Al-Rihlah adalah nama pendek untuk sebuah kitab pengembaraan abad ke-14 yang ditulis di Fez oleh sarjana fiqh Islam, Ibn Jazayy al-Kalbi dari Granada yang mencatat dan mengimlak travelog Ibn Battuta.  Judul penuh kitab itu ialah Tuḥfat an-Nuzzar fi Gharaʾib al-Amsar wa ʿAjaʾib al-Asfardan (Karya Agung Untuk Mereka yang Merenungi Keanehan Kota dan Keajaiban Perjalanan).

Al-Rihlah turut mencatatkan butiran terperinci mengenai konf.lik Sunni-Syiah dalam Pertem.puran Chaldiran di Iran.

Semenjak dari bermulanya pe.rang saudara Islam yang pertama (Fitnah Pertama 656-661 M), konflik antara Sunni-Syiah untuk merebut kuasa dan autoriti kuasa umat Islam (antara Arab dan Iran) tak banyak berubah tetapi salah satu pertembungan yang paling berda.rah berlaku semasa Pertem.puran Chaldiran, di Iran Barat Laut pada 23 Ogos 1514.

Konflik memuncak apabila kira-kira 7000 tentera (2000 Sunni dari Uthmaniyah dan 5000 Syiah Safawiyah) terkorban mempertahankan akidah masing-masing, sebagai tambahan kepada pembant.aian awal terhadap kira-kira 40,000 penduduk Syiah di Anatolia oleh tentera Uthmaniyah sebelum pertem.puran.

Pertem.puran Chaldiran bukan sekadar pertem.puran yang telah menundukkan kedaulatan Shah Parsi Safawiyah yang Syiah di tangan Sultan Uthmaniyah yang Sunni tetapi ia juga bertanggungjawab dalam memecahkan tanah Kurdish kepada dua bahagian lingkungan pengaruh berbeza, dan situasi ini kekal wujud hingga ke hari ini.

Taburan pecahan Sunni dan Syiah

Yavuz Sultan Selim I menaiki takhta sebagai sultan Empayar Uthmaniyah pada tahun 1512 M.  Setelah bertem.pur dan mendesak bapanya Sultan Bayezid II turun takhta, baginda kemudian mengalahkan dan membu.nuh pesaing yang merebut takhta iaitu abangnya Ahmet pada April 1513 serta adiknya Korkut dan anak saudaranya yang lain, dengan itu baginda mengha.puskan seluruh ancaman dalaman.

Sultan Selim kemudiannya mengalihkan tumpuannya ke arah timur di mana terdapat kuasa pembangkang yang berbahaya dan memberikan ancaman yang lebih besar kepada kekuasaan kesultanannya.

Shah Ismail I, pengasas dinasti Safawiyah, adalah pemerintah terakhir dari legasi tarekat sufi Safawiyah. Bapanya telah mengerah secara paksa pemuda-pemuda suku Turkmen untuk membentuk sebuah sayap milit.an Qizilbash (‘Kepala Merah’ bersempena warna merah di hujung serban mereka dan 12 tebukan yang simbolik kepada Imam Dua Belas).

Pada tahun 1501, dengan sokongan pejuang Qizilbash, Ismail telah diangkat sebagai Shah Azerbaijan dan pada tahun 1510 dia menjadi Shah Iran. semasa menaiki takhta, Ismail mengisytiharkan Syiah sebagai agama rasmi negara dan mula menghantar sarjana agama dari kalangan Qizilbash jauh ke tengah-tengah Anatolia di Empayar Uthmaniyah (di mana pada tahun 1511 mereka mengatur pembero.ntakan terhadap Bayezid II yang akhirnya menandakan kejatuhannya).

Di samping itu Ismail memajukan barisan pasukan tenteranya sejauh hingga ke Diyarbakir dan selatan Iraq moden. Kebangkitan Shah Ismail I, dan kebangkitan negara Syiah Parsi menimbulkan ancaman secara terbuka terhadap kuasa dan autoriti Uthmaniyah sebagai kuasa Islam terbesar di dunia ketika itu.

