Aku adalah penggemar kepada siri Persona dan secara peribadi, bagi aku Persona 5 adalah yang terbaik antara semua. Tentang plot, perkembangan watak yang dimainkan dalam siri Persona 5 ini adalah aku akan khaskan pada waktu yang mendatang. Artikel kali ini, aku nak bahaskan unsur sejarah dunia yang dimuatkan sebagai salah satu elemen yang menjadikan Persona 5 sangat dekat dengan aku.
Untuk pengenalan, bagi mereka yang tidak mengenali apa itu Persona 5, adalah mahu aku perkenal serba sedikit sinopsis ringkas dengan meminimakan spoiler. Ia adalah sebuah permainan video dengan genre Role Playing Game (RPG) yang berkisarkan tentang sekumpulan vigilante yang menggelarkan diri mereka sebagai Phantom Thieves, yang berikirar mahu menyelamatkan dunia dari hipokrit dan korupsi orang dewasa. Ya, vigilante ini terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah tinggi di sekitar Tokyo, dalam lingkungan usia 16-17 tahun.
Cara mereka membersihkan dunia adalah dengan menyasarkan tokoh-tokoh besar dalam komuniti yang dapat dibuktikan kejahatan mereka. Dari seorang guru kepada, ahli seni, Yakuza, sehinggalah politikus. Cara mereka ialah mencuri keinginan tokoh-tokoh ini melalui sebuah alam lain yang berkongsi perkaitannya dengan realiti. Alam itu dihuni oleh entiti boleh diibaratkan sebagai alter-ego kepada tokoh-tokoh ini. Membantu mereka di alam ini, adalah watak-watak yang mempunyai kuasa sakti yang luar biasa.
Watak utama dari kumpulan vigilante apabila berhadapan dengan raksasa yang dipanggil Shadow yang menghuni ala mini akan memanggil entiti-entiti sakti ini untuk memberikan mereka kuasa. Entiti sakti ini dipanggil sebagai Persona, di mana untuk Persona siri ke-5 ini, ia diambil daripada sejarah dunia. Setiap sejarah tokoh yang mengilhamkan Persona ini adalah juga sebati dengan perwatakkan watak-watak utama.
Mereka adalah cerminan isi peribadi watak-watak utama. Setiap watak-watak yang diilhamkan dalam sejarah yang dijadikan Persona 5 adalah tepat dengan tema utama Persona 5 iaitu PEMBERONTAKAN. Lagipun watak utama adalah remaja yang memang fasa usia mereka adalah fasa pemberontakan. Jadi, nasihat saya, mungkin boleh sertakan bersama sambil membaca artikel ini adalah lagu daripada My Chemical Romance bertajuk Teenagers.
Adapun perlu saya ingatkan bahawa artikel ini tidak membahaskan secara menyeluruh setiap sejarah Persona-Persona yang dipaparkan dalam permainan video, tetapi memilih 5 yang terbaik pada perkiraan saya.
i. Arsene Lupin
Arsene adalah Persona yang dimiliki oleh Protagonis (protagonist tidak bernama kerana terpulang pada pemain untuk menamakan mereka) dalam permainan video ini. Ia diambil daripada watak dalam novel seorang penulis novel Perancis yang terkenal iaitu Maurice Leblanc yang mengisahkan tentang watak seorang pencuri anti-hero bernama Arsene Lupin (bukan Arsene Wenger ya :P) yang wataknya adalah dibina berdasarkan figura anarkis dalam sejarah Perancis iaitu Marius Jacob, seorang pencuri yang terkenal pada abad ke-20 di Perancis dahulu. Arsene Lupin adalah watak seorang pencuri yang digelar “The Gentlemen Thief” yang mencuri harta-harta orang korup untuk menghukum mereka yang dihukum bersalah di matanya.
Sebagai seorang ketua kumpulan pencuri yang mencuri keinginan manusia-manusia korup yang di mana apabila keinginan mereka dicuri, manusa-manusia jahat ini akan membuat pengakuan pada umum tentang segala kesalahan mereka, maka watak Arsene Lupin adalah paling sesuai untuk Protagonist.
ii. Captain Kidd
Dalam sejarah, ketika abad ke-17, sejarah Kapten Kidd, seorang lanun yang merupakan bekas privateer (pemilik-pemilik kapal perang yang mengambil upah berperang) yang telah berjaya mempertahankan salah satu daripada koloni Inggeris dari serang Perancis. Selepas berjaya, dia dianugerahkan dekri daripada Raja England ketika itu bahawa dia akan diberikan perlindungan undang-undang daripada Raja England selagi dia kekal setia.
Di sana juga, Kapten Kidd bersahabat dengan bangsawan-bangsawan England seperti Lord Bellomont yang kemudian mengupah Kapten Kidd untuk menyerang kapal-kapal Perancis di Barat India. Namun, kesukaran menimpa kru kapal Kapten Kidd di mana beberapa orang jatuh sakit dan Kapten Kidd masih belum menjumpai kapal-kapal Perancis untuk dijarah, dirompak dan diserangnya. Adapun ia masih belum cukup untuk membutkikan perlayaran itu betul-betul membayar masa mereka.
Namun semuanya berubah apabila Kapten Kidd tersempak dengan sebuah kapal bernama The Quedagh Merchant, menyerang kapal itu dan merampas hartanya. Itupun atas paksaan kru kapalnya supaya Kapten Kidd menjadi lanun. Namun, rupa-rupanya kapal itu milik salah seorang menteri yang berkuasa di Empayar Mughal yang mempunyai hubungan dengan British telahpun mengadukan.
Beberapa waktu kemudian, Kidd telah ditangkap dan dihadapkan untuk perbicaraan yang berakhir dengan hukuman matinya. Kidd berhujah bahawa dia dipaksa oleh kru kapalnya, dan dalam masa yang sama dia tidak mengetahui bahawa amalan perlanunan sudahpun berubah dianggap sebagai jenayah.
Dia kemudian cuba meraih simpati dan pertolongan sahabat-sahabat bangsawannya, namun semuanya tidak mahu membantu, bahkan menjadi sebab utama dia dihukum bunuh. Kononnya segala harta rampasan menjadi lanun telah sempat ditanam oleh Kidd, bagi melindunginya daripada rakan-rakannya yang tamak sekaligus mewujudkan legenda harta karun yang ditanam oleh William Kidd.
Kisah Kapten Kidd, yang kemudian digunakan sebagai salah satu watak Persona yang mendampingi watak utama dalam Persona 5 bernama Ryuji. Ryuji punya kisah yang lebih kurang sama seperti Kidd. Asalnya dia ialah pelajar harapan sekolah dalam acara lumba lari dan kelab larian disekolahnya. Dia dipuja dan disanjungi. Namun, semuanya berubah pada satu ketika ini.
Guru jahat yang bernama Kamoshida itu telah menjadikan kelab larian sebagai tempat dia melepaskan amarah, bahkan mendera ahli-ahli kelab tersebut dengan latihan yang sangat tidak masuk akal. Kasihan dengan rakan-rakannya yang lain, Ryuji telah bersuara mempertahankan rakan-rakannya yang kemudian berakhir dengan dia menumbuk gurunya.Sebagai balasan, Kamoshida telah mematahkan kaki Ryuji atas alasan “mempertahankan diri.”
Namun, rakan-rakannya yang lain menyalahkan Ryuji dan tindakan Ryuji dianggap sebagai mengkhianati mereka, membuatkan Ryuji meninggalkan kelab larian itu dan menjadi seorang yang “outcast” seperti Kapten Kidd. Lagipun dengan keadaan kakinya, dia tidak mungkin mampu berlari seperti dulu. Kehidupan Ryuji selepas itu dianggap sebagai kanak-kanak bermasalah.
iii. Carmen
Carmen ialah watak dalam novel Perancis ketika abad ke-19, yang dicipta oleh Prosper Mérimée dahulu mengisahkan tentang seorang watak feminist yang menggunakan kecantikan dan kejelitaannya untuk menarik perhatian lelaki, mengoda mereka untuk bersama dalam hubungan sebelum ditinggalkan.
