Sultan Beyazid I ialah Khalifah agung yang memenangi Perang Nicopolis, menawan Albania dan Bulgaria, serta mengepung kota Constantinople. Bagaimanapun, kebangkitan Timurlane telah meranapkan kempen ketenteraannya di barat. Baginda telah dikalahkan di Ankara dan menemui ajal di dalam tahanan Timurlane.
Dua puteranya, Mustafa dan Musa turut dipenjarakan. Tiga anaknya yang lain, Suleyman, Isa dan Mehmet dapat melarikan diri daripada kem tahanan Timurlane. Suleyman dan Isa pergi ke kota Rumeli yang masih selamat daripada serangan musuh. Serangan agresif ke barat perlu dihentikan bagi menangani ancaman daripada timur.
Di situ, mereka sebagai waris Khilafah Turki Uthmaniyah berdamai dengan penguasa Kristian di Romania. Mereka merancang perjanjian damai dengan Byzantium. Sejumlah hektar tanah di Rumeli ditawarkan kepada kerajaan Kristian dengan syarat, peperangan hendaklah dihentikan. Suleyman dan Isa turut menawarkan kapal-kapal dan kota Gallipoli.
Pada Februari 1403, perjanjian damai dimeterai oleh Ionnes dan disahkan oleh Manuel yang membawa berita baik ini ke kota Constantinople. Wilayah yang dahulunya terancang dengan serangan Uthmaniyah dapat menarik nafas lega. Venice, Genoa, kepulauan Chios, Naxos dan Rhodes tidak perlu risaukan derapan Janissari di luar kubu mereka. Byzantium menerima keuntungan besar apabila kota Thessaloniki dan tanah di sekitar Chalkidiki telah dipulangkajn oleh Uthmaniyah.
Bagaimanapun, perdamaian dengan Kristian barat belum lagi menjamin kestabilan Uthmaniyah. Akibat kemangkatan Sultan Beyazid I secara tiba-tiba, terjadi perpecahan di antara ketiga-tiga puteranya yang mengakibatkan Perang Saudara. Pada awal 1403, Khilafah Turki Uthmaniah mengalami kekacauan yang kirikal akibat peperangan sesama sendiri bagi merebut takhta penguasa yang sah.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Banyak boleh kita belajar dari jatuh dan bangun Uthmaniyah. Kemerdekaan dan keamanan sesebuah negara bukanlah diperoleh dengan percuma. Korang baca la UTHMANIYAH DI HUJUNG JARI untuk belajar makna patriotik. Klik https://bit.ly/uthmaniyahdihujungjarishopee
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih