Kalau ikut logik mudah, dua negara komunis sepatutnya jadi sekutu rapat. Tapi sejarah Perang Dingin membuktikan sebaliknya. Soviet Union dan China selaku dua kuasa komunis terbesar dunia bukan saja tak mesra, malah pernah hampir mencetuskan perang nuklear!
Persoalannya, kenapa dua negara yang kononnya bawa ideologi sama, tapi tak senang bila duduk semeja?
Segalanya bermula selepas kemenangan Revolusi Komunis di China pada tahun 1949. Mao Zedong berjaya rampas kuasa dan menubuhkan Republik Rakyat China. Pada awalnya, China sangat bergantung kepada Soviet dari segi bantuan ekonomi, teknologi sehinggalah latihan ketenteraan. Stalin dianggap mentor kepada Mao.
Tapi selepas kematian Stalin, suasana berubah. Pengganti Stalin, Nikita Khrushchev, bawa pendekatan baru: lebih lembut terhadap Barat dan terbuka kepada diplomasi. Bagi Mao, ini satu pengkhianatan terhadap semangat revolusi. Mao mahu komunisme yang lebih radikal, penuh semangat revolusioner, keras terhadap barat/kapitalisme dan tidak bertolak ansur.
Perbezaan ideologi ini semakin meruncing dan akhirnya meletus menjadi krisis besar yang dikenali sebagai Sino-Soviet Split. Kedua-dua negara saling berbalas tuduhan dalam media, masing-masing mendakwa merekalah “komunis tulen”. Soviet tuduh China ekstremis. China pula tuduh Soviet pengkhianat revolusi.
Pertelingkahan ini tidak hanya sekadar perang mulut. Pada tahun 1969, berlaku pertempuran bersenjata di sempadan Sungai Ussuri antara tentera China dan Soviet. Dunia mula risau akan tercetusnya perang nuklear antara dua blok komunis itu. Lebih menarik, keretakan ini membuka ruang strategik kepada Amerika Syarikat.
Pada 1972, Presiden Richard Nixon membuat lawatan bersejarah ke Beijing. Kejadian ini menjadi satu langkah yang mengejutkan dunia. Langkah ini memecahkan blok komunis secara rasmi dan memberi kelebihan besar kepada AS dalam Perang Dingin.
Kesimpulannya, walaupun sama-sama pakai label “komunis”, realitinya mereka berbeza haluan. Soviet mahu jadi abang besar, China tak mahu tunduk. Di sebalik ideologi, yang lebih dominan ialah soal ego, kuasa, dan siapa nak jadi nombor satu dalam dunia.
Ideologi? Kadang-kadang cuma topeng untuk perebutan takhta global.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.