Sehinggalah pada suatu masa, watak playgirl yang setaraf Casanova untuk orang lelaki ini dihantui oleh bekas kekasihnya yang cemburu lalu membunuhnya. Lagipun Carmen mengetahui bahawa dia akan mati di tangan bekas kekasihnya namun dia tetap menolak untuk terikat dengan mana-mana lelaki dan dia dikatakan berkata bahawa “Carmen sentiasa bebas.” Akhirnya, dia ditikam oleh bekas kekasihnya sampai mati.
Ann dalam watak Persona 5, persona bernama Carmen ini diberikan kepada Ann yang kisah hidupnya, ada sedikit persamaan dengan Carmen. Ann adalah gadis yang mempunyai kejelitaan yang menarik perhatian setiap lelaki. Ann juga menggunakan kejelitaannya untuk membantu sahabatnya kekal dalam pasukan bola tampar dengan memastikan guru jahat bernama Kamoshida tidak menggunakan sahabat baiknya seperti banyak gadis lain.
Namun seperti Carmen, Ann tidak pernah mahu terikat dengan guru jahat Kamoshida itu, sebaliknya dia adalah gadis bebas. Betapa ketika Ann menggunakan kecantikannya untuk menyelamatkan sahabatnya. Lagipun sikap “rebellious” watak Carmen dalam sejarah itulah sangat sesuai dengan tema pemberontakan remaja melawan sistem dan komuniti yang dipaparkan dalam permainan video ini.
iv. Johanna (Pope Joan)
Watak Johanna adalah watak seorang wanita ketika Zaman Pertengahan dahulu yang kononnya pernah menjadi seorang Pope bagi Gereja Katolik, melawan arus gereja katolik ketika itu yang tradisinya meletakkan lelaki sebagai Pope. Dikatakan bahawa Pope Joan memanjat tangga hierakri dengan menyamar sebagai seorang lelaki, dan oleh kerana bakat dan kebolehannya, dia akhirnya menjadi Pope.
Namun, masalah utama mula timbul apabila dia akhirnya disahkan mengandung dan sedang melahirkan anak. Dia kemudian mati selepas proses melahirkan anak itu, sama ada kerana sebab semula jadi atau dibunuh, ia diperdebatkan. Namun, legenda menceritakan kepada kita bahawa selepas mengetahui identity Pope Joan ini, maka gereja Vatican ketika itu memadamkan namanya dalam rekod sejarah kerana tidak boleh menerima seorang wanita menjadi Pope. Sebab itu statusnya menjadi tanda tanya dalam sejarah, dan diperdebatkan kewujudannya sebagai realiti atau sekadar legenda.
Adapun, Persona Johanna atau Pope Joan ini diberikan kepada watak seorang ketua pelajar di sebuah sekolah tinggi di Jepun bernama Makoto Nijima. Persamannya adalah bagaimana watak tertinggi dalam hiekrari yang dianggotai oleh seorang wanita yang mempunyai semangat pemberontakan melawan sistem yang tinggi.
v. Necronomicon
Necronomicon ialah sebuah grimoire (kitab berkaitan dengan magis) fiksyen dalam karya penulis seram terkenal dalam sejarah iaitu H.P Lovecraft dalam cerpennya yang bertajuk The Hound. Kisahnya adalah tentang sebuah kitab yang mengandungi kisah mengenai pelbagai makhuk-makhluk dari bahagian lain alam semesta yang menghuni bumi dan berterusan mempengaruhi hidup manusia sehingga kiamat.
Kononnya, Necronomicon ini ditulis oleh seorang penyair Arab Yaman yang gila di Syiria yang bernama Abdul Alhazred. Sesiapa yang membaca grimoire ini akan menjadi gila kerana membaca ilmu larangan untuk manusia. Persona Necronomicon dalam permainan video ini dibentuk menyerupai UFO, dan diberikan kepada watak seorang gadis yang mengalami beberapa kecelaruan mental (mental disorder) yang mempunyai pengetahuan yang sangat luas dan merupakan otak kepada kumpulan vigilante Pantom Thieves ini.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih