Tahukah anda sebenarnya Uthmaniyyah dulu tidak menulis perkataan mereka, abjad mereka tidak sama seperti tulisan bahasa Turki moden yang kita kenal sekarang ni. Sebenarnya, pada era Uthmaniyyah menggunakan aksara Arab dalam penulisan mereka dan dimodifikasi mengikut lidah dan pertuturan mereka dalam seharian.
Eh, kejap. Macam Tulisan Jawi ke?
Ya! Betul.
Dulu, di Tanah Melayu khususnya. Kita menulis surat, ataupun sebarang penulisan semuanya menggunakan tulisan Jawi dalam kehidupan seharian. Tulisan Jawi kemudiannya mengalami perubahan demi perubahan dan akhirnya telah diganti dengan tulisan Rumi dengan tujuan memudahkan penulisan dalam pentadbiran dan urusan seharian.
Sebenarnya, begini juga berlaku di Uthmaniyyah. Cumanya, perubahan dari tulisan Aksara Uthmaniyyah ke Latin mengambil masa yang sangat drastik dan singkat. Hal ini kerana, pentadbiran pasca kejatuhan Uthmaniyyah menerapkan kaedah Laiklik yang menekankan pemisahan Agama dalam apa jua dalam aspek kehidupan seharian baik pendidikan, kehidupan dan pentadbiran.
Ataturk kemudiannya mengubah penulisan aksara Arab Uthmaniyyah ini kepada Latin yang kita kenali kini iaitu Bahasa Turkce.
Sebenarnya, terdapat beberapa kelebihan pasca perubahan aksara ini antaranya kadar buta huruf dalam empayar Uthmaniyyah menurun dengan drastik. Hal ini justeru meningkatkan literasi dan penulisan dalam kalangan penduduk tempatan berbanding literasi umum dalam era Uthmaniyyah dan kadar buta huruf pada waktu itu.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih




