawa Selim akan kembali pada musim bunga untuk meneruskan kempennya itu, dan dia mulai mencari sekutu, khususnya merujuk kepada sultan Mamluk, tetapi dia enggan untuk menyimpulkan sebarang perjanjian.

Setelah pertemp*ran Chaldiran dan penakl*kan Zulkadar seterusnya, yang membuat Mamluk terdedah terhadap ser*ngan secara langsung, pandangan Uthmaniyyah terhadap Mamluk berubah.  Sultan mula melemparkan penghinaan terhadap Mamluk.

Pada tahun 1516, tentera Selim kembali bergerak ke timur dari Istanbul. Semua pihak percaya bahawa tentera Selim akan kembali mensasarkan Ismail di Parsi, tetapi sebenarnya salah. Tentera Uthmaniyyah menetapkan sasaran mereka ke arah Kesultanan Mamluk.

Bagi ‘menghalalkan’ sebuah per*ng yang menentang sebuah kerajaan Islam yang lain, Sultan Selim I memerlukan sokongan daripada pemimpin agama Islam.

Sekiranya justifikasi seperti itu boleh diperoleh dengan mudah untuk berper*ng dengan Ismail yang berfahaman Syiah (untuk mengetahui bagaimana hukumnya dari sudut pandangan Uthmaniyyah yang merupakan pengikut aliran Sunnah Wal Jamaah), maka Mamluk, yang juga merupakan beraliran Sunni dan penjaga dua kota suci Mekah dan Madinah hampir tidak mungkin boleh dianggap sebagai pengamal bida’ah, walaupun demi kepentingan politik Uthmaniyyah.

Para pemimpin keagamaan Uthmaniyyah bersetuju untuk menyokong kempen Uthmaniyyah menentang Mamluk dengan bergantung kepada dalil bahawa “barangsiapa yang memberi pertolongan kepada pengamal bida’ah maka dirinya sendiri juga adalah pengamal bida’ah” dan menganggap pertemp*ran melawan mereka boleh dianggap sebagai per*ng suci. Ini semua sudah mencukupi bagi Selim.

Perjalanan Per*ng

Mengangkat senjata dengan kesimpulan keagamaan yang memihak kepada dirinya, Selim berangkat dari Malatya ke selatan, di Syria dengan bala tenteranya.

Tentera Uthmaniyyah dan tentera Mamluk bertembung pada 24 Ogos 1516, di utara Aleppo, tepat di lapangan Dabik. Dalam beberapa jam, pertemp*ran itu telah selesai.

Per*ng ini melibatkan beberapa pertemp*ran.  Tentera Mamluk agak tradisional, hanya terdiri dari pasukan berkuda yang menggunakan busur dan anak panah, sedangkan tentera Uthmaniyyah, terutamanya pasukan elit Janisari, mereka cukup moden, lengkap dengan senjata seperti arquebus, musket, meriam dan ‘volley gun’ (nenek moyang mesin-gun) manakala Mamluk terus berbangga dengan tradisi mereka dan cenderung mengabaikan penggunaan senjata api walaupun sedang bertatih-tatih menggunakan serbuk l*tupan.

Sultan al-Ashraf Qansuh al-Ghuri

Ketika Sultan al-Ashraf Qansuh al-Ghuri melarikan diri dari medan per*ng, tentera Mamluk mula dilanda panik. Tanpa disangka-sangka, ternyata panglima Mamluk sendiri iaitu Khair Bak merupakan ejen sulit untuk Sultan Uthmaniyyah: semasa pertemp*ran, dia bertindak mengalihkan sokongannya kepada Uthmaniyyah dan mula bertemp*r dibawah Sultan Selim I.

Hasil jasanya inilah yang kemudiannya dia diangkat menjadi pentadbir Aleppo. Sultan Mamluk gagal menyelamatkan diri, tetapi bagaimana cara kem*tiannya masih tidak jelas hingga ke hari ini.

Penduduk Aleppo sememangnya dari awal lagi tidak gembira dengan pemerintahan Kesultanan Mamluk, dan mereka merasa lega dan gembira apabila mendengar pemerintah Uthmaniyyah akan tiba ke kota mereka. Ketika mereka bergerak ke Damsyik, tentera Selim tidak menghadapi sebarang penentangan kerana Damsyik terus menyerahkan kota itu kepada Uthmaniyyah tanpa pertemp*ran.

Pada hari Jumaat pertama dalam bulan suci Ramadhan, doa dibacakan atas nama Sultan Selim I di masjid yang terbesar dalam kota itu, iaitu Masjid Umayyah. Ini menandakan pemerintah Uthmaniyyah baru di Syria telah mengisytiharkan kemenangannya kepada seluruh dunia.


