Sultan Abdul Hamid II merupakan seorang pemimpin yang bijak dalam mencari peluang untuk menyatukan kembali umat Islam yang sedang berpecah-belah ketika itu.. Beliau telah menggerakkan satu gerakan yang dipanggil sebagai Pan-Islamisme. Gerakan ini telah disambut dengan begitu baik sekali oleh umat Islam khususnya di India dan Tanah Melayu.

Kali ini, baginda mula menumpukan perhatiannya kepada umat Islam di Tanah besar China dimana penduduknya yang beragama Islam telah mencecah 20 juta orang. Amat rugilah jumlah yang besar ini tidak terlibat sekali dengan gerakan Pan-Islamisme tersebut..

Oleh itu, tatkala tentera bersekutu terdiri daripada German, Russia dan US bermusuhan dengan kerajaan Qing China sehingga tercetusnya Perang Gaselee, baginda sebaliknya membuat hubungan yg baik dengan kaum Muslim China. Baginda telah menghantar beberapa utusan ke bandar-bandar besar China untuk meraih sokongan mereka kepada Khalifah Uthmaniyyah.

Kunjungan ini membuahkan hasil yang begitu lumayan, bukan sahaja mereka berjaya meraih sokongan orang cina bahkan sebagai tanda cinta mereka terhadap Khalifah, nama baginda mula disebutkan di dalam khutbah Jumaat di Masjid Niujie, Beijing.

Imam Wang Haoren berkunjung ke Istanbul

Siapakah Imam Wang Haoren? Beliau merupakan seorang ulama China yang terkemuka. Beliau telah mendapati bahawa Pendidikan umat Islam Cina adalah terlalu ke belakang berbanding dengan institusi Pendidikan yang lain, kerana institusi madrasah di China hanya menawarkan pembelajaran berbentuk ukhrawi seperti Bahasa Arab dan subjek-subjek agama yang lain. Oleh yang demikian, beliau telah berusaha untuk mereformasikan kokurikulum pendidikan Madrasah di China dengan menambah beberapa subjek baharu seperti Bahasa Cina, Kebudayaan Cina, sains, matematik dan sebagainya.

Pada tahun 1906, setelah melakukan Ibadah haji, beliau telah menziarahi Sultan Abdul Hamid II di Istanbul sebelum balik semula ke China. Imam Wang telah mengambil kesempatan tersebut untuk mengkaji sistem pendidikan di Istanbul dan berasa teruja untuk membawa idea-idea tersebut balik ke China.

Sultan Abdul Hamid II pula meyatakan hasratnya kepada Imam Wang bahawa baginda ingin menubuhkan sebuah universiti Uthmaniyyah di China. Imam Wang lantas bersetuju dan memberitahu sultan beliau akan lakukan apa yang termampu untuk melaksanakan impian tersebut.

Sebelum balik semula ke China, Sultan Abdul Hamid II telah menghadiahkan Imam Wang lebih daripada 1000 buah buku untuk dibawa Bersama dengannya. Buku-buku tersebut akan dimanfaatkan untuk universiti baharu yang akan dibina kelak.

Misi Bermula

Sebagai permulaan, Sultan Abdul Hamid II telah menghantar 2 orang guru yang terbaik untuk membantu Imam Wang membina sebuah universiti di China.. Mereka berdua ialah Ali Reza Efendi dan Hafiz Hassan Efendi.

Mereka bertiga bersetuju untuk menjadikan Masjid Niujie, masjid terpenting dan tertua di Beijing, sebagai tempat untuk mendirikan Universiti Islam yang pertama.

Keputusan mereka untuk mendirikan universiti pertama Uthmaniyyah di masjid ini adalah sangat tepat. Tidak dapat dinafikan, bahawa masjid ini merupakan sebuah institusi yang sangat penting kepada penduduk cina yang beragama Islam di Beijing.

Sebagai persediaan untuk mendirikan universiti ini, mereka telah membina 2 buah bangunan baharu di dalam taman Masjid Niujie untuk dijadikan sebagai bilik kelas. Setelah universiti ini dibuka, pentadbirannya diterajui oleh Imam Wang sendiri dan dua orang ilmuan Uthmaniyyah tersebut.

Misi Berakhir

[1908]

Kedua-dua ilmuan Uthmaniyyah tersebut telah dipanggil untuk balik semula ke Istanbul. Para sejarawan tidak memastikan mengapa mereka dipanggil balik. Namun apa yang pasti, pentadbiran Universiti telah diserahkan kepada penduduk tempatan..

[1909]

Imam Abdul Hamid II telah disingkirkan daripada takhta kerajaan. Universiti Hamidiye pula ditutup dan berubah menjadi sekolah rendah akibat kekurangan tenaga pengajar..

[1949]

Maoist Revolution berlaku di China. Penggunaan bahasa arab dalam pembelajaran dihapuskan sepenuhnya. Akhirnya, setelah sekian lama, madrasah ini tewas juga. Kekurangan dana dan tenaga pengajar telah membawa kepada penutupan Madrasah Hamidiye buat selama-lamanya.

Sungguhpun demikian bangunan ini masih lagi kekal berdiri sampai sekarang, walaupun universiti tersebut sudah tidak lagi wujud. Moga Allah merahmati usaha mereka yg ikhlas berjuang kerana-Nya.

Artikel dirikimkan oleh Dinieland untuk The Patriots.

RUJUKAN:

  1. Wan Ahmad, Wan Kamarrul Ariffin. (2017). Peperangan Terakhir Uthmaniyyah, 161-173
  2. http://archive.aawsat.com/details.asp?section=19&article=554713&issueno=11384#.W97JzpMzbIV
  3. Bal, Idris. Turkish Foreign Policy in Post Cold War Era, 406
  4. https://www.haberjournal.at/tarih/3939pekin-niujie-camii-ve-hamidiye-universitesi3939-h1005.html
  5. https://islamchina.wordpress.com/2014/08/05/ottoman-university-in-china-century-old-ottoman-legacy-in-china/

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.