Sebagai tindak balas, Sultan Selim I mengumpulkan bala tentera dengan ketumbukan 140,000 orang dan mengerahkan mereka berarak dari Sivas ke Dogubayazit dan kemudian ke lembah tinggi Chaldiran di mana kira-kira seramai 40,000 tentera Qizilbash di bawah Shah Ismail telah berkumpul.

Pada tahun 1511, berikutan tertunduknya pembero.ntakan Qizilbash Turkmen-Syiah Alevi Kurdish Shakulu, kira-kira 40,000 orang Syiah telah dibu.nuh, dan bagi memastikan supaya tiada lagi pengaruh Syiah yang tertinggal akan menimbulkan masalah, Sultan Selim memerintahkan Yunus Pasha, sebelum memulakan kempen untuk mengawasi proses penghap.usan kaum terhadap seluruh populasi Syiah di wilayah kekuasaannya. Akibat dari tindakan ini, rasa dendam dan skeptikal golongan Alevisme masih menebal di Turki hari ini.

Yavuz Sultan Selim I.

“Dengan restu dan pertolongan dari Allah, akan aku mahkotakan kepala setiap pepohon tiang gantung dengan kepala seorang sufi yang memakai mahkota dan membersihkan kaum itu dari muka bumi….dan terus mara, sesuai dengan ‘tawanlah mereka dan bu.nuhlah mereka di mana sahaja kamu menemuinya,’ (petikan ayat dari Surah An-Nisaa’ 4:89) akan ku bin.asakan kamu dan mengusir kamu dari tanah itu..” – Puisi yang ditulis oleh Sultan Selim I dan dikirimkan kepada Shah Ismail I sebagai propaganda untuk menimbulkan rasa ketakutan di hati Ismail.

Menjelang pertembungan tentera Uthmaniyah dan Qizilbash, Selim dan Ismail saling berbalas surat diplomatik. Ismail menulis dalam bahasa Azeri, yang merupakan bahasa utama negaranya (Azerbaijan moden) dan pangkalan kuasanya. Selim sebaliknya membalas dalam bahasa Parsi, kerana dia tahu Ismail tidak akan faham sepenuhnya.

Mereka saling menghina antara satu sama lain dengan merujuk kepada tabiat negatif, di mana, Selim menghina Ismail sebagai kaki botol, dan Ismail menghina Selim sebagai penagih candu. Dan kemuncak terakhir komunikasi mereka sebelum pertem.puran bermula ditamatkan apabila Ismail menghantar seorang utusan bernama Shah Quli Aga membawa sebuah peti emas dipenuhi candu sebagai hadiah untuk Selim, sambil meminta supaya jangan mengapa-apakan utusannya.

“Pengalaman pahit telah mengajarkan, dalam dunia yang penuh dugaan ini. Sesiapa yang jatuh di atas rumah ‘Ali, akan sentiasa jatuh. Sila benarkan utusan kami untuk melakukan perjalanan tanpa gangguan kerana ‘seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja)’ (Surah Al-An’aam 6:164). Apabila pepe.rangan tak dapat dielakkan, keraguan dan kelewatan mesti diketepikan, dan seseorang harus memikirkan apa yang akan mendatanginya. Selamat tinggal.”n – Shah Ismail I

Selim telah membu.nuh Quli Aga serta merta kerana penghinaan itu.

Shah Ismail I.

Sekitar 23 Ogos 1514, tentera Uthmaniyah memasuki lembah Chaldiran dari utara. Menyedari bahawa mereka sudah kalah dari segi angka kekuatan, panglima-panglima tentera Ismail meminta mengusulkan untuk menye.rang segera terlebih dahulu sebelum tentera Uthmaniyah berada dalam formasi se.rangan penuh.

Di tengah-tengah barisan tentera Uthmaniyah terdapat bateri meriam dan satu batalion tentera kerahan Janissari. Ismail menolak saranan panglimanya, dia merasakan dia kebal kerana kepercayaannya bahawa dia adalah keturunan pahlawan kuno.

Pasukan Ismail tidak mempunyai meriam (kesilapan yang tidak akan mereka ulangi lagi) dan pada pagi 23 Ogos 1514 pasukan berkudanya mula menye.rang sayap Uthmaniyah. Artileri Uthmaniyah menghancurkan mereka dan tentera Safawiyah diasak dari lembah itu dengan jumlah sehingga 10,000 tentera ma.ut dan dua orang isteri Shah Ismail dirampas selepas Ismail melarikan diri, mereka kemudian dikahwinkan dengan jeneral Uthmaniyah.

Pertem.puran Chaldiran

Ada tiga lagi babak menarik dalam sejarah perseteruan dua sultan yang kedua-duanya dianggap sebagai raja yang paling kacak pada waktu itu.

Pertama, apabila Selim memasuki Tabriz, ibu kota Safawiyah, dan ingin mengejar Ismail yang berundur ke arah Kaspia tetapi dihalang oleh komander Janissarinya sendiri yang sebahagiannya membero.ntak, ini menandakan sebahagian dari kesan taktik bumihangus dilaksanakan Ismail di timur Anatolia agar tentera Selim terputus bekalan.

Walaupun sekiranya tentera Janissari dibekalkan secukupnya, ada kemungkinan besar sikap mereka yang teragak-agak mahu mengejar rombongan pelarian Shah Ismail adalah kerana sebahagian tentera Janissari telah dipengaruhi oleh Tarekat Sufi Bektasi yang sangat mirip dengan Tarekat Safawiya Ismail.

Semasa Dinasti Safawiyah sedang berkembang secara positif, empayar Ismail itu amat terkenal dengan seni dan kaligrafi yang berinspirasikan pengaruh Timuriyyah dan lebih daripada 1000 tukang dari wilayah Safawiyah pernah dibawa kembali ke Istanbul di mana mereka memberikan percikan asas kepada kebangkitan zaman kemuncak seni bina Uthmaniyah.

Lembah Chaldiran.

Ketiga, Shah Ismail dikatakan pernah cuba memprovokasi Sultan Selim I kerana dendam berikutan isteri-isterinya yang dirampas oleh Sultan Selim. Ismail mengarahkan satu peti berisi pelbagai perhiasan mewah dikirimkan kepada Sultan Selim sebagai hadiah.

Sultan yang merasa pelik dengan tindakan itu terkejut melihat permata berkilauan selepas membuka kotak peti tersebut. Namun tak semena-mena, keluar bau yang meloyakan tekak dari peti itu, rupanya Ismail meletakkan najis manusia di dasar peti itu sebagai satu penghinaan kepada Selim.

Sultan Selim memerintahkan pegawainya supaya membalas hadiah Ismail dengan memberikan satu peti berisi perhiasan mewah dengan pelbagai bunga dan wangian diletakkan di dasarnya. Juga terselit sekeping nota dari Sultan, yang berbunyi, “semua orang pastinya memakan apa yang mereka sendiri hidangkan.”

Semenjak kekalahan tersebut, Shah Ismail dilaporkan sering bersendirian menulis puisi dan tidak mahu mengambil tahu soal pentadbiran, dipercayai akibat tekanan selepas kehilangan keluarganya.

Pertem.puran Chaldiran seumpama satu medan pemisahan besar-besaran, satu zon pembu.nuhan di mana umat Islam yang berpegang kepada akidah Sunni tidak boleh menghirup udara yang sama dengan kaum Syiah.

Mereka saling memus.nahkan antara satu sama lain kerana dendam politik yang ditinggalkan berabad lamanya, kerana perbezaan akidah yang ketara, dan kerana ambisi kuasa yang tinggi. Warisan ini kekal menjadi satu tragedi yang menetapkan sempadan pemisahan antara Sunni dan Syiah hingga ke hari ini.

RUJUKAN:

Mikhail, Alan (2020). God’s Shadow: Sultan Selim, His Ottoman Empire, and the Making of the Modern World. Liveright.

Ibn Battuta, The Travels of Ibn Battuta (Translated by Samuel Lee, 2009.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Leave A Reply