Yavuz Sultan Selim I

Dihadapan Selim dan penasihatnya, timbul satu pertanyaan, “Haruskah kita pergi ke Kaherah?” Di satu pihak, waktu untuk melakukan tindakan ofensif telah berakhir, dan ibu kota Mamluk jauh di luar padang pasir.

Sebaliknya, terdapat satu fakta yang jelas lagi nyata bahawa penakl*kan yang dilakukan di Syria tidak akan kekal selamat sekiranya Mesir tetap berada di tangan Mamluk. Selim menerima nasihat mereka yang mencadangkan agar diteruskan lagi kempen hingga benar-benar berjaya sepenuhnya.

Di Kaherah, golongan bangsawan mulai bertikam lidah samada mereka mahu setuju atauu tidak terhadap seruan Selim agar mereka menyerah secara baik. Sultan Mamluk yang baru, Tuman-bey, lebih cenderung memilih untuk mencapai kesepakatan dengan Selim;  tetapi mencapai kata putus tentang perkara itu, pihak yang menyokong agar per*ng diteruskan telah menang.

Dalam pertemp*ran di selatan Gaza, tentera Mamluk, yang dipimpin oleh gabenor Mamluk yang terusir dari Damsyik, Dzhanbardi al-Ghazali, ditekan oleh kekuatan senjata api dan taktikal tentera Uthmaniyyah.

Pada awal tahun 1517, Selim meninggalkan Damsyik bersama tenteranya. Dalam perjalanannya ke selatan, Sultan Selim berkesempatan mengunjungi beberapa tempat suci umat Islam di Baitulmaqdis.

Seminggu setelah meninggalkan Damsyik, tentera Empayar Uthmaniyyah pada 22 Januari 1517, mengalahkan tentera Kesultanan Mamluk dalam Pertemp*ran Raidaniye tidak jauh dari Kaherah. Dua hari kemudian, Selim memasuki Kaherah;  tetapi setelah itu, pertemp*ran sengit pun bermula di kota, yang memuncak hingga mencapai kemenangan buat Uthmaniyyah, tetapi kedua-dua pihak mengalami kerugian besar. Para panglima Mamluk melarikan diri ke tebing sungai Nil.

Kesan Sampingan

Tuman-bey ditangkap dan dibawa ke hadapan Selim. Dia dijatuhi hukuman m*ti, dan m*yatnya digantung di pintu-pintu kota untuk tatapan umum. Kesultanan Mamluk telah runtuh sepenuhnya, dan Mesir menjadi sebahagian daripada wilayah Empayar Uthmaniyyah.

Penakl*kan terhadap Mamluk juga membuka ruang penakl*kan wilayah Afrika kepada Uthmaniyyah. Pada abad ke-16, kuasa dan pengaruh Uthmaniyyah berkembang lebih jauh ke barat Kaherah, di sepanjang pesisir Afrika utara. Pelaut terkenal Uthmaniyyah, Hayreddin Barbarossa menubuhkan pengkalannya di Algeria, dan kemudiannya menjayakan Penakl*kan Tunis pada tahun 1534 sebelum dirampas kembali tidak lama kemudian.

Malahan, Sharif dari Mekah juga memutuskan untuk tunduk kepada Uthmaniyyah, sekaligus menempatkan kota-kota suci Mekah dan Madinah di bawah kawalan Empayar Uthmaniyyah. Kekuasaan Uthmaniyyah tersebar meluas hingga ke selatan Laut Merah.

Setelah ditawan di Kaherah, Khalifah terakhir (khalifah bayangan) Abbasiyyah yang sebelum itu berlindung dibawah Kesultanan Mamluk dari ser*ngan Mongol di Baghdad, Al-Mutawakkil III telah dibawa ke Istanbul, di mana dia akhirnya bersetuju untuk menyerahkan jawatannya sebagai khalifah kepada pengganti Sultan Selim I iaitu Sultan Suleiman Qanuni.

Ini menjadi permulaan kepada penubuhan sistem Khilafah Uthmaniyyah, dengan sultan sebagai ketuanya, peralihan kuasa sebagai pemimpin kepada dunia Islam ini penting kerana hanya dengan cara itu Uthmaniyyah berupaya menjadi kuasa hegemoni kepada seluruh dunia Islam. Sekaligus menyimpulkan bahawa pembentukan sistem Khilafah Uthmaniyyah adalah berlaku secara tidak sengaja.

Kaherah kekal di tangan Uthmaniyyah sehinggalah penakl*kan Mesir pada tahun 1798 oleh Perancis, dimana Napoleon I mendakwa dia telah berjaya menghapuskan ‘Mamluk’.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.